Peguam Muhammad Fadhli M. Sutris yang mewakili pasangan selebriti, Shuib dan Siti Sarah menafikan sebarang khabar angin termasuk anak guamnya yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipanggil membantu siasatan berhubung sebuah kes beberapa hari lalu.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Muhammad Fadhli berkata sebarang komen mengenai kes itu memang tidak dapat dikongsikan buat masa sekarang kerana boleh mengganggu proses siasatan.

“Ingin kami tekankan sekali lagi bahawa kehadiran anak guam kami hanyalah untuk membantu proses siasatan pihak SPRM sahaja. Anak guam kami sudah memberi kerjasama penuh dalam membantu siasatan terbabit.  

IKLAN

“Tiada sebarang tangkapan mahupun permohonan reman dibuat terhadap kedua-dua anak guam seperti dilaporkan beberapa media sebelum ini. Kesemua kenyataan yang bertentangan dan tular adalah tidak benar sama sekali.

“Tujuan kenyataan kami ini adalah bagi menjawab sebarang khabar angin mahupun berita tidak sahih dan spekulasi yang tular di media sosial mahupun berita-berita yang diterbitkan di media cetak sejak kehadiran anak guam kami di pejabat SPRM pada hari Khamis lepas,” katanya.

IKLAN

Tambah Muhammad Fadhli lagi, sebarang komen berkenaan kehadiran dan sebab mengapa mereka hadir di pejabat SPRM tidak dapat didedahkan buat masa ini memandangkan ia masih berada di dalam peringkat siasatan SPRM.

“Seperti yang sudah kami nasihatkan dan untuk menghormati proses perundangan negara, anak guam mahupun pihak pengurusan mereka tidak digalakkan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara terbabit.  

IKLAN

“Perkara ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak SPRM,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti terbabit telah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI