Pengurus kepada pelakon Sophia Albarakbah iaitu Nik Yasmin meminta supaya semua pihak menunggu pelakon itu membuat kenyataannya sendiri berhubung kontroversi yang mengaitkan artis di bawah pengurusannya itu bersama Aliff Aziz.

Nik Yasmin berkata pihaknya maklum mengenai isu itu namun tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana ia membabitkan kisah peribadinya.

“Kita tunggu dia cakap sendiri sebab saya tidak mahu salah cakap sebab saya hanya menguruskan kerjaya dia. Saya tidak mahu nanti apa yang saya cakap memberi kesan kepada kerjaya dia.

“Kalau boleh kita tunggu Sophia sendiri yang beri kenyataan, saya tak boleh beri kenyataan bagi pihak dia. Saya pun tak mahu bagi kenyataan yang mengundang, saya tak mahu benda ini jadi lebih besar dan orang memarahi dia.

IKLAN

“Saya tahu benda yang berlaku dan sudah tentu saya dari pihak pengurusan kena prihatin dengan benda itu dan sudah tentu kami ada berbincang dengannya kerana ketika kejadian itu berlaku kami ada dengan dia,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun Sophia tidak hadir pada majlis tersebut. Tambah Nik Yasmin, Sophia tidak hadir kerana menghadiri kelas Bahasa Jepun.

IKLAN

“Ya filem ini penting untuk dia. Tapi dia ada jadual untuk ‘job’ seterusnya, dia sekarang ada dalam kelas bahasa Jepun untuk drama Saga With Love musim kedua. Bulan depan dia akan Jepun untuk drama itu,” katanya.

Terdahulu, kekasih gelap kepada Aliff iaitu Sarah Yasmine mendedahkan Sophia masih berhubungan dengan Aliff.

IKLAN

Sarah memuat naik perbualan mesej yang mengesahkan mereka  masih berhubung dengan Sophia sehingga Mac lalu.

Sarah turut mendakwa sekiranya Sophia sudah tidak melayan Aliff mengapa perlu wujud akaun Instagram palsu untuk berbual.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI