Berbaki beberapa hari sahaja lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, penyampai radio, Feeya Iskandar diuji dengan pemergian ibu mentuanya pada Ahad.
Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, meskipun agak perit, dia dan suami tetap menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka.
“Ibu mentua saya meninggal pada waktu solat Subuh. Saya dan keluarga sempat mengadapnya ketika dia sedang menghembuskan nafas yang terakhir.
“Arwah pergi dalam keadaan yang sangat tenang, mudah dan pengakhiran yang sangat baik.
“Kita bersyukur dengan amalan arwah di dunia kerana ramai yang datang ziarah,” katanya kepada MH.
Cik Piah berkata sedemikian ketika ditemui di majlis iftar dan tayangan video raya Suria FM yang berlangsung di Sri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, penyampai segmen Hello Suria ini menyifatkan ibu mentuanya itu sebagai seorang yang sangat memahami dan menyayangi menantunya seperti anak sendiri.
Ads
“Walaupun dia ibu mentua, saya sayang dia seperti ibu sendiri. Sepanjang bergelar menantu, saya tak pernah berbalah dengan arwah.
“Kalau bergaduh dengan suami, dia tak pernah nak masuk campur atau nak menangkan anak dia.
“Walaupun kadang-kadang menantunya bangun lambat, tetap layan dengan baik. Namun, saya juga tahu nak tambat hati mentua sebab tahu saya tak sempurna,” ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, Cik Piah akui pemergian ini sangat memberikan kesan buat suaminya saat ini.
“Suami saya anak bongsu. Jadi, dia memang rapat dan manja dengan ibunya. Kalau dia belikan apa-apa untuk ibu dia, saya tak pernah cemburu.
“Saya nampak dia sedih tapi suami dan adik beradiknya yang lain pun sudah reda. Sedih itu pasti sebab kenangan itu masih ada. Bila teringat mesti kita sebak tapi hidup harus diteruskan,” katanya.
Dalam pada itu, Cik Piah memaklumkan dirinya kini sudah memulakan pekerjaan seperti biasa bagi menjalankan tanggungjawabnya selaku watak utama bagi video raya Suria FM yang berjudul, Suami Raya.
Ads
“Saya memang sangat sedih. Luaran memang boleh nampak gelak ketawa. Sepatutnya saya masih bercuti tapi saya tetap ‘on air’ seperti biasa.
“Semuanya sudah selamat dan suami pun beri keizinan semalam. Kita tak boleh fikirkan perasaan kita sahaja dan tetap kena berikan komitmen.
“Ditambah pula saya telah diberikan tanggungjawab untuk membawa watak utama bagi kempen raya Suria FM. Rasa lain kalau saya tak datang. Segalanya sudah disediakan untuk kita,” akhirinya.
Terdahulu, drama pendek, Suami Raya kini sudah boleh ditonton menerusi saluran Youtube Suria FM.
Selain barisan penyampai, karya ini juga turut dibintangi pelakon popular seperti Azlee Senario dan Shuib.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor mendedahkan akan menerima seorang lagi menantu lelaki hari ini.
Menurut Rosyam, anak keduanya, Nur Anis, 26, akan dinikahkan dengan pilihan hatinya yang berusia 29 tahun di Kuala Lumpur.
“Anak saya (Anis) akan berkahwin hari ini di Kuala Lumpur.
“Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan pada hari Sabtu diikuti dengan majlis di sebelah pihak lelaki pada minggu hadapan.
“Ini majlis perkahwinan anak saya yang kedua. Untuk kali ini majlis hanya dibuat secara sederhana memandangkan ekonomi sekarang tidak bagus,” katanya kepada MH.
Terdahulu, bintang senior ini ditemui di majlis tayangan perdana filem Motif di e@Curve, Damansara pada Khamis.
Menurut pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin ini lagi, dia sejujurnya tidak mencampuri urusan pemilihan pasangan hidup anaknya.
“Anak saya yang nak kahwin bukan saya. Saya percaya dengan jodoh. Kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah ditanggung dan diterima.
“Saya menguruskan dia sehinggalah dewasa dan kini bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“Alhamdulillah ada pihak yang inginkan anak saya, kalau tak ada lagi saya pening,” seloroh Rosyam.
Terdahulu, selain Rosyam, filem Motif turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Taqim Zaki, Emma Tosh, Azhan Rani dan ramai lagi.
Filem arahan Nadiah Hamzah ini bakal ditayangkan di pawagam mulai 26 September ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebelum pulang bekerja sambil menikmati cuti bersempena Hari Natal esok, terkejut MH bila ada rakan yang memberitahu, seorang pelakon lelaki yang tak kurang kacak dan popularnya dikatakan sudah cancel booking dewan untuk majlis kahwinnya tidak lama lagi.
Bila dengar, MH tersentaklah juga memandangkan kisah cintanya bersama seorang wanita ni, sudah pun diketahui ramai meski pun baru-baru ini status mereka menjadi tanya tanya sebab dah jarang muat naik gambar bersama.
MH pun tak tahulah nak percaya atau tidak. Tapi yang pasti, rakan MH yang sibuk dok kongsikan berita ni pun agak rapat juga dengan aktor lelaki berkulit sawo matang berkenaan.
Tapi itulah, mengapa pula batal tempahan? Dah tak jadi kahwin ke atau bagaimana? Sebab sebelum ini, pelakon tersebut memang sudah membayangkan dia sudah pun bersedia bergelar suami.
Malah dikatakan telah pun mengikat tali pertunangan dengan wanita yang bakal jadi isterinya itu.
Tapi MH pun tak pasti sejauhmana kebenaran atau apa yang diperkatakan itu sahih atau sebaliknya.
Apapun yang terjadi, harap mereka reda. Janganlah putus tunang atau masing-masing bawa haluan masing-masing.
Sebab kalau nak diikutkan, mereka memang pasangan secocok. Hurm… ada orang ketiga mungkin? Ops!
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak ambil peduli andai ada yang menggelarkannya sebagai kuno, pelakon hebat Jalil Hamid menjelaskan, apa yang sudah termaktub dalam agama tidak harus dipersoalkan.
Jelasnya apa yang tertulis haram tetap haram dan lakonan tidak terkecuali.
Ulasnya lagi, terdapat banyak cara indah yang lain untuk menyampaikan penceritaan dan kisah cinta, namun bukan dengan bersentuhan lelaki perempuan.
“Saya selalu nyatakan pandangan namun orang menuduh saya kuno. Sebagai pelakon mengapa kita mesti meniru orang lain, mengapa perlu lelaki memegang perempuan sedangkan dia bukan mahram?
“Bersentuhan walau sekadar berlakon hukumnya haram. Kita yang berperanan membentuk masyarakat.
“Waktu saya mula-mula menceburi industri, ada yang mengatakan hiburan dan agama merupakan dua benda yang berbeza. Saya dikecam waktu itu apabila tidak bersetuju.
“Saya selalu menegur jika ada yang tidak kena dalam set lakonan, bukan mahu berdakwah namun mahu menanam nilai.
“Seperti cerita Dalam Lindungan Kaabah, pasangan bercinta disebalik papan, itu keindahan seni untuk disampaikan. Penceritaan dan seni yang cantik tidak perlu melanggar batas agama.
“Namun ramai yang sentap, kata mereka jika begitu mengapa masuk dunia lakonan. Ada juga yang bertanya mengapa saya tidak memegang anak dalam drama. Dia tetap bukan mahram saya,” katanya jujur.
Pelakon ini turut menjelaskan nilai yang dipaparkan di kaca televisyen akan mempengaruhi cara khalayak melihat orang seni.
Malah jelasnya, setiap pelakon harus bertanggungjawab terhadap apa yang dilakonkan.
“Saya malu apabila melihat pelakon sekarang bersentuhan bagai suami isteri. Orang akan menilai dan melihat pelakon tiada maruah.
“Nasihat saya buat orang seni, bertanggungjawablah kepada diri, keluarga, agama dan masyarakat,” katanya jujur.
Dalam perkembangan lain, pelawak ini muncul dalam program Stand Up Comedy Otai.
Program yang menjadi gelanggang kepada ‘orang lama’ dalam arena lawak beraksi itu akan disiarkan menerusi sebuah saluran berbayar, bermula 5 Disember lalu.
Selain Jalil Hamid, seramai 17 lagi artis bakal menjayakannya, termasuk AR Badul, Salih Yaacob, Fauziah Nawi, Angeline Tan, Rama, Wan Maimunah, Imuda, Ebby Yus, Sathiya dan Sheila Mambo.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Najwa Latif selamat menimang cahaya mata pertama pada 11 November 2025, bertepatan dengan ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Akwa Arifin. Momen istimewa ini disambut penuh syukur dan kasih.