
Pelakon, Puteri Sarah Liyana menyarankan kepada orang ramai untuk menjalani ujian saringan Covid-19 (Swab-Test) demi menjaga keselamatan keluarga dan diri sendiri.
Dalam pada itu, menerusi Instagram Puteri turut berkongsi satu rakaman video ketika menjalani ujian saringan berkenaan.
Di samping itu, ibu kepada dua cahaya mata ini memberitahu ujian saringan tersebut tidak berasa sakit seperti yang digambarkan oleh orang ramai.
“Okey siapa yang cakap sakit tu sebenarnya nak menakutkan korang sahaja,
“Tapi sebenarnya tak sakit pun. Macam Sarah buat ni dalam mulut dan juga hidung, tak sakit pun, jadi jalankan tanggungjawab anda,
“Dan lagi satu benda ni memang wajib buat untuk keselamatan famili dan diri sendiri,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on
Sekadar informasi, Puteri merupakan isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga bersama pada 8 Mac 2014.
Video: Instagram Puteri Sarah Liyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takut Bahagian Kita Pula Satu Hari Nanti Macam Mana,” – Shuib Komen Susulan Isu Viral Libatkan Influencer Lelaki

Usahawan dan pelawak, Shuib tampil mengulas berhubung isu seorang selebriti media sosial yang menziarahi pusara Allahyarham isterinya, Siti Sarah dan menjadikan ia sebagai kandungan di laman YouTube.
Menurut Shuib, semua pihak seharusnya ada rasa peka terhadap perkara melibatkan soal sensitiviti orang lain.
“Saya tak tahu nak komen apa mengenai isu itu. Apa yang saya boleh katakan, kena ada rasa peka yang tinggi terhadap sensitiviti orang lain.
“Takut nanti hilang sensitiviti, rasa suka nak buka aib… Takut bahagian kita pula satu hari nanti macam mana,” katanya.
Meski marah namun Shuib menambah adalah lebih baik menyebarkan rasa kasih sayang, demi kebaikan semua orang.
“Marah memang marah, tapi itu sahaja yang saya boleh cakap. Kena ada rasa semsitif. Nasib kita di masa akan datang belum lagi diketahui.
“Lebih baik kita kongsi perkara yang boleh mendatangkan kasih sayang, itu lebih baik untuk semua orang,” katanya lagi.
Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata demikian ketika ditanya media sejurus selesai majlis tahlil dan bacaan Yassin di kediamannya yang dilakukan secara virtual, Selasa malam.
Sejak kelmarin, kecoh di laman sosial mengenai individu yang terkenal di laman sosial Instagram dan YouTube yang merakamkan perjalanannya menziarahi puasa arwah Siti Sarah.
Dia difahamkan kemudiannya memuat naik video terbabit sebagai kandungan di saluran YouTube miliknya dan ia mula mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan warganet.
Bagaimanapun, individu terbabit sudah pun memohon maaf sekaligus memadam kandungan berkenaan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Allah,” – Kaka Azraff Kongsi Wajah Comel Anak, Baru 5 Hari Usianya

Jumaat lalu, penyanyi Kaka Azraff sudah pun selamat bersalin cahaya mata pertamanya, hasil perkongsian hidup bersama suami, Adam Azriff.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.
Terdahulu menerusi entri terkininya di Instagram, penyanyi yang kini muncul menerusi single Diamonds ini turut berkongsi foto bayi sulungnya itu.
View this post on InstagramDiamonds dalam hidupku Terima kasih Allah, Syukur Alhamdulillah.
A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on
“Diamonds dalam hidupku. Terima kasih Allah, syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan ucapan tahniah serta dedikasi dari peminat dan rakan selebriti.
View this post on InstagramA post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on
Beberapa hari lalu, Kaka menerusi platform sama turut berkongsi mengenai kelahiran bayi lelaki yang masih belum dikongsi namanya itu.
Menurut Kaka dirinya selamat bersalin kira-kira jam 2.14 petang, pada Jumaat.
Foto: Instagram Kaka Azraff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siti Nordiana Bertahun-Tahun Bawa Status Ibu Tunggal, Terkejut Didakwa Sudah Kahwin – “Berita Itu Tidak Sahih.”

Isi Kandungan
TogglePenyanyi dan pengacara, Siti Nordiana, 41, menafikan dakwaan kononnya dia sudah kembali bergelar isteri, sekali gus menepis berita gosip yang tular, baru-baru ini.
Mengulas mengenai perkara itu, Siti Nordiana atau Nana mengakui perkara tidak benar dan dia sendiri terkejut apabila mengetahui mengenai spekulasi berkenaan.
Terkejut dengan Spekulasi
“Sejujurnya saya terkejut dan pernah terbaca artikel tentang perkara itu. Saya pun tak tahu menahu daripada mana cerita ini datang. Berita itu tidak sahih.
“Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada mereka yang mendoakan yang baik-baik untuk jodoh saya. Kita serahkan saja (soal jodoh) kepada Allah SWT.
“Hati saya tidak pernah tertutup untuk kembali mendirikan rumah tangga, Insya-Allah,” katanya.
Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025 di One World Hotel, Petaling Jaya, pada Khamis.
Kerap Dikaitkan Gosip Percintaan
Tidak pasti bagaimana khabar angin tersebut timbul, Nana bagaimanapun menyifatkan telahan itu tersebar mungkin disebabkan statusnya yang sudah lama bergelar ibu tunggal.
“Saya pun tak pasti bagaimana spekulasi itu boleh timbul. Mungkin sebab saya sudah lama hidup solo.
“Macam itu lah… Kalau sudah lama solo ni, kita pasti akan sentiasa menjadi sasaran untuk digosipkan.
“Contohnya sebelum ini pun, saya ada juga digosipkan dengan beberapa artis lelaki. Malah banyak kali juga kenalan yang gurau dan tanya ‘bila nak bagitahu sudah kahwin’?” katanya lagi.
Sudah Terbiasa
Ditanya sama ada dia berkecil hati apabila sering ditanya mengenai teman hidup, penyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran itu mengakui sudah lali dengan persoalan tersebut.
“Soalan sedemikian sudah lama saya terima, ramai yang tanya mengenai perkahwinan. Saya tidaklah rasa ia sebagai satu soalan yang sensitif.
“Cuma terlalu banyak dakwaan mengatakan saya sudah pun berkahwin. Itulah yang saya tak faham. Apa yang boleh saya katakan, setakat ini ia tidak benar.
“Sebab fokus saya sekarang hanya pada anak dan dalam usia 40-an ini, saya sedang usaha untuk perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
“Insya-Allah saya bahagia saja menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sebab saya sudah terbiasa dengan rutin hidup begini. Bertahun-tahun bawa gelaran ibu tunggal,” katanya.
Anak Terbuka Soal Status
Dalam pada itu, Nana turut menjelaskan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 17, juga tidak pernah bertanya tentang ‘bapa baru’.
“Anak saya jenis yang tidak kisah dan dia tak pernah pula tanya mengenai ‘masalah’ ibu dia.
“Rayyan pun sudah remaja dan saya percaya dia pasti akan terbuka sekiranya saya mahu bercakap tentang perkara ini kelak,” ujarnya.
Nana pernah bertemu jodoh bersama pelakon, Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, namun mereka perpisah pada 2009.
Dalam perkembangan lain, Nana baru sahaja melancarkan lagu raya solo pertamanya berjudul Hari Lebaran.
Lagu ciptaan Nana sendiri bersama Dian Rasid itu sudah pun menerima lebih 100,000 tontonan di YouTube selepas seminggu dimuat naik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI