Disebabkan terlalu komited untuk menjayakan watak Ramlah di dalam filem reboot Rahsia, pelakon, Nabila Huda mendedahkan watak tersebut telah meresap ke dalam tubuhnya sehingga terbawa-bawa hingga ke rumah.
Menurut Nabila, perkara tersebut disedari oleh suami dan anaknya ketika dia bercuti seketika daripada penggambaran.
“Selepas dua minggu menjalani penggambaran, saya pulang ke rumah. Saya jumpa suami dan bagitahu yang saya sangat rindukan dia.
“Selepas itu, kami keluar bersama. Bila dah balik, suami bagitahu yang dia tak selesa nak berjumpa dengan saya pada ketika itu. Dia kata perangai saya lain.
“Saya pun bengang la bila dia cakap macam tu. Saya pula ingat mereka ni yang mengada. Padahal, saya rasa okay sahaja. Perangai saya sama dan tak berubah.
“Anak saya pun nampak perubahan itu. Kemudian, suami suruh saya buang dahulu watak tersebut di luar rumah. Jangan bawa balik,” katanya kepada MH.
Ads
Nabila berkata sedemikian ketika ditemui media pada tayangan filem Rahsia yang berlangsung di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada Selasa.
Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Nabila memberitahu, watak Ramlah telah membuatkan dirinya menjadi seorang yang agresif dan sering termenung.
“Watak itu buat saya jadi agresif dan cepat marah. Kalau kita berlakon, kita akan ambil mood. Jadi, untuk hilangkan watak itu, saya kena ambil kembali mood gembira sebelum masuk rumah.
Ads
“Dalam kereta masih stres memikirkan watak itu, bila sampai ke rumah saya kena tukar karakter jadi gembira semula. Penat nak tukar karakter. Jadi saya ambil keputusan untuk jumpa mereka kembali selepas penggambaran selesai sepenuhnya.
“Kemudian bila saya pulang ke rumah barulah suami saya lega. Dia kata isteri saya dah kembali. Sebelum ini bukan Nabila. Itu adalah Ramlah. Saya benci Ramlah.
“Saya dah kembali normal, ceria dan berborak seperti biasa. Sebab sebelum ini suami kata saya berbual tapi tiba-tiba saya menjadi serius, tengah termenung,” ujarnya.
Ads
Terdahulu, karya arahan Shamyl Othman ini merupakan filem reboot dari karya yang dianggap sebagai ‘cult classic’ filem tempatan, Rahsia yang diterbitkan pada tahun 1987.
Selain Nabila Huda, filem ini turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperi Fikry Ibrahim, Emma Manan, Marsha Mila dan Qistina Raisah.
Rahsia bakal mula bersiaran pada 10 Ogos ini di pawagam seluruh negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan ushawan terkenal, Neelofa tidak menafikan sebenarnya sukar buat dirinya serta sesetengah orang lain untuk berdiam diri untuk tidak memuat naik apa-apa status di media sosial apabila sesuatu terjadi kepada diri.
“Sebenarnya saya tengok situasi ini sudah lama (individu yang gemar memuat naik status di Instagram khasnya mengenai hal peribadi) dan saya sendiri pun susah untuk tidak meletakkan apa-apa statud bila suatu benda terjadi.
“Sebab secara semula jadinya kita pasti mahu bersuara atau ekspresi apa yang kita rasa sama ada tengah marah atau sedih.
“Bagaimanapun, kita kena didik diri supaya senyap dan tidak memberikan apa-apa reaksi. Sebab saya faham sesiapa sahaja boleh melalukan hal tersebut, jelasnya.
Ditanya sama ada jawapan yang diberikan itu turut ada kena mengenai dengan situasi yang berlaku di sekeliling bintang kelahiran Kelantan itu, Lofa mempunyai jawapannya sendiri.
“Rasanya tidak adil untuk saya… kalau kata ia ditujukan kepada mereka yang berkaitan dengan saya, rasanya saya tak adil untuk bersuara sebab saya tidak mahu masuk campur atau menjawab bagi mana-mana pihak.
“Pandangan saya itu adalah buat sesiapa sahaja memandangkan semua orang akan menghadapi situasi yang katakan tadi, berkenaan dengan sosial media yang akan memburukkan lagi keadaan.
“Misalnya masalah yang berlaku kecil sahaja, tetapi bila dimuat naik di Instagram ia jadi kian besar. Jadi semua kena berhati-hati dan ingatkan diri untuk sabar, jangan kongsi lagi. Selesai dalam cara yang lain terlebih dahulu,” katanya profesional.
Terdahulu, Neelofa ditemui media sejurus tamat program istimewa MeleTop yang turut mengumumkan senarai Top 20 calon Anugerah MeleTop 2019 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Aishah Ilias menjawab punca dirinya menghilangkan diri dalam dunia seni ketika namanya menjadi bualan ramai menerusi drama bersiri, Cinta Ibadah yang ditayangkan sekitar tahun 2014.
Menurut Aishah, dia memperlahan kerjaya atas faktor hal peribadi dan perkara tersebut sukar dijelaskan secara terbuka.
“Sebenarnya ada sebab ia berlaku, tetapi saya tidak boleh untuk mendedahkannya kerana ia membabitkan soal keluarga.
“Disebabkan itu, saya pilih untuk ‘rehat’ sekejap dan apabila semuanya sudah selesai, sekarang saya kembali semula berlakon,” katanya.
Bintang ini menambah, meski sedar namanya kurang popular berbanding rakan-rakan seangkatan seperti gandingannya dalam Cinta Ibadah iaitu Fattah Amin, namun Aishah tidak menganggap perkara itu sebagai satu tekanan.
“Saya memang ada, bukan senyap. Tawaran berlakon yang kadangkala kurang menarik membuatkan saya perlu teliti. Maklum saja cerita Melayu balik-balik ‘Megah Holding’.
“Tawaran cerita begitu ada dan memang saya terima, namun tidak kena dengan minat. Walaupun nama saya kurang popular, tetapi sebilangan watak kurang sesuai dengan saya seperti watak kampung.
“Pernah sebelum ini saya membawa watak seperti itu, tetapi tidak menjadi kerana kurang bersuaian dengan wajah.
“Walaupun persaingan dengan artis baru itu memang ada, tapi itu rezeki masing-masing kerana sebagai contoh Che Ta (Rozita Che Wan) turut memulakan kerjaya lakonan agak lambat, tetapi meletup sehingga sekarang.
“Jadi sekarang ini saya sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Aishah kini muncul menerusi filem berjudul Musyrik – Api Neraka Menantimu yang turut menampilkan Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies sebagai pelakon utama.
Pelakon, Erynne Erynna telah selamat melahirkan anak pertamanya secara normal pada pagi Isnin.
Berita gembira tersebut telah dikongsi oleh Erynee atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah menerusi akaun Instagram miliknya.
Pada masa sama, bintang filem Congkak itu turut mendedahkan nama bayi perempuan yang baru dilahirkan.
“Alhamdulillah, syukur segala puji bagi Allah. I am beyond grateful for everything. Medinah, was born on the 9th of August 2020 at 2:31am.
“Subhan’Allah, it was indeed the most magical, wonderful, happiest and extremely painful but bearable day in my life (that I won’t lie about).
“And thank you so much everyone for all your kind doa’s and wishes, i am truly blessed #alhamdulillah #naturalbirth #normaldelivery #babygirl #augustbaby,” tulisnya.