Pelakon dan pelawak, Along Cham mendakwa isterinya, Afreena Suhaimi sudah melanggar taklik sebanyak tiga kali pada tahun lalu.

Lalu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad memaklumkan dia harus memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai sebaik sahaja keluar dari penjara.

Antara taklik yang dilanggar Afreena ialah tidak patuh dan menipu suami.

Along Cham Dedah Isteri 3 Kali Langgar Taklik, Bukan Mudah Buat Keputusan Cerai

“Orang perempuan ni berani sangat nak melanggar dan tidak taat pada suami. Bukan mudah nak buat keputusan ini. Saya sayang rumah tangga saya.

“Namun, saya terkejut dia berani melanggar. Saya ada meletakkan tiga perkara iaitu jangan membelakangkan, menipu dan satu lagi, saya tak boleh dedahkan,” katanya kepada MH.

Along memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ads

Bakal Failkan Lafaz Taklik Di Mahkamah Rendah Syariah

Along yang pada awalnya mahu menfailkan lafaz taklik di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Putrajaya tidak berjaya apabila dia diarahkan untuk melakukannya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Along Cham Dedah Isteri 3 Kali Langgar Taklik, Bukan Mudah Buat Keputusan Cerai

Dalam masa sama, pelawak itu turut mendedahkan dia sepatutnya ingin menfailkan perkara tersebut pada 16 Disember lalu.

Bagaimanapun ia tidak terjadi apabila ditahan pihak polis akibat memiliki dadah pada 14 Disember lalu.

Ads

Along Cham Dedah Isteri 3 Kali Langgar Taklik, Bukan Mudah Buat Keputusan Cerai

“Sepatutnya saya nak fail pada 16 Disember lalu tetapi malangnya saya ditahan pihak polis pada 14 Disember.

“Jadi, ini tindakan pertama saya lakukan selepas keluar dari ‘madrasah’ semalam,” ujarnya.

Ditanya mengenai wujudnya orang ketiga menjadi punca masalah, Along tidak menafikan perkara tersebut.

Ads

“Saya sampai tahap sudah habis sayang rumah tangga saya. Saya juga sudah beri peluang dan mengejutkan dia tetap melanggar, saya tak sangka.

“Mengenai kecurangan isteri saya tak boleh buat huraian, tapi orang ketiga itu memang wujud. Cuma, ini bukan ke arah curang. Banyak kali dan macam-macam dia buat saya dekat belakang,” katanya.

Pada pagi Selasa, timbul dakwaan yang mengatakan Along bakal menfailkan lafaz cerai taklik terhadap isterinya iaitu Afreena Suhaimi.

Berdasarkan sumber, Along dijangka memfailkan pengesahan cerai taklik pada jam 11 pagi ini.

Untuk info, Along mendirikan rumah tangga bersama Afreena pada 4 April tahun lalu selepas sembilan tahun menduda.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI