Pelakon Meerqeen berbesar hati apabila kini dilantik sebagai duta untuk segmen ‘Foundation and Fragrance Franchise’ di bawah jenama YSL Beauty Malaysia.

Perlantikan tersebut sekaligus menjadikan bintang utama drama Melur Untuk Firdaus itu sebagai selebriti pertama Malaysia yang menggalas tugas seumpamanya.

“Saya rasa teruja untuk menjadi warga Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta jenama Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty. Saya selalu kagum dengan komitmen jenama ini terhadap kreativiti, ekspresi kendiri dan langkaui batasan.

“Sebagai seorang yang percaya bahawa kehidupan perlu dinikmati sepenuhnya, saya bersukacita untuk bekerjasama dengan jenama ini bagi menggalakkan orang ramai melakukan yang sama,” katanya.

 

“Saya Rasa Teruja…,” – Selepas Diumum Antara Yang Terkacak, Meerqeen Kini Artis Malaysia Pertama Jadi Duta YSL Beauty“Saya Rasa Teruja…,” – Selepas Diumum Antara Yang Terkacak, Meerqeen Kini Artis Malaysia Pertama Jadi Duta YSL Beauty

IKLAN

Kerjasama antara Meerqeen dan YSL Beauty dilihat positif bagi menyuntik perspektif segar kepada kempen pemasaran jenama itu di negara itu.

Sementara itu, Zaireen Ibrahim, Pengurus Besar Jenama YSL Beauty Malaysia & Singapura menyambut baik semangat positif yang dibawa Meerqeen. 

“Kami rasa gembira atas penglibatannya sebagai duta jenama kami. Personaliti dan nilai pelakon muda itu disifatkan sejajar dengan pendirian jenama kami yang mendukung keindividuan dan melangkaui batasan.

IKLAN

“Kami teruja untuk menyaksikan hasil yang akan dibawa dalam kolaborasi ini,” katanya di dalam satu kenyataan yang dikongsikan kepada media.

“Saya Rasa Teruja…,” – Selepas Diumum Antara Yang Terkacak, Meerqeen Kini Artis Malaysia Pertama Jadi Duta YSL Beauty

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

IKLAN

Meerqeen yang turut berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya turut menerima ucapan tahniah rakan artis dan peminat.

Rata-ratanya tumpang gembira selain bangga dengan pencapaian bintang tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI