Aktres Diana Dianelle akhirnya bercerai talak satu dengan aktor dan pengarah, Farid Kamil, 42, kira-kira jam 3.22 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari, Selangor.
Lafaz cerai dilafazkan Farid di hadapan Hakim Syarie Syukran Yusof, menerusi aplikasi Google Meet.
Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, ditemui sejurus prosiding berkata, dia bersyukur kerana proses perceraian berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah, kita sudah boleh tutup buku dan memulakan hidup baharu. Harapnya kita menjadi orang yang lebih baik selepas ini. Soal perasaan, saya tidak mahu mengulas lanjut kerana bagi saya ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.
“Cuma, saya tidak nafikan ia merupakan perkara yang sukar bagi saya dan Farid untuk lakukan,” katanya kepada MH.
Ads
Diana juga menjelaskan, dia sudah bersedia secara mental untuk menghadapi hari ini (perceraian).
“Saya memang sudah berseida untuk menghadapi perkara ini, dan saya hanya menyimpan segala perasaan di ‘belakang pintu’.
“Perihal anak-anak pula, seperti biasa kami perlu menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing. Apa yang penting kami cuba untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, kontroversi rumah tangga pasangan selebriti ini timbul selepas Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, 10 Mac lalu.
Menerusi laporan media, alasan Diana mahu bercerai disebabkan tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Ads
Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan menjadi bualan di media sosial apabila dia muncul sebagai bintang utama menerusi drama bersiri, Diari Seorang Suami.
Penampilannya memberikan reaksi pelbagai di kalangan netizen, misalnya ada yang menyifatkan wajah Afieq tak komersial dan tidak bersesuaian dengan watak Hairi yang dibawakan di samping Yuna Rahim.
Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Afieq akui apa yang diperolehi adalah peluang dan dia turut bertanya apakah ciri-ciri komersial yang dimaksudkan.
“Okay kita tanya balik, komersial tu macam mana? Wajah komersial sekarang dengan komersial dulu macam mana? Sejujurnya, ini peluang saya. Jadi, komersial atau tidak terpulang pada selera penonton.
“Saya sudah berikan yang terbaik. Saya sendiri rasa watak ini berat untuk dijayakan. Komersial atau tidak, saya tidak boleh komen sebab tertakluk pada bagaimana orang melihat saya. Nilai komersial itu bersifat subjektif dan saya tiada jawapan yang tepat,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Muhammad Shafieq Shazwan Zamros ini turut menjawab tentang segelintir penonton yang masih melihat Afieq sebagai seorang pelakon kanak-kanak, meski usianya kini sudah mencecah 24 tahun.
“Saya sedar tentang perkara ini. Mungkin penonton sudah terbiasa melihat saya di layar kaca membawakan watak remaja, sebab itu mereka masih ada tanggapan bahawa saya masih lagi muda.
“Sebenarnya, saya ada menerima banyak tawaran berlakon bagi watak dewasa. Tetapi saya tidak dapat menjayakannya lagi atas alasan kekangan masa.
“Jadi, sebagai permulaan, saya membawakan watak Hairi iaitu lelaki kahwin muda,” katanya lagi.
Drama bersiri yang disiarkan menerusi slot Lestary TV3 bermula 12 November itu turut menampilkan Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham, Khal Isyaf, Sani Sudin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lantas, netizen merasakan wajah Hafeez persis seperti vokalis kumpulan Hujan, Noh setelah melihat gambar tersebut.
“persis Noh Hujan”
“kembar Noh” tulis netizen.
Disamping itu, pelakon yang pernah membintangi dalam sebuah drama bersiri ‘Tiada Arah Jodoh Kita’ telah bertanya pendapat kepada peminatnya jika dia mengubah imej berambut panjang.
Lalu, rata-rata netizen ada yang bersetuju dengan kata-kata Hafeez begitu juga sebaliknya.
Foto : Instagram Hafeez Mikail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan popular pempengaruh media sosial Indonesia, Aurelie Hermansyah dan Atta Halilintar kini sudah bergelar ibu bapa kepada seorang bayi perempuan. Anak dan menantu kepada selebriti terkenal Indonesia, Krisdayanti dan Anang Hermansyah ini mengumumkan berita tersebut di Instagram mereka hari ini.
Atta mengungkap ayat ringkas dalam satu hantaran siap dengan gambar anaknya menggenggam jari jemarinya. Ujarnya, “22 Februari 2022. Malaikat hidupku.”
Dengan pertambahan ahli baru keluarga popular ini, ia sekaligus memberikan Krisdayanti status sebagai seorang nenek. Aurelie merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup diva pop ini dengan bekas suaminya, Anang Hermansyah.
Krisdayanti memuat naik satu gambar bersama cucunya itu di Instagram. Memanjat rasa syukur, pelantun lagu popular Menghitung Hari ini menitip kata penuh syahdu. “Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum hiwabarakatuh. Alhamdulillah telah lahir cucu kesayangan kami, cahaya sempurna bagi keluarga.
“Berjenis kelamin perempuan, tanggal 22 Februari 2022, pukul 7.40 WIB dengan berat 3,322-gram dan panjang 48cm. Selamat kepada yang saya cintai suami ku, anakanda Atta dan Aurel.
“Yang saya saya hormati bapa dan ibu Atta Halilintar, Anang Hermansyah dan Ashanty dan seluruh keluarga bahagia. Saya aturkan terima kasih yang teramat dalam segala perhatian dan doa yang diberikan,” luahnya.
Buat masa ini bayi tersebut yang dilahirkan menerusi pembedahan caesarian belum dinamakan secara rasmi kepada umum, namun dia digelar dengan panggilan manja Baby A.
Untuk pengetahuan pembaca, Aurelie Hermansyah dan Atta Halilintar telah mengikat tali pernikahan pada 3 April 2021 dan pada 13 Mei tahun yang sama, Aurelie yang baharu diketahui mengandung mengalami keguguran yang teruk sehinggakan dia perlu terlantar di atas katil.