Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal merayu kepada para pelanggan untuk tidak membeli produk Wawa Sunscreen yang dijual pada harga murah kerana
dikhuatiri ia merupakan produk tiruan.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, dia telah menerima beberapa aduan daripada pelanggan yang kurang berpuas hati dengan produk yang dibeli secara atas talian itu.

“Kalau Sayang Kulit Muka…,” – Jangan Beli Daripada Seller Jual Murah, Ada Pihak Cuba Ciplak Produk Wawa Zainal?

“Assalamualaikum semua, jangan sesekali beli #wawasunscreen yang bernilai RM35 ke bawah. Terutama sekali yang jual murah dekat Tik Tok tu.

“Saya masih mencari orang-orang yang jual murah ni. Pelanggan yang dapat barang tidak berpuas hati dengan kualiti. Saya masih menyiasat sekiranya barang tersebut adalah palsu,” tulisnya.

IKLAN

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Aeril Zafrel itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.

Jelas Wawa lagi, mereka yang terpedaya dengan produk tiruan ini berkemungkinan akan mengalami masalah kulit muka sekiranya mengaplikasikan produk berkenaan.

“Saya merayu jangan beli dengan yang jual murah-murah tu kalau anda sayang kulit muka anda. Terima kasih semua yang sokong saya,” ujarnya lagi.

IKLAN

Terdahulu, syarikat kosmetik milik Wawa yang diusahakan bersama suami merupakan penaja utama bagi program realiti popular, Big Stage 2023.

Malah, beberapa hari lalu, terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan keputusan Wawa dan Aeril untuk menaja program berkenaan kerana merasakan bajet tersebut boleh digunakan untuk program-program yang lebih bermanfaat.

IKLAN

Bagaimanapun, Aeril menjelaskan keputusan mereka untuk menaja program berkenaan merupakan salah satu bentuk pelaburan dan strategi pemasaran untuk menaikkan jenama syarikat.

Katanya lagi, urusan amal jariahnya terhadap agama tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia bukan sesuatu yang boleh dikongsikan secara terbuka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Wawa Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI