Juri tetap program Big Stage 5 (BS5), Ajai meminta salah seorang pesertanya, Aufahanie supaya lebih menjiwai seterusnya memahami lirik lagu yang disampaikan di dalam sesebuah lagu yang dipersembahkan.
Pada minggu kedua saingan, bintang muda itu menyanyikan lagu Nang yang dipopularkan oleh Iman Troy gagal memikat hati juri seterusnya membawa kepada peratusan markah antara tiga terendah di antara 13 peserta bertanding.
Ajai memberikan kenyataan itu sebagai komen sejurus Aufahanie selesai membuat persembahan.
Ketika Ajai bertanya mengenai sejauhmana kefahamannya terhadap lagu berkenaan, Aufahanie akui dia terlebih fokus kepada pergerakan tarian dan berjaga-jaga kawal stamina.
“Sebab itulah penjiwaan lagu hilang. Pembawakan utama di dalam sesebuah lagu adalah ‘feelings’, kefahaman maksud lirik yang kamu nyanyikan itu. Ia akan membawa lontaran maksud… itu adalah ‘pergerakan’ dalam nyanyian.
Ads
“Jadi saya tak rasa… rasa kosong. Pada awal itu saya sudah tahu. Yang banyak bahagian ‘flat’ dan yang tak pasti. Ingat, ini pertandingan. Kamu diberikan masa yang singkat jadi kamu kena siap sedia.
“Nak buat macam mana ini pertandingan, kamu kena lalui perkara ini ya. Fokuskan kepada nyanyian yang sedap. Saya nak dengar sedap. Saya tak mahu dengar nyanyian yang tak ada perasaan.
“Pada saya kalau nyanyian sebegitu, tak juga kamu pergi reheasal atau pergi praktis. Sebabnya kamu tak faham apa setiap perkataan yang kamu nyanyikan. Terima kasih,” katanya.
BS5 menampilkan 10 finalis dari Malaysia yang bakal bersaing merebut gelaran juara termasuk Aufahanie, kumpulan COEX, Nadeera Zaini dan Puteri Khareeza.
Ads
Enam bintang lelaki pula adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Putera Muhammad dan duo Dem Lepak Boyz.
Tiga peserta lain dari Indonesia diwakili oleh Waode, Farhan Shah dari Singapura dan duo Hoondoo dari Korea Selatan.
Bertemakan Flex Your Beat, 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan yang berbeza setiap minggu.
Ads
Sementara itu, penyanyi Nadeera Zaini memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM3,000.
Empat edisi Big Stage terdahulu telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 berlangsung selama sepuluh minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nabila Razali difahamkan bakal disatukan dengan lelaki pilihan yang juga ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, pada Sabtu.
Dikatakan, penyanyi lagu Peluang Kedua itu dijangka bakal diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di sebuah lokasi di Pahang.
“Ya Nabila bakal berkahwin esok pagi di Pahang. Ini detik yang membahagiakan buat pasangan ini,” kata sumber, petik Harian Metro.
Terdahulu timbul gosip mendakwa majlis pernikahan Nabila dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula itu bakal disatukan bersempena ulang tahun ke-31 penyanyi itu pada Isnin lalu.
Bagaimanapun pengumuman yang dilakukan di media sosial hanyalah sebagai menerima lamaran daripada Nik Iruwan.
“I said yes (Saya terima) ,” tulisnya ringkas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jurusolek terkenal yang menata rias wajah Fatin Afeefa di majlis raja seharinya, Datuk Alha Alfa berkongsi suasana solekkan pelakon berkenaan pada Jumaat.
Menerusi hantaran di Instagram yang dikemas kini, Alha senang dengan sikap pelakon filem Tentang Bulan itu yang tidak banyak karenah.
“Bestnya dia sempat tanya “you pakai foudation yang propolis dulu ke atau yang baru ni? Yang baru ni i tak sempat grab lagi sebab yang lama i ada lagi!
“So nak try yang baru ni plak! Korang nak tau foundation mana satu? Nantikan tutorialnya ok!
“Thanks @fatinafeefa for having me, semoga bahagia ke jannah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, portal hiburan memaklumkan, Fatin selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilhannya, Aliff Awang di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor dengan sekali lafaz kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Pelakon, Datin Seri Zizie Izette telah mengadakan sambutan majlis hari jadi anak ketiganya, Alisa Bella Izette bersempena dengan ulang tahun kelahiran puterinya itu yang kedua.
Kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini turut berkongsi beberapa keping foto sekitar majlis hari jadi yang mana kesemua kanak-kanak dilukis muka serta mengenakan baju replika haiwan di akaun Instagram miliknya.
Zizie turut menitipkan ucapan istimewa buat permata hatinya itu.
“Happy 2nd birthday to my last born child, Aalisa Belle Izette.U are so special sayang, love u so much! #aalisabelleizette #secondbirthday #1stmarch #piscesbaby,” tulisnya.
Terdahulu, Zizie mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Selepas itu, Zizie selamat melahirkan Alisa pada 1 Mac 2019.
Foto: Instagram Zizie Izette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, pengacara dan pelawak senior, Syed Muradzi Syed Shamsul, atau lebih dikenali sebagai Dee, mengakui mengambil masa hampir 19 tahun untuk melepaskan rasa kehilangan...