Sering kali menerima kecaman dan tomahan netizen, pelawak dan penyampai radio, Shuib menzahirkan rasa syukur dengan penerimaan masyarakat yang kini sudah boleh menerima baik pempengaruh, Watie Hanifiah sebagai isterinya.

Jelas Shuib, dia selalu berpesan kepada isterinya itu untuk sentiasa bersabar dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.

“Mulanya Kami Rasa Amat Perit…,” – Dulu Dikecam, Shuib Syukur Netizen Makin Sukakan Watie

“Saya sangat bertuah kerana Watie iseorang yang mendengar kata. Sebelum ini, saya ada pesan, kalau netizen ada bercakap apa-apa, buat tak tahu atau abaikan dan dia pun ikut sahaja.

“Apa yang dia ingin kongsikan di media sosial, dia akan bertanya dahulu. Alhamdulilah, sekarang ini pula, orang ramai sudah semakin sukakan Watie.

“Saya bagitahu dia, bila kita berada di pihak yang benar, percaya dan pertahankan apa yang kita lakukan, Allah akan bantu.

“Lama-kelamaan, orang akan sukakan kita dan perkara itu memang terbukti,” katanya kepada MH.

IKLAN

Kongsi penyampai radio Suria FM ini lagi, kejujuran dan keikhlasan yang ditunjukkan Watie selama ini nyata telah mengetepikan persepsi buruk masyarakat terhadap dirinya.

“Mulanya Kami Rasa Amat Perit…,” – Dulu Dikecam, Shuib Syukur Netizen Makin Sukakan Watie

“Ketika kemunculan kami di program Meletop, Watie sangat takut dengan respon netizen. Selepas akhir rancangan, dia tak nak tengok telefon. Dia sangka orang akan mengutuk cara dia bercakap di hadapan kamera.

“Namun, hal sebaliknya pula yang berlaku. Rupa-rupanya netizen sukakan Watie disebabkan kejujuran dan keikhlasan dia. Alhamdulillah, kami sentiasa percaya dengan percaturan Allah SWT.

“Walaupun, pada mulanya kami merasakan situasi ini amat memeritkan, tapi selagi mana kita ikhlas, buat perkara yang betul dan baik, Allah mesti bantu,” ujarnya lagi.

IKLAN

Sementara itu, ditanya mengenai soal perancangan zuriat, Shuib memaklumkan dia dan isteri kini mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk membesarkan empat orang cahaya mata ini terlebih dahulu.

“Watie bagitahu saya yang dia belum bersedia kerana dia merasakan Ayash masih kecil lagi. Kami pun masih ada tiga orang anak yang semakin membesar. Jadi, untuk menjaga empat orang anak, bukan mudah.

“Uwais, Talita dah Matin tengah melalui satu momen di mana sebagai ibu bapa, kami kena sentiasa dekat dengan mereka. Saya kena berkawan dengan mereka.

“Namun ada kalanya saya sibuk. Jadi, Watie yang akan galas tugas tersebut.
Sekarang ini, anak-anak pula banyak bercakap dari hati ke hati bersama Watie. Ajaib sungguh aturan Allah ini,” akhirinya.

IKLAN

“Mulanya Kami Rasa Amat Perit…,” – Dulu Dikecam, Shuib Syukur Netizen Makin Sukakan Watie

Sekadar informasi, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Pada tanggal 23 Jun lalu, Shuib telah selamat mendirikan rumah tangga bersama cinta hatinya, Watie dengan hanya sekali lafaz.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI