Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu menegaskan dirinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mencipta akaun media sosial palsu dengan menggunakan namanya.

Menurut Jep, dia tidak pernah memiliki sebarang akaun di Twitter manakala di Facebook pula dia hanya mempunyai sebuah akaun rasmi.

“Kalau Surat Dah Sampai, Maaf Jelah Ye,” – Cipta Akaun Palsu Di FB & Twitter, Jep Sepahtu Mahu Ambil Tindakan Kepada…

“Tolong jangan terpedaya! Ini bukan page saya di Facebook. Saya juga tiada sebarang acount di Twitter.

“Saya mohon apa sahaja acount yang menggunakan nama saya tolong delete sebelum tindakan diambil. Kalau surat dah sampai maaf je la ye,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio yang mengendalikan program Pagi Di Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Dalam pada itu, Jep turut berkongsi beberapa foto tangkap layar yang memaparkan senarai akaun-akaun palsu yang menggunakan namannya dan juga isteri, Sari Yanti.

“Kalau Surat Dah Sampai, Maaf Jelah Ye,” – Cipta Akaun Palsu Di FB & Twitter, Jep Sepahtu Mahu Ambil Tindakan Kepada…

“Untuk makluman semua, ini diantara fake acount di FB & Twitter yang menggunakan nama saya dan isteri. Saya tiada sebarang acount di Twitter dan hanya ade satu page acount di FB.

IKLAN

“Wife saya pula tiada sebarang acount di Twitter dan juga FB. Saya mohon acount-acount yang menggunakan nama saya dan isteri tolong delete, kalau tidak saya terpaksa ambil tindakan,” kongsinya lagi.

Jelas Jep lagi, sekiranya pemilik-pemilik akaun tersebut masih berdegil, tindakan tegas mungkin akan diambil.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut kerana selama ini menganggap akaun-akaun berkenaan adalah benar kerana miliki jumlah
pengikut yang sangat ramai.

IKLAN

“Kalau Surat Dah Sampai, Maaf Jelah Ye,” – Cipta Akaun Palsu Di FB & Twitter, Jep Sepahtu Mahu Ambil Tindakan Kepada… “Kalau Surat Dah Sampai, Maaf Jelah Ye,” – Cipta Akaun Palsu Di FB & Twitter, Jep Sepahtu Mahu Ambil Tindakan Kepada…

Terdahulu, Jep kini dilihat sedang sibuk mempromosikan musim terbaru Sepahtu Reunion Live yang telah pun memulakan siarannya pada 8 Oktober lalu.

Pada musim kali ini, Sepahtu Reunion Live tampil dengan sedikit kelainan apabila mereka harus beraksi tanpa kehadiran peminat dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuat kuasakan ketika ini.

Sumber: Instagram Jep Sepahtu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI