Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof berkata dia bersedia untuk bersemuka dengan pelakon Datuk Aaron Aziz bagi menyelesaikan kemelut yang melanda di antara mereka berdua.
Menurut Syamsul, 39, dia enggan memberi komen lanjut kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
“Saya tiada masalah untuk berjumpa (Aaron Aziz). Saya pun enggan komen panjang isu ini.
“Kalau saling berbalas komen, isu ini tidak akan habis,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai adakah semua isu dan kemelut yang melanda dirinya kini termasuk hal pergolakan rumah tangga mengganggunya dalam memberi tumpuan terhadap kerja, Syamsul menjelaskan buat masa ini dia mengambil kesempatan berehat di bulan Ramadan daripada terlibat dalam sebarang penggambaran filem.
“Apabila berlaku begini, berdepan dengan pelbagai ujian, saya okey sahaja.. Alhamdulillah.
IKLAN
“Ia juga tidak menjejaskan kerja saya di lokasi penggambaran cuma sekarang kita sedang berpuasa, jadi saya ambil masa berehat.
“Apa yang jadi dalam kehidupan ini saya reflek balik untuk muhasabah diri.
“Kita tak tahu mungkin kita rasa apa yang terbaik untuk kita, tetapi Allah Maha Mengetahui.. hanya mampu bersangka baik,” katanya lagi.
IKLAN
Terdahulu, isu di antara Syamsul dan Aaron mula hangat diperkatakan selepas pelakon kelahiran Singapura itu mendakwa namanya digugurkan daripada senarai pelakon filem The Original Gangster.
Syamsul menerusi sidang media pada dua minggu lalu menjelaskan Aaron terpaksa digugurkan berikutan masalah kesihatan selain faktor umur dan berat badan pelakon tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Scha Al-Yahya enggan mempedulikan tanggapan segelintir pihak yang kurang senang dengan kelantangannya untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin di media sosial.
Menurut Scha, sebagai seorang yang beragama Islam, dia harus memanfaatkan pengaruhnya untuk membangkitkan kesedaran dan mengecam tindakan pihak Israel.
“Saya tahu ada sesetengah pihak yang menganggap hal ini sebagai isu yang sangat sensitif. Namun, sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam. Pegangan kita kuat.
“Kalau ada pihak lain yang tidak senang dengan kelantangan saya, itu masalah mereka.
“Sebagai rakyat di negara muslim, kenapa saya nak kena takut dengan suara-suara pihak luar yang mengkritik tindakkan saya itu,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Pada masa sama, Scha turut memaklumkan dirinya lebih selesa menunjukkan sokongan dengan cara yang tegas tetapi tidak biadap.
“Saya memang ada banyak berkerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa yang kita pun tahu mereka di pihak mana.
“Namun, bagaimana cara kita menyatakan sokongan juga sangat penting. Kita boleh menunjukkan sokongan tapi jangan pula kita menghentam orang lain dengan bahasa yang kasar atau malampau.
“Kita kena tahu bagaimana untuk menyusun kata. Memang ada pihak yang akan mempersoal adakah tindakan kita ini boleh membuat perubahan.
“Memang boleh. Kalau semua bersuara, kita boleh menjadi satu kumpulan yang sangat kuat. Buat sahaja apa yang kita rasa betul,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini tetap faham ada sesetengah jenama antarabangsa yang terpaksa meneruskan kempen promosi kerana ingin mengikut jadual yang telah ditetapkan.
“Ada jenama yang tahu isu ini sensitif dan ada juga yang mungkin terlupa. Ada diantara mereka yang tetap memberikan tarikh untuk saya memuat naik posting di media sosial.
“Jadi, saya bagitahu mereka yang ketika ini, saya kurang selesa dengan apa yang sedang terjadi. Saya cadangkan untuk memilih waktu yang lebih sesuai.
“Sangat penting untuk saya berkomunikasi dengan wakil mereka. Mereka sebenarnya faham situasi itu. Kita kena bijak dan jangan ikut sahaja apa yang mereka mahukan. Kena fikirkan juga kesannya.
“Mereka juga ada jemput untuk menghadiri majlis tetapi saya tolak dengan baik. Mereka sebenarnya bukan tak sensitif tetapi mereka sudah punyai jadual yang perlu diikut. Sebagai selebriti, kita ada pilihan,” akhirinya.
Terdahulu, Scha telah diperkenalkan selaku hos merangkap mentor dan juri Hero Dewi Remaja 2023.
Rakaman program ini akan bersiaran selama tujuh episod setiap Jumaat bermula 10 November ini jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go.
Manakala episod kemuncak minggu ke-8 pula bakal bersiaran secara langsung pada 30 Disember depan.
Pengajuran pencarian bakat Hero Dewi Remaja 2023 ini merupakan sebuah lagi kerjasama strategik di antara Astro menerusi saluran Astro Ria dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan terbaru pelawak, Man Raja Lawak yang berat badannya dilihat kian susut nyata mencuri perhatian ramai pihak di media sosial.
Meski ada yang memuji, namun ada juga yang membuat pelbagai spekulasi berhubung perubahan fizkikal bintang berusia 44 tahun itu.
Malah, gigi Man atau nama penuhnya, Abd Rahman Kassim juga sudah cantik tersusun selain badan Man kini turun daripada 94 kilogram kepada 74 kilogram secara konsiten dengan bantuan produk minuman kesihatan, Bodycurv.
Selain itu, dia turut mengamalkan rutin sihat lain seperti berjalan kaki di kawasan rumah.
Ditanya apakah Man terlalu ‘berfantasi’ dengan dirinya apabila menjadi bahan gurau apabila menyamakan dirinya dengan beberapa selebriti popular sebelum ini, juara Maharaja Lawak Mega 2019 itu enggan mempedulikannya.
“Bagi diri ini senang, saya anggap perihal menyamakan atau saya sendiri ‘feeling’ seperti Remy contohnya sebagai satu motivasi diri. Ia seperti doa yang baik. Kalau saya sendiri yang tak angkat diri, siapa lagi?
“Saya cuba alih rasa negatif sebegitu dengan anggap mereka yang menafikan persamaan saya dengan Remy dan Syamel itu sebagai dengki. Apabila tengok cermin memang nampak seiras kot. Kadang kadang kelihatan macam Ben Amir pun ada. Tak ketinggalan macam Datuk Rosyam Nor dan Fattah Amin pun adalah sikit.
“Dalam hal ini juga saya tak suka layan kecaman atau anggap diri ini perasan. Kalau layan juga, saya merendahkan semangat diri. Apa saya dapat pun. Lebih baik ‘feeling’ kerana ia percuma. Yang tak suka itu boleh pergi main jauh,” katanya optimis.
Dalam tempoh usahanya untuk kembali menurunkan berat badan, ada klinik gigi yang bermurah hati menaja Man membuat rawatan sekitar April lalu.
“Alang-alang nak menurunkan berat badan lagi kali ini, kenapa tidak saya terima juga tawaran klinik gigi itu. Hasrat nak betulkan gigi sudah ada lama, tapi saja nak tunggu orang ‘sponsor’.
“Tak sangka murah rezeki saya ada juga yang nak ‘sponsor’. Alhamdulilah gigi saya yang ‘bersepah’ selama ini sudah tersusun cantik. Barulah seiring dengan berat badan semasa dan rambut yang dipotong,” katanya.
Jelasnya lagi, dia sengaja kembali menambahkan berat badan tahun ini kerana ingin membuktikan keberkesanan Bodycurv yang diambilnya sejak dua tahun lalu.
“Niat saya sebenarnya nak mendidik dalam konteks hal menurunkan berat badan ini. Tak perlu nak kurus sampai kena potong usus. Saya bukan menentang mereka yang nak memotong usus. Kalau ada duit atau ada tajaan, silakan.
“Cuma kadang saya sendiri rasa kecewa apabila ada yang buat pembedahan tapi alih alih keluarkan produk kuruskan badan. Macam ‘trend’ pula. Tak apalah janji mereka ‘bahagia’. Pada akhirnya pilihan di tangan masing masing.
“Setahun juga saya menggemokkan diri dengan ‘enjoy’ makan tak ingat dunia. Apabila berjaya kurang berat badan ini, pelbagai penyakit seperti kencing manis juga boleh elak. Rimas juga ada kata produk seperti Bodycurv tak menjadi. Tapi saya berjaya buktikan sebaliknya,” katanya.
Menurut Man lagi, produk berkenaan yang mempunyai dua perisa iaitu coklat (CocoCurv) dan kopi (CafeaCurv) diakui selamat digunakan.
“Sebelum ini saya berjaya menurunkan berat badan dengan produk berkenaan tanpa bersenam. Kali ini saya nak buktikan dengan minum produk berkenaan dan ditambah bersenam pun lagi pantas berat badan menurun.
“Pilihan nak kurus di tangan anda. Nak kurus tanpa senaman atau bersenam pun boleh dan diyakini dengan Bodycurv.
“Saya juga menggandakan usaha bersenam dengan berjalan kaki. Kalau rasa tak puas berjalan kaki secara laju dalam satu sekali sehari, saya buat pagi dan malam. Perut pun sudah tak boroi,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan dirinya pernah bertemu dengan wanita asal Singapura yang didakwa merupakan kekasih gelap kepada kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.