Ads

“Jom Sama-Sama Kita Meriahkan,” – Ayie Floor 88 Turun Padang Bersama Tok Wan, ‘Walk A Town With Me’ Sasar 30,000 Peserta!

Vokalis, Ayie Floor 88 bakal memeriahkan program istimewa iaitu ‘Walk A Town With Me’ Pahang 1st anjuran Majlis Belia Negeri Pahang.

Program komuniti berskala besar itu menyasarkan penyertaan seramai 30,000 peserta dari seluruh negeri Pahang.

Siri jelajah berkenaan akan berlangsung di sembilan lokasi terpilih iaitu Kuantan, Maran, Jengka, Bentong, Kuala Lipis, Pekan, Indera Mahkota, Bera dan Temerloh.

Pembuka Tirai Di Kuantan

Sebagai acara pembuka tirai, Ayie Floor 88 akan bergandingan bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (Tok Wan) dalam program yang berlangsung pada 12 Julai 2026 (Ahad), dari jam 7.30 malam hingga 11.00 malam di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang (KOMBES), Kuantan.

‘Walk A Town With Me’ diwujudkan sebagai platform yang menyatukan masyarakat Pahang daripada pelbagai lapisan usia dan latar belakang menerusi aktiviti riadah yang sihat dan menyeronokkan.

Pada masa sama, program ini turut memperkenalkan budaya, warisan serta keunikan setiap daerah, sekali gus mengeratkan silaturahim, memupuk semangat cintakan Pahang dan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti komuniti yang positif.

“Jom Sama-Sama Kita Meriahkan,” – Ayie Floor 88 Turun Padang Bersama Tok Wan, ‘Walk A Town With Me’ Sasar 30,000 Peserta! “Jom Sama-Sama Kita Meriahkan,” – Ayie Floor 88 Turun Padang Bersama Tok Wan, ‘Walk A Town With Me’ Sasar 30,000 Peserta!

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/mana-ada-pemimpin-nak-tengok-negara-hancur-floor-88-tak-tolak-program-anjuran-kerajaan-sokong-usaha-berbakti-kepada-rakyat/

Galak Gaya Hidup Sihat

Selain menjadi medan beriadah, program ini juga membudayakan amalan berjalan kaki sebagai rutin harian yang mampu meningkatkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan, di samping memberi peluang kepada keluarga serta rakan-rakan meluangkan masa berkualiti bersama.

Setiap peserta berdaftar akan menerima baju rasmi program dan medal penamat (finisher medal). Lebih istimewa, pelbagai hadiah lumayan menerusi cabutan bertuah turut disediakan sepanjang siri jelajah ini.

Ads

Ayie turut berbesar hati apabila bakal mengisi masa bersama-sama peserta dan peminat dalam menjayakan program yang membawa manfaat kepada masyarakat.

“Saya mengajak seluruh rakyat Pahang dan peminat Floor 88 untuk turun beramai-ramai menyertai ‘Walk A Town With Me’.

“Selain dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, kita juga dapat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki.

“Insya-Allah saya akan bersama Tok Wan pada 12 Julai di KOMBES, Kuantan dan saya harap dapat bertemu anda semua di sana.

Ads

“Jom kita sama-sama meriahkan program ini dan tunjukkan semangat rakyat Pahang,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut bersama YAB Menteri Besar Pahang dan Ayie Floor 88.

Jangan lepaskan peluang menikmati aktiviti riadah yang menyeronokkan, membawa pulang baju rasmi serta medal penyertaan, di samping berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah.

Maklumat lanjut mengenai siri jelajah dan pendaftaran akan diumumkan menerusi saluran rasmi Pahang 1st.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @pahangfirstdotcom

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dari Pentas Ke Kafe… KRU Bakal Buka KRU Cafe Di Shah...

KRU, Sony Music Malaysia, Babah Ventures dan TMGV berganding tenaga merealisasikan KRU Cafe iaitu sebuah kafe bertemakan muzik dan hiburan yang dijadual dibuka di...
error: Hello. Cannot.