Selebriti dan usahawan, Datuk Rosyam Nor tidak kisah apabila wajahnya digunakan oleh peniaga Industri Kecil & Sederhana (IKS) di kalangan M40 dan B40 terpilih demi merancakkan perjalanan jualan produk yang dijual.

Menurut Rosyam, apa yang dilakukan sebagai antara sumbangan kecil terhadap peminat yang selama ini menyokong perjalanan seninya sejak dulu hingga berjaya mencipta reputasi tersendiri dalam industri seni.

Bagaimanapun, Rosyam yang juga rakan strategik USANITA memberi kepercayaan kepada pasukan itu untuk mengawal selain mengenal pasti produk yang dirasakan ada potensi untuk diketengahkan.

“Kalau tiada mereka, rasanya saya boleh jadi Rosyam Nor seperti sekarang tak? Daripada aku anak setinggan, tak ada apa sehinggalah jadi superstar di negara ini dan sudah ada ‘branding’ sendiri, adakah berdosa untuk saya tolong mereka?

“Biarlah wajah saya bertempek walau seribu produk pun saya tidak kisah. Mereka sudah tolong (sokong) saya dan kini masanya untuk saya buat perkara sama. Bagi saya itulah hubungan atau sumbangan yang boleh saya lakukan sebagai selebriti kepada peminat.

“Tak kisah atas niat untuk membantu bersama USANITA. Pihak mereka membuka ruang buat peniaga dan saya hanya meneruskannya sahaja. Malah, usaha ini dilakukan sejak fasa pandemik Covid-19 lagi.

“Cuma sudah tentu akan ada beberapa ketetapan yang kita telah lakukan, tak boleh main ambil (wajah pelaris) begitu sahaja. Team USANITA memilih yang bersesuai dan saya terbuka. Kiranya ia terkawal daripada segi penjenamaan,” katanya kepada MH.

IKLAN

“Daripada Aku Anak Setinggan, Tak Ada Apa Sehinggalah Jadi Superstar…,” – Datuk Rosyam Nor Hargai Peminat, Bantu USANITA Angkat Perintis IKS “Daripada Aku Anak Setinggan, Tak Ada Apa Sehinggalah Jadi Superstar…,” – Datuk Rosyam Nor Hargai Peminat, Bantu USANITA Angkat Perintis IKS “Daripada Aku Anak Setinggan, Tak Ada Apa Sehinggalah Jadi Superstar…,” – Datuk Rosyam Nor Hargai Peminat, Bantu USANITA Angkat Perintis IKS“Daripada Aku Anak Setinggan, Tak Ada Apa Sehinggalah Jadi Superstar…,” – Datuk Rosyam Nor Hargai Peminat, Bantu USANITA Angkat Perintis IKS

Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka USANITA di Hotel Pullman Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir sama hadir berkongsi ialah dua rakan strategik lain iaitu hos Awal Ashaari dan Zoey Rahman.

Bintang filem The Original Gangster ini juga sudi memberi peluang untuk menggunakan wajah selebritinya pada label pembungkusan bagi 50 produk perintis USANITA yang memberi tambah nilai (added value) kepada usahawan, secara eksklusif.

Dalam pada itu, bagi memperkasakan usaha tersebut, pihaknya turut menambahbaik aplikasi USANITA Mall yang dilancarkan sepenuhnya pada Februari lalu.

IKLAN

Ia khusus bagi memberi peluang kepada perintis USANITA menggunakan platform berkenaan dengan memperoleh pelbagai manfaat dan pendapatan lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Seri Adzliana Hasan mahu memastikan USANITA Mall bukan seperti lambakan produk di pasar malam, yang tidak nampak eksklusif apabila pelayar melayari platform e-dagang berkenaan.

“Kami tak mahu ia jadi ‘rojak’ sebab kami tahu golongan ini mahu mencipta penjenamaan. Jadi kami sendiri buat ‘branding’ mereka, buat packaging baharu dan sebagainya. Kiranya, kami menjaga visual produk mereka supaya nampak kemas dan lebih menarik.

IKLAN

“Pada masa sama, kami akan beri tunjuk ajar bagaimana visual yang baik dapat membantu penjenamaan mereka ketika berada di platform dalam talian.

“Mereka juga sebenarnya perlu pengiktirafan, kerana ramai yang tidak tahu kewujudan mereka (wujud sudah lama tapi tidak diketahui umum), sedangkan produk mereka setanding dengan produk di pasaraya,” katanya.

Adzliana turut menambah, ramai yang sudah mula membuka mata mengenali produk IKS bukan semata-mata jual kerepek selepas mengenali USANITA, tetapi juga tawaran perkhidmatan secara tersasar.

Setakat ini, pihaknya juga telah mempunyai kira-kira 1,800 perintis dan pihaknya akan mengadakan majlis apresiasi kepada perintis USANITA terpilih, berdasarkan laporan kewangan IKS yang berjaya mencecah jualan sehingga RM300,000.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI