Amirah Aqilah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira mengakui hubungan cinta bersama pempengaruh media sosial, View Chin bermula setelah pasangan suami isteri itu berpisah.

Perkara tersebut dikongsikan Mira menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Dia pada masa sama turut memohon maaf secara terbuka kepada bekas isteri View Chin, Shermine Hau Ah Moi dan anak-anaknya.

“Saya Amirah Aqilah Firdaus ingin memohon maaf kepada Shermine, Sylvia, Scarlett and Shyane setelah apa yang berlaku.

“Saya rasa menyesal dan mengakui segala kesilapan saya. Tetapi hubungan saya dan View Chin bermula setelah mereka telah sah bercerai.

IKLAN

“Bukan semasa mereka mash bersama seperti yang telah tular sekarang,” tulis yang turut dikongsikan di Insta Stories pada akaun yang sama.

Mira Tiada Kena Mengena Dengan Kes Cerai View Chin & Shermine, Hubungan Berputik Selepas Si Lelaki Sah Duda   Mira Tiada Kena Mengena Dengan Kes Cerai View Chin & Shermine, Hubungan Berputik Selepas Si Lelaki Sah Duda   Mira Tiada Kena Mengena Dengan Kes Cerai View Chin & Shermine, Hubungan Berputik Selepas Si Lelaki Sah Duda  

Mira Tiada Kena Mengena Dengan Kes Cerai View Chin & Shermine, Hubungan Berputik Selepas Si Lelaki Sah Duda  

IKLAN

Mira turut menjelaskan, dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan hubungan penceraian yang berlaku selain menerima segala kecaman dengan hati terbuka.

“Saya tiada kena mengena dengan hubungan perceraian mereka. Saya menerima segala kecaman dengan hati yang terbuka.

“Sekali lagi, saya mohon maaf,” luahnya lagi.

IKLAN

Terdahulu, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine mencuri perhatian warganet selepas bekas isterinya itu mendedahkan kecurangan di media sosial baru-baru ini.

Dalam pada itu, View Chin menerusi media turut mendedahkan bahawa dia telah bersedia memeluk agama Islam dan bakal mengahwini Mira.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI