Teka-teki siapakah yang akan bergandingan bersama pengacara Elly Mazlein di program realiti, Big Stage 2023 akhirnya terjawab.

Big Stage 2023 membuat kejutan selepas mengumumkankan pelawak dan pengacara terkenal Indonesia Rina Nose bakal berpasangan bersama Elly selama 10 minggu.

Nama Rina diumumkan menerusi gimik persembahan sewaktu di awal konsert minggu pertama.

Rina yang pertama kali muncul di program televisyen Malaysia terus menggeletek hati penonton apabila naik ke pentas dengan meniru gaya penyanyi popular Indonesia, Hetty Koes Endang menerusi lagu Rindu.

Sementara itu, juri tetap Big Stage 2023 yang juga merupakan penyanyi terkenal, Aina Abdul turut membuat persembahan menerusi lagu Terus Hidup.

IKLAN

Aina mengenakan sepersalinan berwarna merah yang kelihatan seperti kelopak bunga.

Selain Aina, komposer, Ajai dan penyanyi, Lah Ahmad turut diperkenalkan selaku juri pada minggu pertama.

IKLAN

Dalam pada itu, posisi juri netizen pula disandang oleh pelakon terkenal, Nora Danish.

“I presiden netizen, maknanya i yang akan baca komen-komen pedas anda,” jelas Nora.

IKLAN

Terdahulu, Big Stage 2023 akan bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 7 Mei 2023.

Pertandingan Big Stage telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI