Selepas teruk dihentam kerana didakwa menjadi penyondol atau orang ketiga yang menganggu rumah tangga majikannya, wanita dikenali sebagai Amirah Aqilah Firdaus atau Meera tampil berkongsi, dia kini ingin kembali bangkit di sebalik semua kontroversi tersebut.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Meera berkata walaupun mentalnya penat kerana dikecam ramai namun dia mengambil pendekatan positif dan sedang berusaha untuk berubah menjadi lebih baik buat dirinya sendiri.

“Mental Meera sangat penat, doakan Meera okay, Meera cuba untuk bangkit balik.

“Ramai yang tanya Meera (kau ni tak ada perasaan ke! Kau ni tak tahu malu ke! Kau ni nak play victim ke! Kau ni sundal!).. banyka kata-kata negatif yang Meera dapat.

“Meera ada silap dan Meera sedang perbetulkan silap Meera. Kecaman, hinaan dan cacian semua ni sebab atas diri yang pernah buat silap.

“Meera akan berubah untuk yang lebih baik,” tulis Meera di ruangan kapsyen.

IKLAN

Dalam entri itu juga, Meera turut mendoakan agar segala urusan semua pihak dipermudahkan.

“Meera doakan semoga urusan anda sentiasa dipermudahkan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah,” tulisnya lagi.

Nama Meera sebelum ini menjadi tular kerana didakwa menjadi individu ketiga dalam rumah tangga majikannya, View Chin dengan bekas isteri, Sherine Ah Moi.

IKLAN

Hubungan sulit di antara mereka berdua didedahkan sendiri oleh Shermine yang tidak menyangka suaminya bermain kayu tiga dengan staf mereka sendiri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menggesa Meera untuk tampil memohon maaf terhadap Shermine kerana telah mengecewakan hati wanita tersebut.

IKLAN

“Tahu ada silap, kenapa satu maaf je pun tak boleh cakap dengan bekas isteri (Shermine)?

“Maaf tiada, apa tiada. Selamba kau je nak move on gitu-gitu. Hahaha maaflah dekat keluarga, dekat bekas isteri View Chin.

“Nak perbetulkan silap, perkara pertama kena buat, jumpa Ah Moi dulu,” komen sebahagian netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI