Proses sulh melibatkan kes hadanah anak-anak pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle tidak menemui sebarang kata putus.

Menerusi prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada petang Khamis, terdapat tambahan melibatkan syarat lawatan anak-anak yang kini berada di bawah jagaan aktres tersebut.

Menurut Farid, dalam tuntutan tersebut Diana selaku plaintif meminta Farid menghantar surat permohonan untuk bertemu dengan anak-anak lima hari sebelum perjumpaan tersebut.

“Dia ada pembaharuan dalam hak lawatan anak-anak, saya disuruh untuk menghantar surat lima hari sebelum berjumpa anak-anak.

“Itu adalah perintah mahkamah dan saya harus ikut dan akui.. saya selesa dengan perkara tersebut,” katanya kepada MH.

Ditanya sejauh mana harapannya untuk melihat rumah tangganya dapat diselamatkan, Farid menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT agar dapat memperkenankan doa-doanya sebelum ini.

IKLAN

“Saya hanya berserah kepada Allah di atas doa-doa saya untuk harapan dan hajat saya itu diterima.

“Saya serahkan 100 peratus kepada Allah SWT.

“Alhamdulillah saya akan terus berusaha untuk menyelamatkan keluarga saya dan kembali bahagia seperti dulu,” katanya lagi.

IKLAN

Sementara itu, peguam syarie mewakili Diana, Puteri Ummi Kartini Abd Latif berkata anak guamnya tidak menghalang Farid daripada melawat kedua anaknya biarpun kata putus mengenai kes hadanah masih mencapai kata putus.

“Anak guam say tiada halangan untuk Farid melawat anak-anaknya, sama seperti sebelum ini.

“30 Mei ini pula akan berlangsung sebutan kes interim hadanah bagi membincangkan lagi kes ini secara terperinci,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, sebaik prosiding sulh berakhir, Diana enggan memberikan sebarang komen dan terus meninggalkan mahkamah dengan menaiki kereta Vellfire hitam.

Untuk info, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI