Pelakon, Farid Kamil mengharapkan yang terbaik untuk proses sulh kali kedua melibatkannya bersama isteri, Diana Danielle.

Farid, 42, tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Khamis untuk proses sulh bagi tuntutan hadhanah.

Farid hadir ditemani peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Menurut Farid, dia masih mengharapkan rumah tangganya berjaya diselamatkan malah turut berkata kasih sayangnya terhadap Diana makin bertambah.

“Harapan saya masih seperti dahulu, rasa sayang saya makin bertambah-tambah.

IKLAN

“Saya berharap hari ini, dapatlah kiranya saya berjumpa dan bertentang mata dengan isteri saya dan mencari kata putus supaya kita dapat membesarkan anak-anak menjadi seperti kanak-kanak normal,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Diana hadir lebih awal dan sempat menunjukkan ‘mini love’ kepada media yang hadir membuat liputan tanpa memberikan sebarang komen.

IKLAN

Pada 11 April lalu, Farid hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosiding sulh, namun, tidak dapat diselesaikan apabila Diana gagal hadir.

Di prosiding sulh pertama itu, Farid tampil bersama empat tawaran dengan jumlah keseluruhan bernilai RM319,700 kepada Diana, untuk menyelamatkan keluarga dan rumah tangganya.

IKLAN

Untuk info, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI