Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib Sepahtu berharap selepas ini tidak ada lagi perbandingan dilakukan oleh netizen melibatkan antara Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raisuddin dengan tunangnya, Watie Hanifiah.

Menurut Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad, 39, Allahyarham Siti Sarah sentiasa berada di tempat paling istimewa dalam hidupnya.

“Sarah ada di tempat paling istimewa dalam hidup saya. Watie pun tahu tentang perkara itu.

“Perbandingan itu tidak sepatutnya sebab kita kena terima realitinya.

“(Perbandingan) Ini juga tidak adil untuk Watie. Pada saya, apa salah dia.. dia nak ada dengan saya untuk anak-anak, untuk keluarga. Perbandingan itu menyakitkan orang juga,” katanya kepada MH.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Berkongsi mengenai majlis pernikahannya nanti, Shuib berkata tarikh 23 Jun yang dipilih mereka tidak memberikan apa-apa simbolik sebaliknya ingin mengadakan majlis pada penghulu segala hari iaitu Jumaat.

“Tentang pemilihan tarikh 23 Jun.. memang tiada apa-apa simbolik sebaliknya saya pilih sebab hari Jumaat.

“Kami akan adakan satu majlis (resepsi) sahaja nanti. Doakan semua dipermudahkan,” kata Shuib lagi.

IKLAN

Shuib dan Watie yang merupakan seorang usahawan selamat mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman keluarga wanita itu Shah Alam, Selangor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Menerusi majlis itu, Shuib memberikan tiga dulang hantaran terdiri daripada sirih junjung, kasut dan manisan manakala Watie membalas dengan lima dulang berisi manisan, buah-buahan, sampin, sirih junjung dan sepasang kasut.

IKLAN

Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011.

Hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai empat cahaya mata iaitu Uwais Al-Qarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 2 tahun.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI