Selepas lebih dua dekad meninggalkan bidang seni suara, penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan kini kembali dengan single terbaharu yang berjudul Mampu.

Menurut Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan, dia sanggup melanggar janji demi menghasilkan lagu semangat untuk para wanita di Malaysia.

“Saya Sedar Diri, Suara Tak Berapa Sedap,” – 21 Tahun Tinggal Dunia Nyanyian, Nana Mahazan Cari Kekuatan Lancar Lagu

“21 tahun lalu, saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menyanyi lagi. Saya pun sedar diri yang nyayian saya tidak berapa sedap.

“Namun, saya mencari kekuatan untuk menghasilkan sebuah karya lagu yang telah dilancarkan pada sambutan Hari Wanita, baru-baru ini.

“Ia merupakan sebuah lagu motivasi dan bukan menyasarkan ke AJL. Saya hanya mahu berkongsi semangat jatuh bangun sepanjang bergelar anak seni.

“Saya tahu ramai pengikut saya di media sosial sangat sukakan konten-konten positif yang selalu saya hasilkan. Jadi, karya ini merupakan hadiah buat mereka. Semoga ia turut menjadi asbab kepada kebaikkan,” katanya kepada MH.

IKLAN

Katanya lagi, semangat untuk kembali menyanyi hadir selepas mendapat dorongan daripada suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah dan mentornya, Datuk Jerry.

“Saya Sedar Diri, Suara Tak Berapa Sedap,” – 21 Tahun Tinggal Dunia Nyanyian, Nana Mahazan Cari Kekuatan Lancar Lagu

“Saya sebenarnya telah disuruh oleh mentor saya iaitu Datuk Jerry. Saya banyak belajar daripada beliau. Katanya ini bukan fasal suara tetapi perkongsian perjalanan hidup.

“Suami pun sokong walaupun ketika itu saya masih berbelah bahagi. Saya tahu ia akan mengundang banyak kecaman daripada netizen.

IKLAN

“Malah, ketika ini juga, ramai yang memuat naik semula video-video lama saya ketika menyanyi. Namun, disebabkan saya ada matlamat yang baik, saya teruskan juga,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasi 1 akui agak sukar untuk membiasakan diri untuk kembali untuk mengadakan sesi rakaman di studio.

“Saya tidak berapa suka dengan proses rakaman. Bila masuk ke studio dan kita mula memakai headphone, saya rasa tekanannya agak tinggi. Mungkin sebab itu saya tak suka jadi penyanyi.

IKLAN

“Namun, produser pula mengatakan tidak mengapa jika nyanyian tidak sempurna kerana ia merupakan karya yang lahir dari hati. Mungkin lama lagi kalau saya nak menyanyi balik pun,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nana akui teruja dengan respon positif daripada netizen yang rata-ratanya rindu untuk melihat Nana kembali menyanyi.

“Saya Sedar Diri, Suara Tak Berapa Sedap,” – 21 Tahun Tinggal Dunia Nyanyian, Nana Mahazan Cari Kekuatan Lancar Lagu

“Bila kita lancarkan pada 8 Mac lalu, penerimaan orang sangat positif. Tiada pun yang berikan komen negatif. Mungkin mereka rindu nak dengar nyanyian saya.

“Ada yang kata saya boleh menyangi tapi kena lagu yang sesuai. Mungkin masyarakat dapat merasai apa yang ingin saya sampaikan,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI