Anak kepada pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim, Muhammad Dhanial, 29, akan merindui bebelan arwah bapa buat selama-lamanya.

Menurut Dhanial, ayahnya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung juga selalu mengingatkannya agar tidak terlalu kerap makanan berasaskan perut. 

“Antara ‘bebelannya’, dia selalu pesan kepada saya supaya jangan makan perut banyak sangat memandangkan dalam keluarga memang mewarisi sakit jantung,” katanya.

Ketika ditanya mengenai rancangan pernikahannya yang sepatutnya turut dihadiri oleh arwah bapa, Dhanial tidak dapat menahan sebak sambil akui persiapan sudah pun giat dilakukan.

“Semuanya dah disiapkan (tiket penerbangan ke Tawau dan pakaian). 

“Dia sempat berjumpa tunang saya, cuma tak sempat berjumpa keluarganya yang menetap di Tawau,” katanya lagi.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Berkongsi mengenai hari-hari terakhir bersama, Dhanial memaklumkan bapanya ingin lakukan aktiviti sendiri, berbeza kerana sebelum ini, Ridzuan memerlukan bantuan sokongan untuk bergerak.

“Sebelum ini, dia memang akan minta bantuan saya kalau nak bangun atau buat apa-apa. Tapi, minggu terakhir ini, dia nak buat semuanya sendiri. 

IKLAN

“Pagi tadi misalnya, dia macam susah nak bangun. Selalunya, dia yang bangun paling awal. Jadi, bila saya kejut dia sekitar jam 7 pagi dan dia belum bangun, saya siapkan sarapan. 

“Lebih kurang jam 11 pagi, kami bersarapan bersama dan ketika itulah dia terjatuh dan tak sedarkan diri,” katanya. 

Terdahulu, media melaporkan berita pemergian pelakon yang turut aktif bergelar model itu selepas disahkan oleh bekas isterinya yang juga pelakon, Didie Alias. 

IKLAN

Selain Dhanial, perkahwinan Ridzuan dan Didie dikurniakan empat cahaya mata lain sebelum berpisah pada tahun 2002.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI