Walaupun berbeza agama, penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Mahalini Raharja.
Majlis pertunangan pasangan itu diadakan di The Langham, Jakarta, Indonesia pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman Instagram label muzik yang menaungi kerjaya Rizky iaitu RFAS Music.
Majlis pertunangan mereka disaksikan oleh 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Penyanyi lagu Kesempurnaan Cinta itu berkata niatnya untuk bertunang adalah untuk tujuan yang baik kerana ibadah.
“Tidak ada banyak kata yang saya boleh ungkapkan di sini. Saya hanya memiliki niat ibadah untuk menjadi individu yang lebih baik dan mempunyai tujuan yang tulus.
Ads
“Mungkin saya tidak sempurna, masih banyak kekurangan dalam diri tapi izinkan saya memperbaiki bersama dengan Mahalini. Terima kasih,” kata Rizky.
Pasangan ini mula terbuka berkongsi mengenai hubungan istimewa mereka sejak dua tahun lalu.
Ads
Untuk rekod, Rikzy, 25, merupakan seorang Muslim manakala Mahalini, 23, pula merupakan penganut agama Hindu.
Rizky merupakan anak sulung kepada pelawak terkenal, Sule.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap program Big Stage 5 (BS5), penyanyi Aina Abdul menyifatkan penyingkiran Naufal Azrin pada minggu ketiga adalah sesuatu yang boleh dijangkakan berikutan persembahannya yang tidak memberikan impak terhadap penonton.
Menurut Aina, dia percaya rezeki Naufal akan lebih luas di luar sana selain menyifatkan tona suara penyanyi lagu Casablanca itu sesuatu yang ‘mahal’.
“Kalau ikut pendapat saya berdasarkan persembahan Naufal malam ini, saya memang setuju dia dalam bottom 3.
“Kami pihak juri tidak gunakan Immuniti X kerana cabaran yang kita bagi dia minggu lepas itu tidak disahut dengan memberikan impak dalam persembahannya.
“Tone suara Naufal sangat mahal, dia boleh buat semua orang rasa cair dengan persembahan dia tapi tadi itu saya rasa tidak cukup.
“Saya percaya rezeki Naufal lebih banyak di luar tapi untuk pertandingan, ia agak terhad untuk dia pada pendapat saya,” katanya kepada MH.
Sementara itu, seorang lagi juri tetap iaitu Ajai berkata sudah tiada lagi talian hayat yang perlu diberikan kepada Naufal kerana persembahannya kali ini kurang memuaskan hati juri tidak seperti dua minggu sebelum ini.
“Naufal tiada luck dan kami tak boleh selamatkan dia (dah).
“Nyanyian dia pada minggu pertama dan kedua cukup ‘clean’, tapi untuk minggu ketiga ini dia tiada luck,” katanya lagi.
Minggu lalu, Ajai dan Aina menggunakan Immuniti X untuk menyelamatkan Naufal sehingga menyebabkan Isaac Voo menjadi ‘mangsa’ pertama penyingkiran BS5.
Menerusi persembahan minggu ketiga, Naufal yang mendendangkan lagu Only nyanyian asal penyanyi Korea Selatan, Lee Hi, memperolehi markah keseluruhan sebanyak 62.33 peratus.
Selain Ajai dan Aina, BS5 minggu ketiga turut diadili juri jemputan iaitu penyanyi Ernie Zakri selain Presiden Netizen, pelakon Mierul Aiman.
BS5 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.
Dengan penyingkiran Naufal dan Isaac, kini tinggal 11 peserta bersaing untuk merebut gelaran juara BS5 iaitu Firdaus Rahmat, Putera Muhammad, Meer Nash, Aufa Hanie, Nadeera Zaini, Puteri Khareeza, kumpulan Coex, duo Dem Lepak Boyz serta tiga peserta luar negara iaitu Waode dari Indonesia, Farhan Shah (Singapura) dan duo Hoondoo (Korea Selatan).
Dalam pada itu, Naufal Azrin diumumkan sebagai peserta kedua yang tersingkir selepas berada di kedudukan tiga tercorot.
‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya sebelum ini iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) selama 10 minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli menjelaskan kembali mengenai kisahnya yang dikatakan ‘terlalu subur’ sebelum ini sehingga mencetuskan sensasi di media sosial sejurus ditanya mengenai perkara itu.
Iqbal, 28, berkata meski isu berkenaan menjadi bahan gurauan, namun baginya ia sesuatu yang serius dan terharu apabila ada pihak sedar akan kepentingan untuk mengetahui status kesihatan tahap kesuburan diri.
“Kalau perasan… walaupun ada kontroversi melibatkan saya yang lucu-lucu atau yang bukan-bukan, sebenarnya banyak yang betul. Mengenai kisah saya yang dikatakan subur itu, saya pergi test jumpa doktor.
“Jadi (kerana isu itu) banyak doktor yang DM saya. Kata mereka tahniah Iqbal awak seorang yang berani kerana bagitahu. Sebab perkara itu penting, periksa tahap kesuburan.
“Bila kita test kesuburan, ia mengambil beberapa langkah dan masa. Benda ni perkara serius dan saya betul-betul suburlah,” katanya kepada MH.
Melakukan pemeriksaan khusus susulan mahu mendirikan rumah tangga sebelum ini, Iqbal bagaimanapun menjelaskan situasi yang dialami ada ketika membuatkannya tertekan.
“Buat (periksa tahap kesuburan) sebab masa tu memang nak kahwin selain untuk pengetahuan kepada diri sendiri. Cuma bila jumpa doktor, dia beritahu saya lain sikit daripada orang lain. Awak terlebih subur dan bila test ia betul.
“Saya tak tahulah… Saya jenis yang suka mengkaji. Tapi betul ia akan stres, nervous dan tak boleh nak tidur setiap malam. Lebih privasi untuk saya bercerita.
“Tapi streslah rupanya benda-benda macam ni. Betullah usia dah makin banyak, dia makin stres,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Iqbal yang kini turut bergelar bapa selepas menjaga seorang anak angkat lelaki, Ahmad Ziyad mengharapkan agar bayi yang dijaga dapat dibesarkan dengan baik.
“Yang penting saya jaga dengan elok dan cuba membesarkannya dengan baik. Saya hanya mengharapkan doa daripada ramai sebab nak besarkan bukan sesuatu yang senang rupanya.
“Ziyad pun sudah nak hampir setahun usianya, cepatkan?,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang juga bakal isteri kepada Shuib tidak menafikan proses penghijrahan diri bukanlah sesuatu yang mudah.
Menurut Watie selepas membuat keputusan mengenakan hijab lebih setahun lalu, untuk kekal istiqamah sudah tentu memerlukan kekuatan dalam diri.
“Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life.
“Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, walau kadang kala bila pi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh di pakai,” jelasnya.
Watie berkongsi perkara itu menerusi salah satu perkongsian di Instagram.
Penyanyi Heyda Hafeey tidak terkilan apabila orang ramai lebih mengenali nama kumpulan Senario berbanding dirinya, menerusi lagu malar segar, Zapin Usik Mengusik.