Pelari maraton terkenal, Edan Syah berjaya mencipta sukses yang tersendiri apabila berjaya memecahkan rekod dunia menerusi acara TCS London Marathon yang berlangsung Ahad lalu.

Menerusi Instagram, Edan atau nama sebenarnya, Mohd Syahidan Alias, 36, berkongsi berita gembira berkenaan.

Lebih unik, dia berjaya menamatkan maraton lengkap berbaju Melayu rekaan Bulan Bintang dengan catatan masa kurang tiga jam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edan Syah | SACRun.Coach (@edansyah)

“Alhamdulilah, misi tercapai! Kita berjaya mencapai misi di bawah 3 jam sebagai Pemegang Rekod Dunia Guinness : Maraton Penuh Terpantas (42.2 kilometer) dalam Pakaian Tradisional Melayu (Lelaki) dengan catatan masa 2 jam 49 minit 22 saat!” tulisnya di Instagram.

Menjalin kerjasama dengan jenama baju Melayu terkenal itu, Edan mengucapkan terima kasih kepada jenama terbabit kerana menerima idea luar biasa untuk projek ini.

IKLAN

“Terima kasih sekali lagi kepada @bulanbintanghq @meripergibulat atas kepercayaan, peluang dan menerima idea “luar kotak” saya untuk projek ini.

“Anda semua berani mencipta penanda aras baharu, apa yang boleh dilakukan dan merealisasikan sesuatu yang mustahil,” tulisnya lagi.

Seiring dengan aktiviti lasak yang disertai, baju Melayu yang dipakai Edan difahamkan telah direka khas menggunakan fabrik jersi dan mesh agar lebih ringan, ‘breathable’, ‘airy’ serta tidak membebankan.

IKLAN

Malah reka bentuk samping bercetak yang dipakai jejaka itu mempunyai poket yang berfungsi untuk meletakkan gel tenaga dan botol air kecil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edan Syah | SACRun.Coach (@edansyah)

Sebelum ini pada tahun 2019, Edan berjaya melakar rekod dunia baharu bagi larian maraton terpantas dalam kategori kostum bendera negara dengan masa 2 jam, 54 minit di Sydney Marathon.

IKLAN

Edan turut berkongsi momen larian buat tatapan para pengikutnya di Instagram, sekali gus menerima tiupan serta kata kata semangat daripada warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edan Syah | SACRun.Coach (@edansyah)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI