Pelakon Emma Maembong dan suami, Shazli Azhar memilih nama Shakil Aryan Shah untuk anak keduanya yang dilahirkan pada petang Rabu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram anak sulungnya, Shariq Gabriel, 2, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu memuat naik video memperlihatkan reaksi Gabriel saat pertama kali bertemu dengan adiknya.
“Meeting my new baby brother, Syakil Aryan Shah,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan telah pun menyambut ulang tahun kelahiran ibu tercinta, Zabedah Saad baru-baru ini.
Diraikan bersama ahli keluarga lain dalam suasana yang cukup meriah, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta turut berkongsi beberapa foto sekitar sambutan di Instagram miliknya.
Pelakon, Shakilla Khoriri akui tersinggung dengan tindakan penyampai di sebuah stesen radio swasta yang didakwa masih lagi bercakap mengenai isu perpisahannya bersama bekas suami yang juga penyampai radio, Fizi Ali.
Menurut Shakilla, sebelum ini dia memilih untuk berdiam diri apabila ada yang cuba untuk mencampuri urusan privasinya.
“Actually bukan satu dua orang yang inform macam-macam dekat saya. Sebelum ni saya diam. Saya biarkan orang MAKE FUN of me. Campur tangan urusan peribadi saya.
“Saya biarkan bukan berhari-hari malah berbulan-bulan menuding jari sana sini. Saya pekakkan telinga dan butakan mata. Kerana saya tak nak perbesarkan isu.
“Well. Semakin saya cuba perbetulkan diri untuk jadi manusia lebih baik semakin orang galak pijak kepala saya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan ibu kepada seorang cahya mata itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Katanya lagi, dia juga kurang pasti dengan niat sebenar penyampai tersebut bertindak sedemikian.
“Saya bukanlah jenis yang mencari apatah lagi nak siasat sampai lubang cacing pasal sesuatu kerana saya yakin Allah akan tunjuk pada saya apa yang SEPATUTNYA saya tahu.
“Banyak juga yang saya dapat tahu dan lihat tanpa susah-susah mencari. Alhamdulillah.
“Untuk kes yang ni saya kurang pasti apa sebab yang membuatkan penyampai tersebut perlu keluarkan ayat macam tu. Mungkin dari penyampaian tuan badan atau dari gerak rasa sendiri. Allahualam.
“Kisah saya dah berakhir. Dan saya secara peribadi tak menyalahkan pasangan saya. Tapi jangan cuba buat saya untuk SENTUH apa yang tak sepatutnya dan akan membuka aib sesiapa. Cukup,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Shakilla berharap agar pihak pengurusan stesen radio tersebut dapat meneliti agar perkara seperti itu tidak berulang.
“Saya tak boleh nak comment panjang pasal isu ni. Mungkin @suriamalaysia boleh buat perbincangan kecil dengan penyampai berkenaan. Atau mungkin boleh terangkan maksud penyampai-penyampai tersebut.
“Saya sedang cuba perbaiki diri dan saya tak perlu tahu atau dengar perkara-perkara negatif macam ni. Saya harap ini yang terakhir.
“Sebab saya tak akan teragak-agak untuk ambil tindakan dari PERCAKAPAN yang tak ada tapisan dan berunsur fitnah atau memalukan,” akhirinya.
Sekadar informasi, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga mereka pada 18 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata mereka bernama Ameena Sofia yang lahir pada 14 Mac 2019.
Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, pasangan ini memutuskan untuk bercerai sekaligus membawa haluan masing-masing.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber : Instagram Shakilla Khoriri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Elfira Loy meluahkan rasa kegembiraan apabila anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf akan mencecah usia setahun pada bulan hadapan.
Dalam pada itu, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy kini sudah hampir setahun bergelar ibu mengakui perjalanan masa menunaikan tanggungjawab sebagai ibu berlalu sangat cepat dan pantas.
“Can you believe @muhamadrayyankhalafofficial is one next month ? sekejap je masa berlalu dah setahun dah jadi mak.
“Rasa macam semalam baru belajar nak burp kan anak, sekarang ni dia gigit gigit kita je,” tulis Elfira.
Bintang drama Kum Kum filem ini juga memberitahu menyayangi anak tunggalnya itu sehingga ke syurga.
“Thank you for making my journey as a mom begitu mudah & interesting.
“I can’t wait to explore soooo many things with you. Till jannah also okay my Khalaf.,” tulisnya.
Komposer dan penyanyi, Ajai, menarik perhatian peminat apabila berkongsi beberapa foto kandid bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera, di media sosial.
Perkongsian itu sekali gus memberi...