Penyanyi dan komposer Aizat Amdan menyifatkan perbuatan ‘body shaming’ adalah suatu perkara yang tidak cool dan seharusnya dihentikan oleh mana-mana pihak yang berniat sedemikian.

Menurut Aizat, 34, dia mengakui berasa terkesan selepas dirinya dijadikan mangsa ‘body shaming’ berikutan keadaan terbaharu membabitkan fizikal tubuh badannya.

“Sekarang orang kena faham yang ‘body shaming’ tu dah tak cool dah.. contohnya mereka berkata tentang tubuh badan saya bila saya buat festival dulu, beribu-ribu orang datang cakap pasal badan saya, benda tu (buat) saya tak puas hatilah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aizat Amdan (@aizatamdan)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aizat Amdan (@aizatamdan)

IKLAN

“Saya rasa dalam fatwa (body shaming orang) pun berdosa.. kenapa awak nak sebarkan dosa sampai semua orang kena body shaming.

“Saya luahkan kepada isteri yang sebenarnya benda ini beri kesan dekat saya dan mungkin disebabkan itu saya dah tak post banyak benda (di media sosial),” kata Aizat kepada MH.

Aizat ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Indigital dan FYP Media yang diadakan di Bangsar baru-baru ini.

IKLAN

Sementara itu ketika ditanya pengalamannya pertama kali beraya sebagai seorang suami, Aizat berkata dia raya kali ini dia dapat merasai sendiri kesesakan jalan raya selama lima jam dari Kuala Lumpur ke kampung di sebelah isterinya, Elyssa Alia yang terletak di Johor Bahru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aizat Amdan (@aizatamdan)

“Sebelum ini memang saya raya di Ampang sahaja dan tidak pernah melalui pengalaman orang lain tersangkut dalam jammed sampai berjam-jam.

IKLAN

“Pertama kali saya rasai jammed selama lima jam dari KL ke JB sahaja. Tapi saya okay sahaja sebab dapat mengenali lebih rapat lagi dengan sanak-saudara sebelah isteri saya,” katanya lagi.

Untuk info, Aizat mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Elyssa Alia pada 14 Ogos lalu di Puchong, Selangor.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI