Bersempena sambutan hari ibu pada tanggal 14 Mei, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat insan yang paling berharga dalam hidupnya.

Selain ibunya, ucapan penuh makna itu turut didedikasikan buat ibu kepada anaknya yang juga merupakan bekas isteri, Noor Nabila.

Menurut Sharnaaz, dua sosok ibu tersebut mempunyai tempat sangat istimewa di dalam hidupnya.

“Dua wanita ini sememangnya memberikan impak yang sangat besar dan umpama anugerah dalam hidup saya. Terima kasih banyak buat mama dan Mummy Nabila,” tulisnya.

Ucapan penghargaan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Katanya lagi, segala kejayaan dan kurniaan yang dimilikinya ketika ini tidak mungkin akan berlaku tanpa dua insan hebat tersebut.

IKLAN

“Tanpa anda berdua, saya tidak akan berada di sini. Tidak akan pernah. Selamat hari ibu.

“Kepada para ibu di seluruh dunia, kami sayang anda,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum terhadap sikap yang ditunjukkan oleh Sharnaaz yang sentiasa menghargai jasa bekas isterinya itu.

“Salute la Abang Sharnaaz ni. Dalam apa situasi sekali pun, dia hargai orang yang lahirkan anak dia. Jebat bertuah kerana punyai bapa yang terbaik.

IKLAN

“Bagus Sharnaaz ni. Selalu menghargai dan menghormati. Hero kami.

“Macam ni la baru bagus. Bukan sahaja menghargai ibu tapi isteri yang melahirkan anak kita pun seorang ibu juga.

“Baba dan mummy yang terbaik buat Jebat,” antara komen-komen netizen.

IKLAN

Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac 2017, tetapi bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jaydan yang kini berusia empat tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI