Disebabkan dakwaan pelakon, Puteri Sarah yang mengatakan suaminya yang juga merupakan pengarah sensasi, pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali, proses mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) harus ditanggungkan.
Menurut peguam wakili Syamsul, Azmi Mohd. Rais, hakim telah mengarahkan supaya isu lafaz cerai itu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kes-kes lain diteruskan.
“Pihak hakim meminta plaintif (Puteri Sarah) untuk memfailkan dakwaan lafaz cerai yang didakwa telah dilakukan sebanyak dua kali oleh Syamsul. Jadi dapatan (keputusan) JKP perlu ditangguhkan dahulu membabitkan perintah shiqaq,” katanya.
Jelas Azmi lagi, prosedur JKP sepatutnya dilakukan secara bersama dan bukanlah berasingan.
“Pengerusi JKP memberi keterangan mengenai cara pengendalian sesi JKP dan berpendapat sesi tersebut sepatutnya dibuat secara berasingan mengikut situasi.
“Tetapi kami tidak bersetuju. Kami juga memandang serius prosedur itu dan mengenai dakwaan lafaz cerai itu pun anak guam (Syamsul) saya tidak tahu kerana prosedur tersebut dijalankan secara berasingan.
“Itulah masalahnya apabila JKP dibuat secara berasingan. Ambil nota tetapi pihak dan wakil tidak bercakap antara satu sama lain. Jadi isu lafaz cerai ini anak guam saya tidak menjawab dalam prosedur JKP,” katanya.
Ads
Tambah Azmi, hakim mengarahkan kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikan dahulu kes pengesahan lafaz cerai yang perlu difailkan oleh pihak plaintif.
“Isu yang lebih penting sekarang adalah Yang Arif telah memerintahkan bahawa pihak berkenaan kena memfailkan pengesahan lafaz cerai.
“Jadi pada 14 Jun ini adalah untuk mengetahui status pengesahan lafaz cerai,” jelasnya.
Terdahulu, tular mengenai dakwaan Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pernah diceraikan dua kali oleh suaminya.
Ads
Menurut laporan, terdapat sumber yang mengatakan kedua-dua lafaz talak pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Mengimbau semula, pada 18 April lalu, Syamsul dan Puteri Sarah gagal menemui kata sepakat sekaligus proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung pada hari tersebut tergangguh.
Antara sebab Syamsul menolak untuk melafaz cerai ialah keengganan Puteri Sarah menarik saman terhadap madunya, Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga lain.
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Ads
Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.
Sebelum itu, pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Syamsul pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos Jihan Muse menjawab teka-teki mengenai khabar angin yang mendakwa dia kini sedang hamil anak kedua seperti yang diperkatakan netizen di laman sosial.
Spekulasi tersebut timbul susulan penampilannya di konsert minggu pertama Gegar Vaganza ke-8 (GV8) yang dikatakan berisi berbanding sebelum ini.
Malah ada yang mendakwa, ‘baby bumpnya’ ibu kepada seorang cahaya mata ini juga sudah mulai kelihatan.
“Saya nak… doakanlah saya hamil. Tapi nampak macam ‘look alike’ kan? Nak buat macam mana. Badan naik musim PKP ni. Salahkan PKP pula… Tak ada. Kita nak tapi mungkin belum ada rezeki lagi.
“Tak betullah… tapi kita naklah doa itu sebab kita memang nak. Kita aminkan sahajalah, tapi belum (hamil) lagi,” katanya yang terbuka untuk berkongsi sekiranya dikurniakan rezeki zuriat selepas ini.
Ditanya pendapatnya mengenai pendirian bakal ibu yang memilih untuk tidak mahu mendedahkan soal hamil pula, Jihan akui apa yang dilakukan mereka ada betulnya.
“Macam saya dulu ketika hamil anak pertama, pada empat bulan pertama saya tak umum sebab kita masih tak tahu lagi ketika itu. Masih di peringkat awal,” katanya.
Jihan bagaimanapun masih menunggu kehadiran cahaya mata baru dalam keluarga.
“Kalau ada rezeki saya memang menantikan. Memandangkan usia anak saya dah nak masuk empat tahun. Saya pun nak cecah 40 tahun.
“Ikutkan dah sesuai sangat dah. Tunggulah… belum rezeki lagi. Doakanlah.
“Kalau mengandung tu bagi saya benda yang baik. Kita pun harapkan doa orang ramai. Mungkin ramai yang ‘tweet’ tu lebih 40 orang, saya aminkan sahaja.
“Kita dah kawin, aminkanlah. Kalau tak kahwin tu seram,” katanya lagi.
Jihan berkahwin dengan suaminya, pelakon Ungku Hariz 20 Mac 2016 dan zuriat pertama mereka, Ungku Arsalan Haq dilahirkan pada 25 Januari 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jihan Muse
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, penyanyi Nora Ariffin ada berkongsi satu entri menerusi Instagram yang menyentuh hati netizen.
Mengucapkan dedikasi buat Allahyarham suaminya, Johan Nawawi, penyanyi Di Persimpangan Dilema ini menitipkan ucapan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-27 tahun.
“9 April 2019. Our 27th wedding anniversary. Semoga kita bertemu lagi,” tulisnya ringkas.
Persembahan konsisten menerusi tiga buah persembahan termasuk pusingan ‘battle’ dalam saingan akhir Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) menyaksikan juaranya, Cliff Umar meraih markah tertinggi keseluruhan iaitu sebanyak 71.42 peratus.
Naib juara, Mus yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 pula mengumpul sebanyak 67.51 peratus dan Ayu Damit ditempat ketiga dengan 67.42 peratus.
Rapat mengikuti markah diperolehi Ayu ialah Noraniza Idris yang menduduki tempat keempat keseluruhan dengan 64.23 peratus dan Linda Nanuwil berjaya meraih 63.28 peratus di kedudukan kelima.
Noraniza dan Linda masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM15,000.
Oja pula ditempat keenam 61.70 peratus dan Ashira di kedudukan terendah menerusi 60.90 peratus.
Pentas akhir GV2019 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama dua juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.
Program realiti hiburan tahunan yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
GV sebelum ini telah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Naqiu serta Hadi Mirza sebagai juara musim terdahulu.
GV2020 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Foto: Instagram Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit Datuk A Aida, tampil menawarkan peluang rezeki buat aktor veteran Dharma Harun Al Rashid dengan janji akan menyediakan tawaran lakonan setiap bulan selama...