“Anak-anak mengharap dan dalam doa mereka mendoakan agar kami tetap satu keluarga. Jadi saya rasa doa anak-anak pun turut termakbul. Alhamdulillah.”

Demikian kata aktres, Diana Danielle selepas ditanya mengenai sepasang anaknya bersama Farid Kamil, Muhammad dan Nur Aurora selepas melihat hubungan ibunya bersama bapa mereka kembali akrab.

Menurut Diana, dia sebolehnya mahu menyimpan hal yang baik untuk diri sendiri namun terharu selepas menerima pelbagai reaksi positif ramai apabila videonya bersama Farid tular di media sosial baru-baru ini.

“Saya tidak boleh kongsikan terlalu banyak mengenai apa yang berlaku sebab sejak proses di mahkamah lagi, saya cuba untuk tidak ulas panjang. Ia sesuatu yang peribadi dan libatkan hal-hal keluarga.

“Apa yang boleh saya cakap, saya terharu dengan doa yang baik-baik daripada orang sekeliling. Saya ada rasa sikit kelegaan terutamanya bagi pihak anak-anak.

IKLAN

“Bagi saya, kalau ada sesuatu perkara yang boleh diperbaiki, terutamanya dalam hal melihatkan keluarga kita cubalah yang terbaik untuk cari penyelesaian.

“Bukan nak kata dulu tak ada kata sepakat cuma kadang kadang kita perlu lalui situasi yang berat barulah kita boleh perbaiki apa yang sepatutnya diri kami,” katanya kepada MH.

Diana ditemui di Ujibakat DewiHero Remaja 2023 di Hotel Eastin, Petaling Jaya, pada Ahad.

IKLAN

Ditanya sama ada dia dan Farid sudah kembali rujuk, pelakon filem Hanyut ini menyerahkan hal tersebut kepada Farid untuk memperjelaskannya.

“Saya rasa tidak perlulah untuk saya jelaskan secara terperinci. Saya izinkan Farid untuk bercakap hal ini dengan lebih lanjut jika ada pihak yang bertanya mengenainya.

IKLAN

“Saya pun sebelum ini memang banyak ‘reserved’ dalam hal berkaitan peribadi. Mana yang saya senang untuk kongsi, saya akan berbuat demikian dan begitu jugalah sebaliknya,” katanya lagi.

Terdahulu pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI