Penyanyi dan ketua juri Big Stage 2023, Aina Abdul menegaskan dirinya akan mengadili kesemua peserta yang bertanding pada musim ini secara adil dan sama rata.
Kenyataan tersebut sekali gus menolak dakwaan yang mengatakan dirinya seakan pilih kasih terhadap peserta, Nadeera Zaini yang juga merupakan sahabat baiknya dan pernah menjadi teman serumah satu ketika dahulu.
Menurut Aina, antara sebab dia memberikan markah yang agak rendah kepada Nadeera kerana percaya penyanyi tersebut mampu memberikan persembahan yang lebih baik.
“Sewaktu penjurian tadi, saya cuba untuk tunjukkan tiada unsur ‘favouritism’. Mungkin sebab itu ada pihak yang tidak berpuas hati dengan markah yang saya berikan kepada Nadeera.
“Saya merupakan individu yang lebih dahulu mengenali Nadeera berbanding orang-orang lain. Kalau bukan di pentas, saya akan dengar dia menyanyi di tandas atau dapur.
“Kami tahu kekuatan dan kelemahan masing-masing. Untuk Nadeera malam ini, saya perlu adil. Saya rasa dia boleh buat yang lebih baik daripada persembahan tadi (semalam).
Ads
“Markah yang saya berikan tadi itu bukannya datang daripada seorang bekas teman serumah tapi sebagai rakan seperjuagan. Kalau kami bertukar posisi sekali pun, perkara sama tetap berlaku,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Terus Hidup itu berkata sedemikian saat ditemui di majlis sidang media konsert minggu pertama Big Stage 2023 yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Pada masa sama, Aina turut memaklumkan hubungan baiknya bersama Nadeera tidak akan pernah berubah namun, mereka akan terus bersikap profesional sepanjang program ini berlansung.
“Saya tahu momen ini akan tetap tiba. Nadeera juga ada bercakap dengan saya sebelum bermulanya pertandingan ini. Kami akan tetap bertindak profesional.
Ads
“Apapun, kami tetap berkawan. Namun, pertandingan tetap pertandingan. Saya kena sama rata dengan peserta lain juga. Kalau orang lain lagi bagus, kita kena bagi markah bagus,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, Aina turut berharap agar para peminat dapat memahami tugas yang dipertanggungjawabkan mereka di dalam program ini.
“Saya harap, para peminat saya dan Nadeera yang telah mengikuti kami sejak program sebelum ini, tidak mengambil hal ini di luar konteks Big Stage.
Ads
“Ini keseluruhannya untuk Big Stage dan kebaikkan Nadeera sendiri. Format kali ini sangat adil. 50 peratus untuk vokal dan 50 peratus lagi untuk kreativiti. Segalanya boleh berlaku,” kongsinya lagi.
Terdahulu, selain Aina, posisi juri tetap turut disandang oleh komposer terkenal,
Ajai.
Sementara itu, pelakon terkenal, Nora Danish pula diumumkan selaku Presiden Netizen.
Big Stage 2023 dimeriahkan lagi dengan gandingan pengacara Elly Mazlein dan Rina Nose.
Pada konsert minggu pertama ini, kesemua peserta terselamat dan tiada penyingkiran berlaku.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Nabil Mahir dan tunangnya, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat akhirnya mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Berita gembira itu dikongsikan mereka menerusi episod pertama #BilAydaJatuhCinta di saluran YouTube, Wuvv Show sebentar tadi.
Sambil berkongsi detik bakal bergelar raja sehari, #BilAydaJatuhCinta episod terawal itu antara lain turut mendedahkan mengenai fasa awal perkenalan sehingga kini.
“Dia memang tak ingat langsung mengenai tarikh.
“Sebab itulah tarikh untuk kahwin pun dia (Ayda) pilih tarikh yang sangat senang untuk ingat,” gurau Nabil yang setia ditemani Ayda di sisi.
Dalam sesi santai, merpati dua sejoli ini turut menerima ucapan serta dedikasi rakan selebriti yang sebelum itu turut berteka-teki tarikh perkahwinan mereka berdua sebelum itu.
“Ini adalah pengumuman untuk majlis perkahwinan kami, 1 Januari 2021.
“Kepada kawan-kawan, keluarga dan peminat, minta doakan yang terbaik untuk kami berdua,” pinta Ayda.
Jangan ketinggalan untuk terus mengikuti perjalanan cinta keduanya dalam #BilAydaJatuhCinta yang bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.
Terdahulu, Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu.
Ikuti episod pertamanya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan musim perayaan tahun ini, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bakal melancarkan lagu rayanya sendiri, beberapa hari lagi.
Bagaimanapun apa yang menariknya, Aliff turut meminta undian dari netizen bagi mengundi di antara Zizi Kirana dan Sajat untuk tampil rapping di dalam single terbarunya nanti.
Perkara tersebut dimaklumkan Aliff menerusi Instagram sebentar tadi.
Lalu menjengah ke Instagram Sajat pula, usahawan ini ada memuat naik keratan video yang merakamkan dirinya sedang berlatih rap untuk lagu terbaru sahabat bisnesnya itu.
“Adoiii suara i pun kelaut!!! kena banyak practice ini!!! adoiii!!!! adoiii RAP pulak tu..terbelit belit lidah iols nak sebut satu persatu word keluar dari mulut giteww!!! haahaahaaa ….lagu raya kata nya.
“Korang rasa OK TAK?? ker tak ok?? cer comment jujur kat bawah ini..ini baru practice jer tau!!!!tiberrrr @aliffsyukriterlajaklari,” tulisnya.
Setelah menimbulkan kerisauan banyak pihak selepas memuat naik beberapa hantaran di hospital, penyanyi, Black akhirnya menjelaskan dirinya baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil pada Khamis.
Pembedahan yang dijalankan disebuah hospital swasta di Shah Alam adalah bertujuan untuk membuang ketulan di bahagian bawah perut.
“Alhamdulillah, operation berjalan dengan lancar selama satu jam. Ketulah di bahagian bawah perut dapat dikeluarkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
“Saya dah dalam perjalanan pulang ke rumah. Ia hanyalah pembedahan kecil sahaja,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, penyanyi lagu Sofea Jane ini turut berkongsi sebuah video yang memaparkan perjalanannya sepanjang menjalani pembedahan.
Malah, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah turut merakamkan ucapan penghargaan buat para doktor dan petugas hospital yang telah menjaganya dengan baik.
“Terima kasih semua. Para jururawat sangat peramah dan doktor juga sporting. Terima kasih,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Black turut berkongsi foto ketulan di bahagian perutnya itu buat tatapan umum.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti memzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Black kembali sembuh seperti sedia kala.
“Semoga cepat sembuh Black.
“Ya Allah, semoga semua dipermudahkan dan cepat sembuh.
“Dayyan, jaga daddy dengan baik ye.
“Semoga cepat sembuh Black. Muka awak macam anak saya. Terasa macam sedih pula kalau bab-bab sakit ini,” antara komen-komen netizen.
Setakat ini, video yang dikongsikan oleh Black itu telah meraih lebih 20,000 tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Black
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang pernah popular dengan siri Misteri Gunung Merapi 3 (Mak Lampir), Sandy Permana, maut akibat dibunuh di tepi jalan di wilayah Cibarusah, Kabupaten...