Selepas dinobatkan selaku naib juara dan pemenang Persembahan Terbaik Anugrah Juara Lagu Ke-38 (AJL38), penyanyi, Aishah Retno dikatakan telah diserang ‘anxiety attack’ dan terpaksa ditenangkan seketika sebelum sesi sidang media berlangsung.

Aisha yang ketika itu sempat menghadiri sesi sidang media memaklumkan dia tidak pasti mengenai keadaan tubuhnya pada saat itu dan ia mungkin terjadi disebabkan kepenatan yang melampau.

“Bila Allah Mahu Ia Terjadi, Kita…,” – Aisha Retno Kena Anxiety Attack Waktu Sidang Media AJL38, Terpaksa Pulang Awal

“Apa yang boleh saya katakan, kita tak tahu apa yang berlaku dengan badan kita. Mungkin disebabkan kepenatan tapi saya tak rasa kepenatan itu merupakan satu alasan sebagai seorang anak seni.

“Bila Allah mahu ia akan terjadi, kita tak boleh nak elak,” katanya kepada MH.

Aisha berkata sedemikian ketika ditemui pada sesi sidang media selepas selesai AJL38 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.

“Bila Allah Mahu Ia Terjadi, Kita…,” – Aisha Retno Kena Anxiety Attack Waktu Sidang Media AJL38, Terpaksa Pulang Awal

Sementara itu, Aisha akui teruja dengan pencapaiannya itu meskipun ini merupakan kali pertama dia bertanding di pentas AJL.

IKLAN

“Saya ingin mengucakan tahniah buat Amir Jahari dan Aina Abdul. Kedua-dua mereka ini merupakan idola saya dalam bidang muzik.

“Saya rasa sangat berbesar hati untuk berada sebaris dengan mereka. Ini merupakan kali pertama saya bertanding di AJL. Akhirnya menyandang naib juara.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak juri dan AJL38. Kalau diberikan rezek sekali lagi, saya akan berusaha lagi sehabis baik,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai persembahan memukau dengan gimik terbang setinggi 30 kaki seterusnya dinobatkan pemenang Persembahan Terbaik, Aisha menyifatkan kejayaan tersebut merupakan hasil usaha sama dirinya dan pasukan pengurusan.

IKLAN

“Bila Allah Mahu Ia Terjadi, Kita…,” – Aisha Retno Kena Anxiety Attack Waktu Sidang Media AJL38, Terpaksa Pulang Awal

“Ke semua finalis AJL38, mereka mempunyai pelan persembahan yang sangat rapi. Saya sendiri tak sangka akan memenangi anugerah Persembahan terbaik

“Kemenangan ini juga menandakan saya mempunyai pasukan yang sangat solid. Mereka telah berungkus lumus bagi memastikan persembahan saya berjalan dengan lancar,” kongsinya lagi.

Sementara itu, penyanyi kacukkan Malaysia-Indonesia ini juga tidak gentar untuk melakukan aksi ekstrem walaupun digantung setinggi 30 kaki ketika mempersembahkanl lagu Sutera.

IKLAN

“Sebenarnya, saya lebih sukakan ketinggian tapi tak suka pada kelajuan. Bila mereka nak menarik saya ke atas, saya okay sahaja tapi saya tak mahu terlalu laju.

“Kalau laju-laju, lebih baik naik roller coaster,” selorohnya.

Ditanya mengenai kos keseluruhan persembahannya itu yang dikatakan mencecah enam angka, Aisha menjelaskan ia merupakan perbelanjaan terbesarnya sepanjang bergelar penyanyi

“Bercakap soal kos persembahan, sebenarnya, saya kurang tahu nilainya. Namun, ini merupakan kos paling besar yang saya pernah belanjakan sepanjang berada di dalam industri muzik.

“Namun, saya sangat gembira kerana hasilnya sangat bagus. Bila dinobatkan selaku pemenang persembahan terbaik dan naib juara, saya rasa ia telah membalas segala kos-kos yang telah dikeluarkan,” akhirinya.

Kemenangan dua kategori tersebut membolehkan Aisha menerima wang tunai terkumpul sebanyak RM62,000 berserta trofi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI