Select Page
Yana Samsudin Tumpang Gembira Dengan Keharmonian Rumah Tangga Farid Kamil, Diana Danielle

Yana Samsudin Tumpang Gembira Dengan Keharmonian Rumah Tangga Farid Kamil, Diana Danielle

Pelakon dan pengacara Yana Samsudin mengharapkan keharmonian rumah tangga Datuk Farid Kamil dan isterinya, Datin Diana Danielle seperti yang dipamerkan pasangan selebriti berkenaan berkekalan sampai bila-bila.

Katanya kepada MH, sebagai adik ipar sudah pastinya dia tumpang gembira dengan perkembangan berkenaan.

Yana ditanya mengenai apa pandangannya sebagai mengulas desas desus sebelum ini yang mengandaikan status hubungan Farid dan Diana seakan bergolak ketika pelakon Anak Halal itu terhimpit kontroversi Januari lalu.

Bagaimanapun, spekulasi tersebut dinafikan Farid.

“Sebagai adik ipar, saya gembira bila tengok perkembangan hubungan mereka. Saya harap kebahagiaan yang mereka lalui itu lebih telus dan semoga ia kekal sampai hujung nyawa.

 

“Malah apa bila berdepan dan melihat dugaan yang dilalui Farid sebelum ini, ia membuatkan saya terfikir memandangkan empoh perkenalan saya dan Farid sudah lama.

 

“Kami kenal sewaktu sama-sama awal terlibat dalam seni. Malah saya kenalinya dulu sebelum suami. Jadi sudah pasti saya tidak mempercayai dakwaan tersebut,” akui Yana.

Apa pun, tambah pelakon Adnan Sempit ini lagi, dia percaya, setiap yang berlaku itu mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Mungkin ada hikmah atas segala apa yang terjadi. Sekarang, semuanya baik-baik sahaja. Syukur, alhamdulillah,” kongsi Yana yang turut menambah, sepanjang Ramadan dia sebolehnya mahu memberi tumpuan kepada ibadat dan perniagaannya yang kian berkembang.

 

“Setakat ini, saya tidak ambil mana-mana projek berlakon yang makan masa lama sebab kalau boleh, saya mahu fokus pada ibadat dan perniagaan tudung, Ayana Hijab, menerusi Mood Republik,” kongsinya.

Terdahulu, Yana ditemui media sejurus selesai sidang media Back To Back Raya Galore Festival Mode Republik 2018 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin berkahwin dengan adik Farid, Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Foto: Instagram Yana Samsudin, sumber Google

Sifatkan Apa Yang Berlaku Ibarat Berada Di Titik Paling Bawah Dalam Kehidupan, Ini 10 Rangkuman Yang Berlaku Di Sidang Media Datuk Farid Kamil

Sifatkan Apa Yang Berlaku Ibarat Berada Di Titik Paling Bawah Dalam Kehidupan, Ini 10 Rangkuman Yang Berlaku Di Sidang Media Datuk Farid Kamil

Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, 37, telah mengadakan satu sidang media di The Loft Event Space, Setia Alam pada Rabu bagi memberi penjelasan sebenar mengenai semua isu yang berkaitan mengenai dirinya kepada pihak media.

MH yang turut berada pada sidang media berkenaan merangkumkan 10 perkara yang disuarakan pelakon versatil terbabit bersama peguamnya sepanjang sidang media berlangsung.

Pelakon filem Tombiruo ini memberitahu sebagai seorang selebriti, dia mengakui apa yang berlaku boleh diumpamakan seperti berada di titik paling bawah dalam kehidupan di mana secara tiba-tiba dunianya telah bertukar menjadi lain dalam masa enam hari, disebabkan ‘faktor unkown’ yang boleh dikatakan lebih kepada berunsur iri hati.

Farid turut mendakwa, kelompok ini sebenarnya bergerak aktif di dalam industri hiburan tanah air dan sifatkan mereka mempunyai kehidupan yang jelas dalam hidup mereka untuk menjadi anak seni, tetapi mereka hidup di kalangan anak seni ini bersama kroni tertentu dan berpesatuan. Baginya, ia suatu gejala yang kurang baik sekiranya terus menular dalam industri seni.

Pada masa sama, Farid bersyukur kerana masih lagi diberi kekuatan untuk bercakap pada sidang media ini bagi menerangkan bahayanya unsur gengsterism yang menular dalam industri. Katanya, situasi tersebut bukan suatu yang baru, tapi sudah wujud sejak beberapa tahun lalu.

Berhubung dengan ugutan sama ada pernah di terima atau tidak, Farid memberitahu dia merupakan seorang individu yang sangat berhati-hati. Bagaimanapun, dia akui turut menerima beberapa ugutan kononnya akan ‘diprank’ tanpa sedar daripada rakan-rakan artis juga, misalnya kenakannya untuk cemar nama dan kredibiliti. Kongsinya lagi, ugutan yang diterima bermula sejak tahun lalu.

Mengulas mengenai apakah yang dimaksudkan dengan berada di titik paling bawah dalam kehidupan, aktor tersebut memberitahu dia cukup terkesan apabila melihat sendiri gambar-gambar yang diambil (ketika penahanan awal) dan berlaku selepas dirinya sudah berkeluarga. Luah Farid;

“Ia berlaku ketika saya sudah ada keluarga dan anak-anak. Saya nak jadi seorang bapa terbaik dan rasa terkilan apabila keluar berita seumpama ini.”

Ditanya sama ada kes yang berlaku turut memberi efek terhadap dirinya sekeluarga, Farid menjelaskan isterinya, aktres Diana Danielle seorang sangat supportive dan memahami apa yang berlaku secara keseluruhannya. Cuma, penerimaan anak-anak memandangkan mereka mengetahui dirinya tiada bersama mereka selama tujuh hari menyukarkan Farid untuk memberi penjelasan kepada dua anaknya, Muhamad dan Aurora.

Farid juga menyifatkan kenyataan dirinya tertekan kerana tidak jumpa anak adalah sesuatu yang tidak berlaku kerana dia dan anak-anak rapat tetapi ketiadaannya selama beberapa hari bersama mereka menyebabkan dia sukar untuk jelaskan situasi sebenar kepada anak-anak.

Berhubung pemeriksaan kesihatan mental dan fizikal, Farid memberitahu, apabila adiknya membawa dia ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), proses yang berlaku ialah proses pemulihan membuang  kesan racun dan ia berlansung selama tiga hari. Pada sama sama, dia juga turut mengalami masalah kekurangan air dalam badan dan berat badannya juga susut secara drastik.

Memberi komen mengenai timbulnya isu kononnya wujud masalah mental dan depresi, Farid tiada komen terhadap mengenainya kerana dia sudah berulang kali memberitahu dia berada dalam keadaan baik, cuma diracuni. Jadi setelah melalui pemeriksaan doktor, mereka mengesahkan tiada unsur itu dalam diri saya.

Sementara itu, Farid turut mendedahkan dua individu sebenar yang dipercayai telah meletakkan dadah dalam minumannya dan turut berkongsi gambar dua individu berkenaan.

Ikuti sedutan sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi FB Live MH

MH berada di sidang media Datuk Farid Kamil berkenaan dengan kontroversi yang melibatkan dirinya

Posted by MEDIA HIBURAN on 27hb Februari 2018

 

[Gambar #Throwback] Alahai, Sweet Sungguh Sesi Photoshoot Diana Danielle Dengan Mohamad Ni…

[Gambar #Throwback] Alahai, Sweet Sungguh Sesi Photoshoot Diana Danielle Dengan Mohamad Ni…

MH belek-belek arkib dan terjumpa beberapa keping gambar tahun lalu ketika sesi photoshoot bersama Diana Danielle. Pada awalnya sesi penggambaran berkenaan adalah sebagai salah satu promosi single sulungnya, Tentang Cinta.

Terdahulu sebelum sesi penggambaran berlangsung, Diana turut melakukan rakaman untuk segment The Stage Media Hiburan, khusus bagi mempromosikan single berkenaan. Tentang Cinta yang dilancarkan sekitar April tahun lalu, merupakan hasil karya karya DJ Fuzz dan lirik oleh Alabbas serta Muariffah itu.

Bagaimanapun, alang-alang ibu kepada dua cahayamata ini hadir bersama pembantu dan anak sulungnya,  sesi penggambaran yang sepatutnya dijalankan secara solo kini turut merakam figura anak sulungnya itu yang kini sudah berusia 5 tahun.

Difahamkan juga, Diana yang kini mengubah imej kepada rambut pendek ala boy-cut khusus bagi memenuhi karektor untuk Gil Gincu Vol 2 yang turut menampilkan aktres, Ummi Nazeera, Syafiq Kyle, Ziana Zain dan ramai lagi.

Nah, kami kongsikan beberapa momen istimewa Diana bersama anak lelakinya itu.

 

Giliran Sofi Jikan Ditahan Kerana Positif Ganja!

Giliran Sofi Jikan Ditahan Kerana Positif Ganja!

Gempar, jika selama ini kita nampak Sofi Jikan banyak menyokong tindakan Datuk Farid Kamil sepanjang kemelut melanda pengarah muda tersebut, kali ini melalui laporan Kosmo! Sahabat baik Farid itu telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja!

Suspek diberkas di Balai Polis Mutiasa Damansara malam tadi untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh rakan baiknya itu baru-baru ini.

BACA:

Rentetan Laporan Polis, Farid Kamil Mengadu 3 Rakan Artis Masukkan Dadah Dalam Minumannya?

Seperti yang semua tahu Farid ada memberi 3 nama rakan artis yang dikatakan menjadi dalang utama memasukan ganja di dalam minumannya.

Lebih mengemparkan apabila ada sumber memberitahu salah seorangnya yang terlibat merupakan seorang pelakon dan pengarah, penyanyi yang terkenal dalam genre R&B pada tahun 1990-an dan seorang lagi pelakon.

Kini Sofi akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman

Alamak, adakah semu ini berkaitan atau hanya sekadar kebetulan sahaja?

Apapun sama-sama kita nantikan update terkini tentang penahanan ini.

Rentetan Laporan Polis, Farid Kamil Mengadu 3 Rakan Artis Masukkan Dadah Dalam Minumannya?

Rentetan Laporan Polis, Farid Kamil Mengadu 3 Rakan Artis Masukkan Dadah Dalam Minumannya?

Nampaknya kontroversi yang mengaitkan pelakon popular, Datuk Farid Kamil masih lagi belum reda semenjak dia ditahan pihak berkuasa bulan lalu kerana mengasari seorang anggota polis dan seorang orang awam.

Menurut satu sumber, pada 31 Januari yang lalu, Farid telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan dalam laporan tersebut, pelakon ini mendakwa dirinya telah dianiaya oleh tiga orang rakan artis yang memasukkan dadah ke dalam minumannya sehingga bertindak ganas di Balai Polis bulan lalu.

Tiga rakan artis yang didakwa oleh Farid itu adalah pelakon dan pengarah, penyanyi yang terkenal dalam genre R&B pada tahun 1990-an dan seorang lagi pelakon. Namun begitu nama ketiga-tiga artis ini tidak dimaklumkan oleh sumber.

Selain daripada mendakwa minumannya dimasukkan dadah, pelakon ini juga mendakwa bahawa dia telah diberikan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair oleh tiga rakan artis ini dan ianya membuatkan dia berasa khayal.

Dalam pada itu, Farid juga membuat laporan tentang dirinya dilayan dengan kekerasan oleh pihak polis ketika dia ditahan reman.

Pelakon ini juga tidak berpuas hati kerana gambarnya semasa dalam tahanan menjadi viral di media sosial malah dia juga mendakwa dirinya cedera semasa di dalam tahanan polis.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat telah mengesahkan bahawa Farid telah membuat laporan rasmi pada hari Rabu minggu lalu berhubung dengan kes dirinya ditahan pihak polis sebelum ini.

“Farid menulis tentang banyak perkara di dalam laporannya dan pihak kami sedang menyiasat hal ini,” katanya.

Sumber: Malay Mail

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: