Ads

“Tak Mungkin Jadi Tanpa Pertolongan Allah,” – Dikurnia Rezeki & Nikmat, Maryam Younarae Sentiasa Yakin Dengan Islam

Maryam Younarae
Maryam Younarae

Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.

Menurut Maryam, soalan tersebut membuatkan dia kembali mengimbau perjalanan hidup sebagai saudara baru yang disifatkan penuh dengan nikmat serta pertolongan daripadaNya.

“Tak Mungkin Jadi Tanpa Pertolongan Allah,” - Dikurnia Rezeki & Nikmat, Maryam Younarae Sentiasa Yakin Dengan Islam

“Borak dengan kawan dari Korea, tiba-tiba dia tanya, ‘Sekarang awak memang betul-betul percaya Islam?’. Saya terus jawab ‘ya’.

“Bila difikirkan semula, terlalu banyak benda dalam hidup yang saya rasa tak mungkin jadi kalau tanpa pertolongan Allah,” tulisnya.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads yang kini tular.

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/baby-boy-durian-kimchi-lahir-sama-tarikh-dengan-ibunya-maryam-syukur-dengan-anugerah-rezeki-allah-kurniakan/

“Tak Mungkin Jadi Tanpa Pertolongan Allah,” - Dikurnia Rezeki & Nikmat, Maryam Younarae Sentiasa Yakin Dengan Islam

Berpegang Pada Islam Kerana Kesedaran Sendiri

Dalam pada itu, isteri kepada usahawan dan pempengaruh, Ryzal Ibrahim itu turut menjelaskan, keputusannya untuk terus berpegang kepada ajaran Islam bukanlah kerana dipengaruhi oleh orang lain.

Ads

Sebaliknya, ia lahir daripada kesedaran sendiri serta rasa syukur terhadap segala nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT.

“Tak Mungkin Jadi Tanpa Pertolongan Allah,” - Dikurnia Rezeki & Nikmat, Maryam Younarae Sentiasa Yakin Dengan Islam

“Sebab itu saya percaya Allah sentiasa ada.

“Sebab itu saya ikut Islam. Bukan sebab orang suruh tapi sebab saya nak hidup dengan rasa syukur atas semua nikmat yang Allah dah bagi.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Yang paling saya bersyukur hari itu, kawan-kawan saya betul-betul nak faham kehidupan saya sekarang,” kongsinya.

Imbas kembali, Maryam memeluk Islam pada tahun 2019 dan mendirikan rumah tangga bersama Ryzal pada tahun sama.

“Tak Mungkin Jadi Tanpa Pertolongan Allah,” - Dikurnia Rezeki & Nikmat, Maryam Younarae Sentiasa Yakin Dengan Islam

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nik Rina dan Rian.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Zizie Izette Jawab Dakwaan Cepat ‘Move On’, Berani & Kuat Teruskan...

Pelakon Datin Seri Zizie Izette memberikan reaksi dan pendapatnya susulan dakwaan segelintir pihak yang beranggapan dirinya terlalu cepat ‘move on’ dan tidak lagi berada dalam fasa kesedihan selepas pemergian suami yang juga tokoh politik, Datuk Seri Bung Moktar Radin.