Komika yang kini sedang meningkat naik, Ayim Razak teruja dengan sambutan baik semua pihak terhadap persembahan jenakanya meskipun sering membahaskan mengenai isu politik.

Menurut Ayim atau nama sebenarnya Abdul Rahim Razak, dia hanya mahu memanfaatkan platform ini untuk membawa suara dan keresahan rakyat agar mendapat liputan yang meluas.

Ada Ugut Nak Pukul, Ayim Razak Hanya Angkat Hal Keresahan Rakyat

“Secara jujurnya, ada yang terima dan ada yang tidak tapi lebih ramai yang terima. Itu yang best tu. Kalau saya ikut komen-komen yang mengecam, saya sudah patut berundur. Komen-komen mereka pun boleh tahan juga.

“Tapi disebabkan komen-komen daripada orang yang boleh menerima baik itu yang meminta saya untuk meneruskan dan membawa suara anak muda.

“Jadi, saya rasa seperti ada tanggungjawab. Padahal tiada siapa minta pun. Oleh itu, saya berkongsi lebih banyak tentang hal ini tak kisah sama untuk pihak pembangkang atau kerajaan. Asalkan ada masalah, saya akan suarakan,” katanya.

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas peserta program Gegar Lawak itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Twitter.

Ada Ugut Nak Pukul, Ayim Razak Hanya Angkat Hal Keresahan Rakyat

IKLAN

Dalam pada itu, Ayim turut mendedahkan dirinya ada menerima ugutan daripada sesetengah yang kurang senang dengan konten jenakannya

“Memang ada yang pertikaikan bila saya bawa modal politik, baru saya boleh jadi terkenal. Namun sebenarnya, kalau anda melihat daripada scene underground stand up comedy, isu ini memang ramai dibahaskan.

“Ini isu yang ramai orang nak dengar. Cuma saya bawakan perkara ini ke dunia mainstream dengan kongsikannya di media sosial.

“Memang banyak ugutan yang saya terima. Ramai yang kata nak pukul saya kalau berjumpa di luar. Namun, Alhamdulilah.

“Saya tak meminta tapi perkara ini tak berlaku lagi. Saya tahu rakyat Malaysia semuanya baik-baik,” ujarnya lagi.

IKLAN

Ada Ugut Nak Pukul, Ayim Razak Hanya Angkat Hal Keresahan Rakyat

Pada masa sama, Ayim turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya menghina agama kerana menjadikan parti politik yang berteraskan agama sebagai bahan jenaka.

“Kalau saya kutuk PAS, bukan bermakna saya kutuk Islam. Saya hanya mengutuk parti. Ramai yang marah saya kata saya kutuk Islam sebab kutuk PAS.

“Jangan salah anggap. Islam tetap Islam. PAS hanya parti.

“Saya sebenarnya nak menyuarakan keresahan orang ramai. Mungkin setengah orang dia simpan sahaja perkara ini atau sembang di kedai kopi sahaja.

IKLAN

“Saya ini kebetulan ada kelebihan sedikit untuk buat komidi dan ada pengikut. Jadi, saya guna saluran ini untuk bercerita dan hebahkan supaya ramai yang sedar,” katanya lagi.

Ada Ugut Nak Pukul, Ayim Razak Hanya Angkat Hal Keresahan Rakyat

Sebelum ini nama Ayim menjadi perhatian ramai selepas jenakanya mengenai isu air di Kelantan tular di media sosial.

Sekadar informasi, anak muda berusia 27 ini pernah menyertai beberapa program realiti komedi seperti Gegar Lawak Astro 2018, Gelak Gempak Astro 2021 dan Personaliti Top Era 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Ayim Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI