Pengacara Nabil Ahmad tidak menafikan di dalam menjaga keharmonian, setiap pasangan yang berkahwin pasti akan berdepan dengan ujian dan cabaran naik turun bahtera rumah tangga.
Bagaimanapun, kata Nabil, 39, setiap ujian yang datang itu berbeza-beza dan baginya, kesabaran dan tolak ansur menjadi antara faktor penting dalam mengekalkan institusi kekeluargaan.
“Ada ketika bila tengok kawan-kawan diuji dengan masalah rumah tangga, saya berdoa semoga Allah berikanlah kesabaran dalam diri isteriku. Manalah tahu kalau suatu hari dia tidak sabar, mahkamah dia pergi. Risau juga.
“Sebabnya saya tidak boleh menafikan di dalam layari bahtera rumah tangga, memang ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Jadi bagi saya untuk jaga keharmonian rumah tangga kena banyak bersabar. Pada masa sama jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan betul.
“Jujurnya saya yang perlu berikan tumpuan kepadanya lebih 100 peratus kerana di antara kami rasanya dia yang paling banyak bersabar. Dia yang paling banyak terima kekurangan dan dia banyak menasihati saya,” katanya kepada MH.
Hos Gegar Vaganza 9 itu ditemui pada Majlis Pelancaran & Jualan Promosi Pembukaan Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.
Ads
Ditanya mengenai keadaan semasa susulan konflik perkahwinan melibatkan beberapa rakan artis, Nabil mengambi pendirian mendoakan agar urusan mereka dipermudah.
“Saya cuba ambil iktibar terhadap apa sahaja yang berlaku ketika ini untuk muhasabah diri dan cuba menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Sebelum ini mungkin saya hanya ingat sudah kerja dan cari nafkah, yang selebihnya biarlah isteri yang lakukan.
“Namun melihat kepada situasi sekarang, saya cuba untuk buat perkara yang jarang saya lakukan sebelum ini. Misalnya bila balik kerja akan tanya isteri kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu dan sebagainya. Jadi sikap ambil berat dan peka itu lebih sikit.
Ads
“Apa pun bila mengenali beberapa rakan kita yang sedang diuji (masalah rumah tangga), saya tak mahu nak komen apa-apa. Sebaliknya lebih kepada mendoakan. Semoga mereka dapat lalui ujian ini dan dapat berbaik semula, insya-Allah,” katanya lagi.
Sementara itu, gedung baharu Jakel yang terletak hanya 200 meter dari lokasi lama yang sebelum ini musnah dalam kejadian kebakaran telah pun memulakan operasi jualannya.
Pengarah Urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, premis berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan dijangkakan mampu memberikan lebih keselesaan kepada para pelanggan.
“Premis baharu kami ini menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa selain ada disediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai,”
Ads
“Apapun kami bersyukur kerana dengan izinNya, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri. Pembeli juga berpeluang dapatkan produk jenama Ariani dan Hajrah di sini,” katanya yang turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel.
“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri. Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini, ” katanya lagi.
Selain Nabil, aktor Aaron Aziz juga menjadi wajah wakilan bagi jenama ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Puteri Sarah mendedahkan dia rasa tenang dan bahagia berada di Maklah selepas berangkat bagi menunaikan ibadah umrah.
Menurut Puteri Sarah, 37, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia juga tidak mahu membiarkan isu orang ketiga membabitkan rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof menggangu perjalanan umrah.
Turut sama berangkat di sampingnya ialah dua anak, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.
“Alhamdulillah, sepanjang di Madinah saya dan anak-anak okay saja. Semalam saya bertolak ke Makkah dan sampai saja terus buat umrah. Allah susun cantik perjalanan saya dari Malaysia hingga ke sini.
“Saya tidak mahu fikir apa yang berlaku. Cukup empat tahun saya memendam rasa. Selepas apa saya kongsikan di Instagram sebelum ini, biar orang tahu apa yang saya tanggung selama ini. Orang pun sudah tahu menilai.
“Setiap kali selesai solat di sini, saya berdoa semoga apa yang berlaku ini membawa cahaya dan sinar baru pada saya apabila pulang ke tanah air nanti. Semoga individu yang menyakiti saya diberikan hidayah. Setiap kali itu juga saya mesti menangis,” katanya.
Malah jelasnya lagi, apa yang menjadi keutamaan kini adalah kebahagiaan diri dan masa depan kedua-dua anaknya.
Mengenai hubungannya dengan suami, Puteri Sarah berserah pada ketentuan Allah SWT.
“Apa boleh dibuat, saya hanya mampu berdoa. Apa pengakhiran rumah tangga saya selepas ini pun, saya reda. Saya tidak mahu menangis lagi. Saya serahkan segalanya pada ketentuan Allah SWT.
“Doakan yang terbaik buat saya. Saya bertuah kerana mempunyai kedua ibu bapa mentua yang sangat baik,” katanya lagi.
Bercerita mengenai keadaan kedua anaknya ketika mengerjakan umrah, Puteri Sarah besyukur kerana semuanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah syukur Syaikhul dan Sumayyah ikut sekali tawaf. Mereka tak ‘complain’ pun. Rasa nak menangis sebab dapat anak baik. Terima kasih Allah kerana hadirkan mereka untuk saya dan menjaga saya,” katanya yang akan ke Istanbul, Turki selepas selesai umrah.
Terdahulu, Puteri Sarah buka mulut berhubung gangguan orang ketiga hingga menyebabkannya tidak tinggal sebumbung dan hubungan dengan suami dingin, baru-baru ini.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Biasanya kita dengar wanita gempal dikutuk. Kali ini, MH Online kongsikan pengalaman gadis ini diejek teman lelaki sehingga dipanggil hodoh dan terlalu kurus.
Itulah terjadi kepada seorang gadis yang bernama Nabila Zainudin. Ramai yang percaya memiliki bentuk badan menarik dan berat ideal merupakan idaman setiap wanita.
Malah, bentuk fizikal antara salah satu faktor menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri. Lebih-lebih lagi apabila sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan.
Disebabkan itu, Nabila bangkit membuktikan dia juga boleh bersinar seperti wanita cantik yang lain.
Tambah Nabila dia pernah dikutuk oleh bekas kekasihnya dan menyuruhnya membuka tudung kerana kononnya dia kelihatan hodoh jika bertudung.
“Aku ingat lagi dulu, aku unhappy, selalu senyum tak nampak gigi sebab tiada keyakinan diri dan rasa diri sendiri tak elok.
“Pernah sekali bekas teman lelaki aku kata ‘I memang malu nak keluar dengan you sebab you hodoh, terutamanya bila you pakai tudung’,”kata-kata yang merobek hati tulisnya di laman facebook.
Kali kedua bercinta, lagi menyedihkan hatinya ialah apabila dia mula mengenali lelaki yang lain.
Teman lelaki barunya menyuruh dirinya untuk menambahkan berat badannya hingga mencecah 45kg kerana ketika itu beratnya cuma 37kg sahaja.
Malah, lelaki itu juga tidak menyokong Nabila atau memujinya apabila dia mula bergaya. Apa yang keluar dari mulut lelaki itu ialah kutukan.
Tambah Nabila, tahun kedua teman lelakinya curang dengan perempuan yang memakai tudung dan ciri-ciri yang lelaki itu inginkan.
Nabila juga mengakui, memang teman lelaki keduanya membawanya ke arah kebaikan mahukan teman wanita bertudung, tetapi bagi dirinya, kalau seseorang lelaki itu tidak boleh menerima kita seadanya, lelaki itu takkan pernah rasa cukup dengan kita.
“Aku dulu tak pandai grooming, bila aku cuba nampak elok, dia akan kata peliklah, hodohlah, langsung tiada sebarang galakan dari dia untuk aku. Dia siap kata ‘Mak saya nak menantu pakai tudung’.
Disebabkan segala kutukan dan hinaan yang diterimanya, ia telah membuatkan dia rasa rendah diri untuk menghadiri temuduga sebagai pramugari.
Namun sedikit demi sedikit dia telah berjaya untuk menaikkan berat badannya dan telah berjaya daripada hanya bergelar Guest Service, kini bergelar pramugari di atas awan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.