Penyanyi Syura Badron yang kini turut aktif berbisnes menerusi produk kecantikan ada berkongsi pandangan mengenai sikap segelintir masyarakat yang mudah untuk berasa iri hati dengan kejayaan orang lain.
Mengakui situasi tersebut pernah berlaku kepada dirinya, penyanyi lagu Syurga Perindu tetap sabar dan menggangap ia sebagai asam garam dalam dunia perniagaan.
Di samping itu, penyanyi berusia 34 tahun ini turut berharap agar usahawan di luar sana untuk terus cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran dunia bisnes.
“Hi awak! Terasa ke? Yes, memang nak suruh awak sentap pun.
“Macam ni lah, dah 2021 ni..cuba kita slowly ubah mindset,ubah cara berfikir, dan bersihkan hati.
“Jangan cepat buruk sangka bila ada orang share tentang journey mahupun achievement!
Ads
“Pandanglah semua tu sebagai satu inspirasi dan bukan dengan perasaan dengki! Insyaallah tenang je hati tu nanti.
“Since syura terjebak dalam bisnes, jadi founder untuk @charmant_hq , banyak yang syura belajar! Sabar, sabar dan sabar! Jangan kisah dgn apa pun orang nak cakap!
“Untuk semua business owner, syura nak cakap… be strong! kita semua tengah struggle .. jangan sesekali down tau!,”tulisnya.
Ads
Perkara tersebut dikongsikannya menerusi satu pautan video yang dibuat menerusi TikTok sebelum dikongsikan di Instagram miliknya.
“Jangan terkesan dgn orang/ kawan2 toxic mcm tu! Kita susah, bukan diorg datang tolong kita pun, diorg tak tahu perit hidup kita macamana nak survive.
“So, apa nak buat? Kita “kick” terus dalam hidup kita pun takpe, tak rugi pun awak! Keep on doing what you love and stay surrounding with positive people!
Ads
“Syura doakan korang berjaya dunia akhirat #positivevibes #syurabadron
Semalam, pihak kerajaan telah mengumumkan beberapa sektor perkhidmatan seperti pasar malam, pusat cuci kereta dan kedai gunting rambut akan dibenarkan untuk beroperasi semula bermula hari ini.
Pengumuman tersebut nyata melegakan hati ramai pihak terutamanya buat para pengusaha perkhidmatan berkenaan yang sebelum ini harus menghentikan segala operasi mereka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula sejak Januari lalu.
Perkhabaran tersebut turut disambut baik oleh pengacara dan penulis lagu, Ahmad Fedtri Yahya.
Bagaimanapun, Fedtri berharap agar semua pihak dapat bekerjasama dalam memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) dapat terus dipatuhi.
“Kepada yang berniaga di pasar malam, selamat mencari rezeki. Peniaga dan pelanggan patuhi SOP, semoga pencarian rezeki halal dipermudahkan dan keselamatan semua dipelihara,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Malaysia Hari Ini itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Fedtri turut dilihat menitipkan kata-kata semangat terutamanya buat mereka yang terkedan dikala pendemik Covid-19 ini.
“Musim PKP, ramai yang sayu. Makin ke lapisan bawah, makin perit rintihannya. Moga kesabaran menjadi asbab rezeki lebih luas dan tenang,” akhirnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih selain turut berharap agar keadaan dapat pulih seperti biasa tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, perkhidmatan penstriman media, Over The Top (OTT) bukan sahaja memudahkan akses bagi penonton menikmati filem, muzik, drama dan pelbagai kandungan digital, malah harga berpatutan ditawarkan merangkumi penggunaan lebih meluas.
Apatah lagi, dengan kekangan pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan, ramai yang memilih hiburan di hujung jari sahaja.
Lalu, telefon bimbit yang mempunyai akses internet boleh menstrim filem dan pelbagai kandungan digital di mana sahaja.
Mengambil peluang pada masa yang tepat, Mbits Digital Sdn Bhd memperkenalkan saluran Popcorn menerusi PLAY yang juga platform penyiaran digital tele-virtual OTT pertama dalam industri penyiaran di Malaysia.
Seperti aplikasi digital lain, PLAY boleh dimuat turun menerusi laman web, PLAY, Apple, Huawei dan Google Store.
Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Mbits Digital, Saraleana Nattaya Azmi, berkata, perbezaan PLAY dan penyiaran lain di Malaysia adalah kemudahan akses kepada kandungan digital, filem, muzik dan drama yang disediakan.
“PLAY adalah penyiaran digital baharu dan secara teknikalnya, PLAY seperti stesen televisyen (TV), cuma bezanya kami memilih platform penyiaran digital bukan penyiaran secara satelit.
“Kalau mahu membayangkan aplikasi digital yang sedia ada, ia seperti gabungan stesen TV, Netflix dn Spotify disebabkan kepelbagaian kandungan yang disediakan,” katanya.
Turut serta pada sesi pelancarannya ialah pengasas bersama yang juga Ketua Pegawai Strategik Mbits Digital, CL Hor dan Ketua PLAY, Ian Chin.
Dari segi jenis kandungan, Saraleana berkata, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan seperti Video On Demand, muzik, konsert secara langsung, saluran pengeluar kandungan tempatan dan antarabangsa.
Semua ini boleh didapati pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui pelbagai jenis peranti.
“Tidak hanya filem, drama bersiri dan sebagainya, PLAY membolehkan pendengar menikmati senarai muzik dan podcast tempatan dengan memasangkan ke mana-mana peranti.
“Istimewanya, PLAY menampilkan pelbagai saluran berita tempatan dan antarabangsa, termasuk siaran langsung saluran sukan seperti bola sepak, perlumbaan kuda, games dan banyak lagi.
“Sehingga kini, pengguna PLAY boleh menonton drama K-Pop dan Asia yang menyediakan lebih 8,000 jam tontonan dengan pelbagai drama dan filem menarik,” katanya.
Malah memetik Berita Harian, PLAY turut memberi manfaat buat pengeluar kandungan bagi menjana pendapatan dengan menawarkan kandungan percuma untuk ditonton, bayar setiap kali menonton dan koleksi yang ditonton.
“PLAY dibina untuk produser kandungan sebab kami mempunyai elemen seperti panggung wayang. Kita sedia tahu karya tempatan perlu bersaing dengan filem antarabangsa untuk satu tempoh tayangan. Disebabkan itu, kebanyakan produser beralih kepada pawagam di rumah.
“Sekiranya produser mempunyai karya, mereka boleh menayangkannya menerusi PLAY.
“Caj seperti panggung wayang dikenakan, tetapi tayangannya diberi tempoh selama setahun. Ini adalah inisiatif PLAY untuk memberi manfaat kepada produser.
“Selain itu, kami memperkenalkan sistem PLAY Tiket iaitu konsep baharu yang membolehkan penonton membayar setiap kandungan seolah-olah membeli tiket di panggung wayang,” katanya.
Lebih menarik, PLAY membina platform Popcorn kerana mahu menyokong pengeluar kandungan tempatan dengan menawarkan tingkap digital ke dunia global. PLAY sudah memiliki 16 rakan strategi platform digital pelbagai pilihan di seluruh dunia.
Menerusi platfom Popcorn, katanya, ia boleh mempamerkan pelbagai budaya, bahasa, warisan, seni dan hiburan di Malaysia tanpa perlu membayar kos yang tinggi untuk memiliki platform atau saluran sendiri.
Saraleana berkata, usaha berkenaan dilakukan bagi mengembangkan kandungan tempatan ke peringkat global. PLAY boleh dijadikan landasan untuk mengangkat karya tempatan ke luar negara.
“Dunia tanpa sempadan melalui platform digital. Mengapa kita sebagai rakyat Malaysia harus ketinggalan zaman dan hanya bergantung pada platform digital antarabangsa?
“Sebagai penyiar tempatan, kita harus berkembang dan menyesuaikan diri dengan trend global ke arah digital. Inilah sebabnya kami memajukan PLAY.
“PLAY akan mempamerkan dan mengembangkan kandungan Malaysia ke seluruh dunia. Ia disesuaikan dengan keperluan digital yang semakin meningkat.
“Amat bermanfaat bagi pengguna dan pengeluar kandungan mempunyai platform alternatif untuk menikmati kandungan dan menjana pendapatan pada peringkat antarabangsa.
“Kami mahu menjadikan PLAY sebagai platform glokal untuk mempamerkan kandungan Malaysia dan Asia ke seluruh dunia. Kisah budaya dan warisan lebih baik diceritakan oleh kita sendiri,” katanya lagi.
Meski PLAY turut menawarkan pengguna pelbagai kandungan antarabangsa, Saraleana menjelaskan, platform itu lebih fokus kepada kandungan tempatan dan Asia, selaras dengan usaha mengangkat karya tempatan.
Justeru, katanya, bagi menggalakkan orang ramai merasai pengalaman berhibur di hujung jari, PLAY memberi pengguna akses percuma selama tiga bulan, sejak awal bulan ini.
“Selepas tiga bulan, pengguna perlu melanggan dengan hanya bayaran RM5 sebulan untuk mengakses semua kandungan termasuk kandungan premium terpilih. Kandungan premium lain tertakluk kepada pilihan pengguna untuk melanggan dan menikmati.
“PLAY bukan sahaja platform penyiaran, malah ia adalah penyiaran OTT tele-virtual digital yang memberikan pengalaman hiburan tanpa henti dengan harga berpatutan.
“Pendaftaran PLAY semudah pengisian borang digital menerusi aplikasi berkenaan dan seterusnya, membuat pilihan tiket dan pelan yang disukai,” katanya yang turut mendasarkan lebih 100,000 pengguna dalam tempoh enam bulan akan datang.
Lalu, PLAY diharap dapat menarik orang ramai menggunakan penyiaran digital tele-virtual dalam satu platform.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi hantaran di laman Instagram, artis versatil, Alif Satar ada berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang mununggang sebuah motosikal model Yamaha RXZ.
Jelas Alif, dia sebenarnya sudah lama teringin untuk cuba menunggang motosikal ikonik kegilaan ramai itu dan akhirnya hajatnya itu menjadi kenyataan.
“Terus terang alif cakap, dari dulu alif TERINGIN nak bawak RXZ. Harini dapat! Apa barang naik superbike bro!,” tulisnya.
Video berdurasi hampir 30 saat itu nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah rakan penyanyi, Faizal Tahir.
Jelas Faizal, satu ketika dahulu, dia juga memiliki motosikal yang sama yang digunakan sebagai pengangkutan harian sewaktu di zaman universiti.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Selamat Malam Sayang ini mendedahkan dia terpaksa menjual moto kesayangannya itu demi menampung perbelanjaannya untuk menceburi bidang muzik.
“I used to ride this to universiti class everyday back in those days. Decided to sell it even though i needed it to go to class but I wanted to get money to buy a pc to install cubase and learn to produce my own music.
“The rest is history. Alhamdulillah. Btw, this was the motorbike back then,” jelasnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut malah ada juga yang berkongsi kisah mereka yang tersendiri mengenai motosikal tersebut.
Sumber: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.