Susulan dakwaan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof sudah melafazkan talak terhadap Puteri Sarah Liyana sebanyak dua kali, peguam syarie mewakili aktres itu, Datuk Akberdin Abdul Kadir belum menerima makluman mengenai dakwaan tersebut.
Kata Akberdin yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada pagi Isnin, pihaknya belum mendapat arahan daripada anak guamnya berikutan dakwaan tersebut.
“Setakat ini tiada arahan daripada anak guam kami berkenaan perkara ini. Perkara ini juga tiba-tiba timbul dan kami juga tidak dapat mengesahkan kesahihan perkara itu.
“Apabila ada arahan daripada anak guam kami, barulah kami boleh menjawab. Kalau wujudnya perkara itu, ia patut dibawa ke perhatian mahkamah dan perlu tindakan dari mahkamah, tak boleh main mengenai nikah dan cerai ini.
“Kalau ada lafaz itu, kena ikut prosedur dan bawa ke mahkamah. Saya pun baca mengenai perkara ini di media sosial. Sememangnya setakat ini tiada arahan daripada anak guam kami,” katanya kepada MH.
Sementara itu, berikutan dakwaan pihak Syamsul memfailkan perintah injuksi terhadap Puteri Sarah untuk menghalangnya memberikan sebarang kenyataan di luar mahkamah, Akberdin berkata pihaknya juga belum menerima dokumen berkenaan perkara itu.
“Kami kena semak balik, kalau ada, kami akan dapat dokumen namun setakat ini belum menerima sebarang dokumen berkenaan perkara itu,” katanya.
Ads
Terdahulu, media melaporkan Puteri Sarah mendakwa pernah diceraikan dua kali oleh Syamsul.
Ads
Menurut laporan itu, ada sumber mengatakan kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Kes perceraian Syamsul dan Puteri Sarah masih berjalan di Mahkamah Syariah di sini dan gagal diselesaikan selepas Syamsul enggan menceraikan isteri pertamanya pada 18 April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Teka-teki siapakah yang akan bergandingan bersama pengacara Elly Mazlein di program realiti, Big Stage 2023 akhirnya terjawab.
Big Stage 2023 membuat kejutan selepas mengumumkankan pelawak dan pengacara terkenal Indonesia Rina Nose bakal berpasangan bersama Elly selama 10 minggu.
Nama Rina diumumkan menerusi gimik persembahan sewaktu di awal konsert minggu pertama.
Rina yang pertama kali muncul di program televisyen Malaysia terus menggeletek hati penonton apabila naik ke pentas dengan meniru gaya penyanyi popular Indonesia, Hetty Koes Endang menerusi lagu Rindu.
Sementara itu, juri tetap Big Stage 2023 yang juga merupakan penyanyi terkenal, Aina Abdul turut membuat persembahan menerusi lagu Terus Hidup.
Aina mengenakan sepersalinan berwarna merah yang kelihatan seperti kelopak bunga.
Selain Aina, komposer, Ajai dan penyanyi, Lah Ahmad turut diperkenalkan selaku juri pada minggu pertama.
Dalam pada itu, posisi juri netizen pula disandang oleh pelakon terkenal, Nora Danish.
“I presiden netizen, maknanya i yang akan baca komen-komen pedas anda,” jelas Nora.
Terdahulu, Big Stage 2023 akan bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 7 Mei 2023.
Pertandingan Big Stage telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelakon, Hafizh Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri tidak dapat menahan sebak saat mengenang kembali anak di dalam kandungannya yang tidak dapat diselamatkan.
Menurut Shuhada, dia sememangnya teruja untuk menanti kelahiran cahaya mata ketiganya itu namun, dia juga percaya Allah SWT mempunyai perancangan yang lebih baik.
“Doktor cakap baby dah besar dan dah boleh bagi nama. Jadi, saya pun dah borak dengan anak-anak yang saya nak panggil dia Uwais,” katanya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Shuhada menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram.
Pada masa sama, Shuhada turut memohon maaf kepada anak-anaknya kerana tidak dapat melahirkan adik mereka di muka bumi ini.
“Saya hanya berdoa agar Allah redakan hati saya dengan takdir hidup saya. Semoga Allah redakan juga hati anak-anak saya. Umairah ada kata ‘Uwais tunggu kita di syurga kan ibu?’.
“Ibu minta maaf sebab tak berjaya keluarkan Uwais ke dunia yang agak kejam ini,” ujarnya lagi.
Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih hampir 200,000 jumlah tontonan.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen dilihat kurang senang dengan video berkenaan kerana ia turut diselitkan dengan iklan tudung daripada sebuah jenama hijab terkenal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mereka merasakan kisah hidup Shuhada ini tidak sepatutnya dijadikan alat untuk apa sahaja jenis strategi pemasaran.
“Kesian tengok Shu ni. Terpaksa jual kisah rumah tangga untuk promosi tudung. Orang mempergunakan dia untuk marketing. Shu pula mencari rezeki.
“Jangan post macam ni lagi. Takut terbuka aib macam-macam. Tak perlu terangkan apa-apa lagi dengan netizen semua ini. Kalau nak berniaga, kami tetap akan sokong.
