Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh prosiding sulh kedua buat pasangan Farid Kamil, 42 dan Diana Danielle, 32.
Ia susulan kegagalan Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson untuk menghadiri prosiding yang dijadual berlangsung, hari ini.
Farid berkata, dia sendiri tidak dapat memastikan sebab Diana tidak menghadirkan diri, biarpun prosiding hari ini difailkan oleh isterinya sendiri
“Sulh hari ini tidak dapat diselesaikan kerana Diana tidak hadir. Saya difahamkan mengenai alasannya adalah disebabkan ketika ini dia masih tidak boleh berjumpa dengan saya.
“Bagaimanapun, saya berharap doa orang ramai dan saya sendiri dapat dimaklubkan supaya Diana berlembut hati kerana dia masih isteri saya.
“Dalam tempoh saya tidak dapat berjumpa dia, saya juga berharap Diana dapat menjaga adab dan jangan lupa dirinya masih sebagai isteri saya,” katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.
Ads
Dalam masa sama, Farid menegaskan, sekiranya Diana masih tidak dapat menghadirkan diri untuk menjalani prosiding sulh pada 25 Mei depan, isterinya seolah-olah menghina mahkamah.
“Hari ini dia (Diana) failkan (prosiding sulh), tapi dia tidak hadir. Jadi kami akan hadir sekali lagi menjalani prosiding ini untuk mendapatkan kata sepakat diantar kedua belah pihak.
“Bila seseorang sudah failkan untuk perdamaian, tapi dia tidak datang, dalam undang-undang saya diberitahu ia adalah satu perkara yang melanggar perintah,” katanya.
Ads
Ketika hadir ke prosiding sulh, hari ini, Farid mengemukakan tawaran perdamaian terhadap Diana membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.
Kata Farid, tawaran itu diharap mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Ads
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.
Diana melantik pengurus bagi mewakili dirinya, manakala Farid pula melantik kakaknya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui bintang terkenal Hollywood, Priyanka Chopra dan Nick Jonas telah menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 22 Januari 2022 menerusi khidmat ibu tumpang.
Namun begitu mereka tidak pernah memuat naik gambar bayi tersebut sehinggalah semalam apabila pasangan merpati dua sejoli itu sama berkongsi di ruang Instagram mereka. Diberi nama Malti Marie Chopra Jonas, bayi perempuan berusia hampir empat bulan itu kelihatan selesa dalam dakapan kedua orang tuanya.
Menurut Priyanka, sejak dilahirkan Malti Marie telah ditempatkan di NICU atau unit rawatan rapi bayi selama lebih 100 hari sebelum boleh pulang ke rumah untuk bersamanya dan suami.
“Perjalanan setiap keluarga adalah unik dan memerlukan tahap keimanan yang tertentu, dan walaupun perjalanan kami adalah beberapa bulan yang mencabar, perkara yang menjadi sangat jelas, apabila difikirkan semula, ia sangat berharga dan sempurna setiap saat.
“Kami sangat gembira kerana anak kecil kami akhirnya pulang. Terima kasih kami ucapkan kepada setiap doktor, jururawat dan pakar di Rady Children’s La Jolla dan Cedar Sinai, Los Angeles. Bab kehidupan kami yang seterusnya bermula sekarang, dan bayi kami benar-benar kuat. Jom kita tempuhi kehidupan bersama MM! Ibu dan ayah sayang kamu,” ujar Miss World 2000 ini penuh syukur.
Sempena Hari Ibu yang diraikan semalam, Nick Jonas pula dalam hantaran di Instagram menitipkan kata penghargaaan kepada isterinya.
“Sayang, kamu memberi saya inspirasi dalam segala cara, dan kamu mengambil peranan baharu ini dengan mudah dan mantap. Saya sangat bersyukur kerana berada dalam perjalanan ini bersama. Kamu sudah menjadi ibu yang luar biasa. Selamat Hari Ibu. Saya sayang awak,” luahnya.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini berkahwin pada 2018 dalam majlis gilang gemilang yang diadakan di negara kelahiran Priyanka, India.
Mereka saling berkenalan setelah Nick menghantar mesej kepada Priyanka menerusi aplikasi Instagram pada tahun 2016, sejak itu mereka sering dilihat bersama dan akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Liza Abdullah,56, tampil menjelaskan mengenai penampilannya yang kerap dilihat mengenakan hijab menerusi mana-mana program yang dihadiri kebelakangan ini.
Menurut Liza atau nama sebenarnya, Norliza Abdullah, dia memilih untuk tidak memperbesarkan hal berkenaan, sebaliknya meminta dititipkan doa yang baik-baik buat semua.
“Memang ada yang bertanya mengenai penampilan saya yang sesekali dilihat mengenakan niqab. Tetapi saya pilih untuk tidak memberikan kenyataan sama ada berpenampilan begini untuk meninggalkan industri atau dah tak nk berlakon lagi.
“Bimbang juga kalau apa yang dikongsikan akan disalah erti nanti. Sebab kalau berlakon pun saya tidak mengenakan niqab.
“Sebaiknya ia tidak perlu untuk dijadikan isu. Lebih baik kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk semua orang termasuk diri-sendiri.
“Lebih-lebih lagi dengan situasi pandemik ketika ini. Jadi tiada salah bila saya pakai niqab bersama pelitup muka. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan tambahan,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai watak antogonis yang begitu sinonim dengan dirinya, Liza akui tidak mahu selesa atau statik dengan watak sedemikian semata-mata.
Sebaliknya setelah hampir 40 tahun dalam seni, dia masih mahu cabar diri untuk mencuba pelbagai watak baru.
“Saya tidak cakap saya hebat, tapi saya tak nak tekankan satu karektor sahaja. Saya suka cabar diri sama ada menerusi watak air mata, komedi dan sebagainya. Kita sebagai pelakon kena cipta sesuatu yang istimewa dalam tiap watak yang dibawakan.
“Tak boleh statik. Kalau begitu saja, kita payah untuk berada lama dalam bidang seni. Kena jadi versatil. Saya pegang pada prinsip, bila ada peluang buatlah yang terbaik. Jadi kalau hanya nak statik pada satu karektor, tidak akan selamat (bertahan lama),” katanya lagi.
Liza yang kini menjadi duta kepada satu jenama tudung, bakal terlibat di dalam projek drama Tujuh Hari Mencintaiku 3 yang bakal memulakann penggambaran tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Liza Abdullah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan adik-beradik selebriti, Bella Astillah dan adiknya, Didie Astillah sentiasa mendapat tumpuan ramai.
Baru-baru ini, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah ada memuat naik sepotong muzik video khas bersempena Hari Raya Aidilfitri.
Malah, video tersebut memaparkan suasana gembira di desa tercinta, duet bersama Didie.
“Alhamdulillah, finally after so long Bella berkesempatan duet dengan adik bella last pun masa kecik2 (adik2 mutiara) @didiastillah and ada SPECIAL APPEARANCE @aydenadrean7 & @aidil_astillah heee Full video will be uploaded soon on YouTube.
“Lagu raya bertajuk “Bersama Di Hari Raya” ciptaan Rosli Ahmad,” tulisnya.
Pelakon dan penyanyi legenda, Fauziah Ahmad Daud memberi penghormatan terakhir atas pemergian penyanyi dangdut era 1980-an, Zaleha Hamid kira-kira jan 8.00 malam tadi.
Berita itu...