Ibu kepada pelakon Liyana Jasmay iaitu Datin Habsah Simpon, 66, dilapor meninggal dunia pada kira-kira jam 8.30 pagi Jumaat di Hospital Kuala Lumpur akibat penyakit kanser limfoma.

Perkara itu disahkan oleh pengurus Liyana sendiri iaitu Nor Hazwani Jamil kepada pihak media.

Menurut Hazwani, Habsah baharu disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat sejak dua bulan lalu.

“Malam tadi (Khamis) ibu Liyana memang dalam keadaan agak teruk apabila tahap oksigennya semakin rendah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay)

IKLAN

“Pihak keluarga mengambil keputusan untuk Habsah ‘pergi’ dengan tenang dan pagi tadi Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir,” kata Hazwani.

Sementara itu menerusi InstaStory di laman Instagram miliknya, Liyana, 35, mendedikasikan luahan hatinya, mengenang pengorbanan serta jasa ibunya terhadap dirinya.

Ibu Liyana Jasmay Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun

IKLAN

“Sepanjang kerjaya saya, hidup saya, masa yang ibu luangkan untuk saya.. tunggu saya sehingga habis shooting dan apa sahaja yang ibu lakukan untuk buat saya gembira.

“Tak pernah saya tahu ada ibu yang teman anak study overseas berbulan-bulan, tinggalkan ayah dan ayah pun sanggup lepaskan ibu hanya untuk jaga saya.

IKLAN

“Saya sememangnya sangat bertuah dikurniakan ibu bapa yang sangat hebat. Disebabkan itu, ibu sangat istimewa bagi saya, my sayang cantik mama,” tulisnya.

Untuk info, bapa Liyana iaitu Allahyarham Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia pada 17 Disember 2021 akibat kanser paru-paru pada usia 68 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI