Selepas beberapa tahun menyepi daripada bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi, Hafiz Suip akui teruja untuk kembali bersaing di gelanggang penganugerahan muzik tahunan berprestij itu.

Menurut Hafiz, dia sedang memberikan sepenuh tumpuan daripada aspek teknikal dalam persembahan dan enggan terganggu dengan hal-hal yang lain.

“Ada Yang Minta Saya Kalahkan Aina Abdul & Ernie Zakri,” – ‘Comeback’ Hafiz Suip Buat Ramai Gerun? Rindu Kemeriahan AJL

“Dari segi mental dan fizikal, saya sudah pun membuat persediaan. Saya juga sebolehnya tidak mahu terganggu dengan perkara-perkara lain.

“Fokus saya ketika ini dari segi teknikal dan apa yang saya nak buat di atas pentas bersama pengarah muzik. Insya-Allah saya akan berjumpa mereka minggu ini untuk buat keputusan akhir,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Matahari ini akui akan harapan tinggi yang diletakkan kepada dirinya namun, dia hanya mampu cuba memberikan yang terbaik susulan cabaran terbesar hadir daripada diri-sendiri.

Ads

“Ada Yang Minta Saya Kalahkan Aina Abdul & Ernie Zakri,” – ‘Comeback’ Hafiz Suip Buat Ramai Gerun? Rindu Kemeriahan AJL

“Pada saya, ekspektasi juga merupakan satu tekanan. Namun, saya anggap AJL ini adalah medan untuk saya bertanding dan melawan diri sendiri. Perasaan itu yang akan membuat saya kurang gemuruh,” katanya.

Janji Saingan Positif

Malah, Hafiz juga teruja melihat kemeriahan AJL39 terutamanya daripada segi sokongan peminat sehingga ada yang memintanya untuk kembali merampas trofi Vokal Terbaik.

“Dari segi vokal, ada yang minta tolong saya kalahkan Aina Abdul dan Ernie Zakri. Mereka (netizen) ini sangat ‘daring’. Apapun, saya tetap bertenang.

“Ada Yang Minta Saya Kalahkan Aina Abdul & Ernie Zakri,” – ‘Comeback’ Hafiz Suip Buat Ramai Gerun? Rindu Kemeriahan AJL

Ads

“Saya anggap perkara ini hanyalah salah satu kemeriahan dan debaran AJL. Saya seronok dengan suasana seperti ini bila ada fans yang saling menyokong artis kesukaan mereka.

“Bagi saya, ia adalah persaingan yang sihat. Janganlah pula kita sampai bermasam muka. Inilah adat dan keseronokkan AJL,” katanya lagi.

Ramai ‘Gerun’ Kehadiran Ke AJL?

Ditanya reaksinya bila ada pihak yang menyifatkan penyertaannya kali ini telah mencetuskan rasa gerun di kalangan para peserta lain, Hafiz berpendapat setiap peserta mempunyai kelebihan.

“Saya juga gerun dengan peserta-peserta lain. Mereka inilah yang sedang mewarnai industri seni saat ini. Mereka punyai kelebihan dari segi teknikal yang baharu.

Ads

“Saya juga masih belajar dengan cara-cara mereka dan mahu ikut trend untuk menjadikan AJL39 ini lebih meriah.

“Saya tak nak keadaan di AJL terlalu intense hanya disebabkan persaingan yang negatif. Lebih baik kita positifkan suasana ini agar mentaliti netizen juga akan turut sama positif,” katanya lagi.

Menerusi penyertaan kali ini, Hafiz mempertaruhkan lagu Terus Bersinar ciptaan Mas Dewangga & Jova Devito dan lirik oleh Datuk Arisz Ab Rahman JP, Mas Dewangga & Jova Devito.

Hafiz juga menjadi satu-satunya penyanyi lelaki yang menerima trofi Vokal Terbaik AJL sebanyak empat kali iaitu menerusi lagu Noktah Cinta pada tahun 2010, Awan Nano (2011), Ku Akui (2012) dan Kisah Cinta Kita (2019).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI