Pengacara, Nabil Ahmad memilih untuk terus kekal bersama jenama tekstil terkemuka negara, Jakel sebagai duta Baju Melayu meskipun mendapat tawaran lumayan daripada jenama lain.
Menurut Nabil, jenama berkenaan sanggup membayar tiga kali ganda untuk mendapatkan khidmatnya.
“Saya dapat tawaran daripada satu jenama. Dia kata, berapa Jakel bayar, dia akan bayar dua kali ganda. Kalau Jakel nak tawar lebih lagi, mereka nak bayar tiga kali ganda pula.
“Saya memelihat mereka ini lebih kepada nak melawan jenama lain dan bukannya mahukan khidmat saya. Dia nak tunjuk dengan duit, dia boleh beli saya.
“Disitulah saya kena nilai semula diri saya. Adakah saya ini untuk dijual beli,” katanya kepada MH.
Pengacara program Meletop itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran dan sidang media Raya Sakan Bersama Jakel yang diakan di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ads
Katanya lagi, dia tidak menyesal menolak tawaran tersebut kerana Jakel banyak membantunya ketika fasa susah terutamnya pada musim pandemik.
“Sesetengah orang mungkin akan gelap mata. Saya tolak atas dasar kesetiaan. Saya ingat lagi, ketika saya betul-betul susah dan tiada pekerjaan sewaktu PKP, satu-satunya klien yang hubungi saya adalah Jakel.
“Pada ketika itu, mereka tak perlukan saya pun tapi mereka adakan kerja itu sebab saya sudah bertanya.
Ads
“Kalau saya tak cerita, orang luar mesti akan pelik bila tahu saya pernah susah, tiada duit dan kerja. Mereka nampak saua di TV tapi itu program ulangan.
“Memang ada fasa saya tiada langsung tawaran kerja terutamanya ketika PKP. Bila Jakel sanggup tolong, saya terharu,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Nabil amat menghargai jasa Jakel yang turut menaja pakaian Hari Raya buat keluarganya selama sembilan tahun berturut-turut.
“Saya tak menyesal tolak tawaran besar itu. Saya bersama Jakel sudah hampir sembilan tahun, selama ini jugalah Jakel taja dan bantu selesaikan pakaian Hari Raya buat saya anak beranak.
Ads
“Bukan setakat itu sahaja, mereka juga taja ibu dan bapa saya. Di mana lagi saya nak membalas jasa pihak Jakel, dengan projek seperti inilah. Saya juga selesa dengan cara kerja di sini,” akhirinya.
Terdahulu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel mengumum harga Baju Melayu telah diturunkan daripada RM180 menjadi RM150 beserta sampin atau baju batik.
Menurut Feroz, meskipun nila mata wang Ringgit jatuh menjunam, Jakel tetap mahu memberikan harga yang terbaik buat pelanggan.
Sementara itu juga, Jakel masih mengekalkan konsep tawar menawar buat pelanggan ketika membeli belah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Khabar sedih menyelubunyi keluarga penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw apabila adik kandungnya, Shanty Yuliet Goeslaw atau lebih dekenali sebagai Uli Goeslaw meninggal dunia.
Berita kematian tersebut dikongsikan sendiri oleh pelantun lagu Ada Apa Dengan Cinta itu menerusi satu hantaran di laman Instagram.
“Selamat jalan adikku Shanty Yuliet Goeslaw (Uli Goeslaw), berbahagialah di sana,” tulisnya.
Dalam video yang dimuat naik itu dapat dilihat Melly dan suaminya, Anto Hoed memberi penghormatan terakhir kepada adiknya di rumah duka tempat jenazah adiknya akan dikuburkan.
Dalam suasana penuh sedih, Melly menghampiri peti yang menempatkan jenazah dan mengusap tangan mendiang adiknya itu.
Dia turut menitipkan kata pesan dan memanjatkan doa untuk adiknya sekaligus menyatakan hasrat agar mereka bertemu lagi.
“Nona manis nona ambon tak perlu lagi susah-susah memikirkan masalah di dunia ini sayang. InsyaAllah nanti kita bertemu lagi,” luahnya.
Biarpun berbeza agama, hubungan keluarga Melly tetap utuh. Imbas kembali, Melly dibesarkan sebagai penganut Kristian sebelum memilih untuk memeluk agama Islam lebih sedekad lalu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seiring dengan musim perayaan, Jakel melancarkan kempen Raya Sakan 2024 yang sekaligus menawarkan tawaran menarik terhadap pakaian dan kelengkapan sempena Aidilfitri, selama sebulan.
Selari dengan moto kempen tahun ini iaitu bergaya sambil berjimat, jenama itu menawarkan pakaian bercorak dan rekaan terkini meliputi pelbagai peringkat usia pada harga lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kesemua koleksi pakaian siap tahun ini bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak yang ditawarkan adalah berteraskan trend terkini.
“Sempena promosi Raya Sakan Bersama Jakel tahun ini, harga baju Melayu yang sebelum ini ditawarkan pada tahun lalu iaitu pada RM180 kini diturunkan kepada RM150 sepasang. Malah pelanggan berpeluang memilih salah satu hadiah percuma antara kurta atau samping berkualiti berteraskan kain eksklusif bernilai RM89 bagi setiap pembelian baju Melayu tahun ini.
“Bagi koleksi perempuan sedia dipakai pula ditawarkan serendah RM99 sepasang dengan ratusan corak dan warna terkini 2024,” katanya pada majlis sempena pelancaran kempen Raya Sakan Bersama Jakel 2024 di Jakel Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jakel turut menyediakan stok baju melayu sebanyak 3 juta pasang di seluruh Malaysia, jauh lebih banyak berbanding tahun sebelumnya.
“Tidak ketinggalan, bagi penggemar pakaian sedondon, Jakel turut menyediakan koleksi KOMBO sedondon khusus bagi keluarga dan pasangan .
“Tahun ini juga Jakel menawarkan pelbagai pilihan baju kanak-kanak perempuan dan lelaki bermula dari peringkat bayi hingga ke usia 14 tahun pada harga amat berpatutan bermula pada RM49 sepasang.
“Bukan itu sahaja, selain koleksi pakaian, Jakel turut menawarkan diskaun sehingga 85 peratus bagi kelengkapan lain seperti permaidani, langsir, sejadah, kain pelikat dan lain-lain di gedung kami yang sudah popular sebagai pusat sehenti,” ujarnya lagi.
Lebih menarik, pelbagai varieti kurta turut dijual pada harga serendah RM39, kemeja lelaki serendah RM59 serta baju kanak-kanak bermula dengan harga RM29.
Promosi itu membabitkan seluruh cawangan Jakel seluruh negara bermula 9 Mac hingga ke malam Raya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Zarina Astillah ada menitipkan pesanan, agar dia pulang ke pangkuan keluarga jika suami anaknya, iaitu Aliff Aziz menyakitinya.
Zarina atau lebih mesra disapa Eina meluahkan, keluarga sentiasa akan ada bersama.
“Pesan Ibu, jika lelaki itu menyakitimu pulanglah ke pangkuan keluargamu. Mereka akan selalu ada untukmu,” tulisnya menerusi kapsyen video di Instagram pada Ahad.
Terdahulu, media melaporkan Aliff Aziz dan aktres Ruhainies telah dicekup dipercayai khalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, pada awal pagi Sabtu.
Malah, kelibat Bella dan adiknya Didi Astillah di perkarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekitar jam 2.40 pagi pada hari sama tangkapan dipercayai ada kaitan dengan kes berkenaan.
Bella bagaimanapun sehingga kini masih tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu berkenaan.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.