Pempengaruh dan adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan berkongsi momen-momen indah sewaktu menyambut hari lahir teman lelakinya yang juga merupakan pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol.
Menerusi hantaran tersebut, pasangan dua merpati sejoli ini difahamkan menyambut momen istimewa itu di sebuah restoran di Jakarta, Indonesia.
Ameera dan Jefri dilihat sangat mesra bersama dan hal tersebut jelas kelihatan menerusi foto-foto dan video yang dikongsikan di Instagram.
Ucapan ‘Happy Birthday Sayang’ Pancing Perhatian
Paling mencuri tumpuan netizen sudah tentulah ucapan ‘Happy Birthday Sayang’ yang tertera di pinggan kek bersempena hari lahir Jefri yang ke-26.
Jelas Ameera, meskipun Jefri sudah memasuki usia 26 tahun, padanya dia tetap seperti anak kecil.
Ads
“26 but forever my baby,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kemesraan pasangan ini selain turut mendoakan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
“Ya ampun lovebirds.
“Kekal bahagia kalian berdua.
Ads
“Cepat-cepat kahwin. Semoga dipermudahkan segala urusan.
“Baby jangan lepaskan dia. Handsome dooh ni. Biarkan walau satu dunia membenci. Jangan lepaskan dia sebab boleh nampak dia hargai dan sayang ke baby. Suka melihat kalian berdua gembira bersama. Semoga jodoh berpihak kepada kalian.
“Kenapa muka sama ya? Mungkin sebab itu dikatakan jodoh kita punyai rupa 90% sama,” antara komen-komen netizen.
Ads
Sejak akhir-akhir ini, Ameera dilihat makin terbuka untuk berkongsi perihal cintanya bersama Jefri.
Malah, Ameera juga kerap mempertahankan Jefri bila ada pihak yang melemparkan komen-komen negatif terhadap teman lelakinya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ameera Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas kecoh mengenai kenyataan produser yang disifatkan agak keterlaluan, A.Aida berikutan rupa paras lebih penting daripada bakat, Ariff Aziz meluahkan pandangan menerusi laman Instagram.
Menerusi rakaman yang disiarkan itu, dia sepertinya hilang kata-kata.
“Owh, what about me? What about my opinion about that? Ya that thing that you guys talking about…emmmm.
“Ya that thing that currently going on. About that thing I rasa errmmm….. I rasa ermmm….ermmm… rasa ermmm.
“Errmmmm, nak cakap apa pun tak tahu lah. Tapi I rasa I tak ada rupa kot. I don’t know. Mungkin ada sikit la kot. Maybe 50%. I don’t know. What you guys say?” katanya.
Apapun, netizen seakan memahami situasi lelaki ini yang tersepit antara isteri dan realiti meminta agar dia bertenang kerana setiap orang berhak memberi pandangan.
Foto – Instagram Ariff Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Apabila bercakap mengenai sesorang selebriti, tidak hanya kualiti seni yang diperkatakan ramai ya. Malah, sisi peribadi mereka juga akan ‘disiasat’ ramai, termasuk adik-beradik yang lainnya.
Jadi tidak hairanlah sekiranya ada di antara adik perempuan selebriti kita turut terlibat dalam seni gara-gara memiliki pesona yang tidak kurang menarik selain abang atau kakak mereka.
Hingga ada juga yang kini sudah pun bergelar artis dan instafamous. Siapakah mereka? Ini 10 adik selebriti yang cun melecun pilihan MH. Jom check it out!
Fathia Latiff
Neelofa
Eira Syazira
Anzalna Nasir
Syatilla Melvin
Fasha Sandha
Sajat
Elfira Loy
Foto: Instagram selebriti/ Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi di laman media sosial Instagram milik pelakon Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd Razak ada berkongsi sekeping foto bersama ibunya.
Bukan itu sahaja, bintang berusia 30 tahun ini turut memuji kecantikan wajah insan tersayang itu di ruangan kapsyen
“My mother is the most beautiful woman in the world. i love you Mama Salam Maulidur Rasul,”
Pelakon dan pengacara, Janna Nick menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk melakukan konten ‘double meaning’ atau berbaur lucah bersama suaminya yang juga pelakon, Dini Schatzmann, baru-baru ini.