“Macam tak kena je marketing content macam ni.
“Nak jual tudung, jual je. Tak perlu marketing sedih macam ni.
“Kenapalah founder tudung sanggup guna kesedihan orang untuk promote tudung dia. Macam tak sesuai,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, pada 13 April lalu, Shuhada telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram bagi memaklumkan dirinya ketika itu sedang hamil anak ketiga.
Bagaimanapun, memetik laporan BH Online, Shuhada dilaporkan mengalami keguguran sewaktu kandungannya berusia 14 minggu.
Disebabkan kejadian tersebut, Hafidz telah membuat laporan polis kerana mendakwa isterinya itu telah sengaja menggugurkan kandungan.
Namun, siasatan pihak polis telah pun selesai dan Shuhada disahkan tidak bersalah diatas dakwaan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nurul Shuhada & BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Pada pendapat saya, hidayah itu milik Allah SWT. Kita tak boleh hukum hati atau niat seseorang.”
Demikian pendapat yang diberikan Pengarah Urusan Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB), Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan susulan isu ada di antara golongan selebriti dan pempengaruh (influencer) yang rancak merakam aktiviti ketika melakukan umrah sehingga menimbulkan persepsi pelbagai di kalangan netizen.
Menurut Muhammad Mursyid, beliau tidak melihat apa-apa yang tidak baik sekiranya seseorang yang terkenal berkongsikan perkara positif yang boleh menarik minat pengikut (followers) untuk berbuat perkara sama.
“Sekiranya dia tangkap foto dan kongsi di media sosial kita kata dia menunjuk, riak dan sebagainya, tidak boleh jatuh hukum pada dia. Islam minta kita untuk ‘judge’ apa yang kita nampak.
“Sebab kita tak tahu mungkin ada yang melihat keindahan foto yang dikongsikan ketika itu mampu membuatkan ada yang nak pergi ke sana untuk tujuan sama (umrah). Tidakkah ia memberi satu hal yang baik kepada mereka yang tengok posting berkenaan?
“Begitulah juga sebaliknya. Kalau yang dikongsikan tidak baik, kita pun perlulah pandai untuk bezakan. Namun bila dia sudah melakukan kebaikan, apa salahnya untuk kita mendoakan yang baik-baik. Doakan hidayah untuknya.
“Bagaimana pun saya percaya ia satu trend (perkongsian foto dari individu terkenal di media sosal jadi ikutan). Macam contoh dia lakukan ibadat, kita kata tak sah sebab dia influencer, tak boleh begitu.
“Mungkin atas asbab video atau foto yang dikongsikan mereka, mampu memberikan hidayah kepada orang lain, InsyaaAllah. Dalam hal ini, saya lebih menyokong agar buatlah benda-benda yang baik. Paling penting istighfar, supaya tiada anasir (syaitan) tak kacau,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan kemelut isu agensi umrah yang ditarik balik lesen serta peningkatan kes penipuan umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar, baru-baru ini.
Pihaknya yang mempunyai lesen penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), mengambil berat maklum balas dan keselesaan pelanggan.
Ia sekaligus menjadi antara faktor utama syarikat berkenaan yang kini sukses membina keyakinan pelanggan sehingga bertahan selama 10 tahun.
“Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka dengan rasa makanan yang disediakan ketika berada di Tanah Suci. Walaupun kami tidak dapat mengawal sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak ketiga, tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius.
“Kami ambil berat sebab kami memang hargai setiap jemaah. Malah kami berbesar hati apabila mereka sudi mengenali kami. Bagi kami, mereka bukan sekadar pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu kepuasan.
“Bertitik tolak dari maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah,” katanya yang pernah meraih anugerah IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards (BISA) 20222 di bawah jenama Mursyid Alharamain.
Mengulas mengenai cabaran, Muhammad Mursyid tidak menafikan fasa pandemik COVID-19 menjadi ujian paling besar memandangkan dia dan isteri, Hajah Intan Fairuz Ramli tekad mengekalkan semua kakitangan dalam tempoh tersebut.
“Masa tu kami fikir ada tanggungjawab untuk lindungi keluarga dan kakitangan kami ini kami anggap sebahagian daripada keluarga. Alhamdulillah Allah ‘lorongkan’ untuk kami ubah fokus kepada penjualan kurma dan makanan sunnah sehingga kami tubuhkan syarikat baru, Alhijaz Universal Sdn Bhd ketika itu,” katanya lagi.
Bercerita mengenai perancangan pihaknya bercadang menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort selepas ini.
“Kami dah lalui 10 tahun pertama, 10 tahun kedua kami membuat perancangan lebih besar pada peringkat korporat termasuk nak wujudkan kumpulan syarikat Mursyid Alharamain.
“Kami mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah, Usman bin Affan yang juga hartawan yang membantu memperkasa ekonomi umat Islam,” katanya yang turut mengumumkan pakej umrah percuma sempena Ulang Tahun Ke-10 penubuhan MATTSB.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.