Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay tampil memberikan reaksinya selepas ada individu yang mempersoalkan warna kulitnya yang dikatakan gelap seperti orang kampung dan langsung tidak menggambarkan dirinya seorang artis.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Tik Tok, Liyana memaklumkan dia gembira dengan warna kulitnya itu dan tidak pernah terlintas untuk mengubah ciptaan Allah SWT.
“Kulit saya sebenarnya coklat-coklat kuning tapi kalau anda rasa itu hitam, saya okay dan terima sahaja.
“Saya tak nak pun kulit putih kerana saya tahu kalau saya inject untuk dapatkan kulit putih, ia akan ada kesan sampingan,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon filem Papadom ini turut berharap agar semua pihak sentiasa bersyukur dan berasa yakin dengan warna kulit mereka sendiri.
Ads
“Tak semestinya jadi artis kena kulit putih. Lainlah kalau kita ni memang dilahirkan putih. Itu alhamdulilah tapi kalau kita dilahirkan dengan kulit coklat orang Melayu, nak buat macam mana?
“Mungkin biar hitam untuk awak tapi putih di hati suami saya,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen senang dengn respon yang diberikan Liyana selain turut berharap agar isu warna kulit tidak lagi diperkatakan selepas ini.
“Natural beauty lagi cantik. Cucuk-cucuk putih nak pergi mana?
Ads
“Liyana Jasmay cantik sangat. Nampak comel daripada dulu sampai sekarang. Natural beauty.
“Liyana Jasmay ini sejenis yang lawa. Mata dia salah tengok kot. Daripada saya sekolah sampai nak dekat beranak, tetap maintain je Liyana Jasmay.
“Betul sangat. Natural beauty lagi sedap mata memandang.
Ads
“Cantik je tengok Liyana Jasmay ni. Makin lama, makin menawan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok itu telah meraih lebih 800,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Liyana Jasmay
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semarak Sukan Asia ke-18 yang sudah pun mentup tirainya pada pada awal September lalu nyata memberi 1001 warna kepada pencinta sukan serantau. Pahit manis dan semangat kesukanan sesama penduduk Asia mencipta suatu momen yang cukup memberi makna.
Dilangsungkan penuh jaya di Palembang, Indonesia Sukan Asia kali ini juga menjadi perhatian ramai apabila rata-rata netizen memberi tumpuan kepada para atlet bertanding.
Seiring dengan perkembangan teknologi yang mana apa sahaja boleh menjadi viral di kalangan netizen, ada pencinta sukan yang bercakap mengenai penampilan salah seorang pemain Bola Tampar Wanita bagi skuad Indonesia.
Aprilia Santini Manganang, yang berketinggian 170cm menjadi tumpuan ramai apabila figura ini beraksi mewakili negaranya. Fizikalnya yang bertubuh kekar dengan aksi lincah mencuri perhatian netizen.
Sekali gus, ia menjadikan bintang sukan ini lebih menonjol berbanding rakan-rakannya yang lain. Apa kata korang?
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“I had the honor to meet this young man and his mother. This kid is the future. We have to empower more kids like him. Give them all the tools to create, innovate, and learn.
“Activate their dreams and aspirations. I believe there are many more out there. We cannot fail them. To fail the youth, will jeopardize our country’s future. Love and God bless.
“P.S- siapa-siapa yang bully Thaqif kat sekolah, abang sendiri akan sampai belanje semua milo ais,” tuisnya.
Tambah Caprice, anak-anak genius ini tidak patut dipersiakan kerana mereka merupakan aset bernilai untuk negara.
Di ruangan komen, rata-rata memuji usaha murni yang ditunjukkan oleh Caprice demi melahirkan lebih ramai kanak-kanak genius yang cintakan teknologi seperti Thaqif.
Wah, bertuahnya adik Thaqif ni! Selepas mendapat pujian daripada YB Syed Saddiq, kini dapat pula hadiah komputer riba canggih daripada Caprice.
Apa-apa pun, semoga berjaya diucapkan kepada adik Thaqif.
Foto: Instagram Thaqif
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang sinonim dengan watak antagonis yang kini menetap di Montreal, Kanada, Azah Aziz kini sedang berliburan di Sydney, Australia. Turut mengiringi percutiannya ke sana ialah anak sulung, Aaron.
Lalu, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Cinta Karporat tidak lama dulu itu ada berkongsi beberapa foto menarik saat mereka di sana.
Lalu, ramai juga netizen yang mulai ‘cuci mata’ apabila melihat ketampanan anak sulungnya yang kini sudah pun mencecah usia 22 tahun.
Aaron merupakan anak sulung di kalangan tiga beradik yang kesemuanya lelaki. Anak kedua Azah bernama Brian, 15, dan Justin 12, hasil perkahwinannya bersama Daud Leroy Abdullah.
Jom, ikuti beberapa foto menarik Azah bersama anak sulungnya ini saat berliburan di Sydney.
Rosé Blackpink sekali lagi membuktikan pengaruhnya sebagai bintang global apabila lagu hitnya, APT., berjaya bertahan selama 15 minggu berturut-turut dalam carta Billboard!Lagu yang menampilkan...