Tahniah diucapkan buat pelakon Zaki Azeman yang telah pun selamat menimang cahaya mata sulung lelaki dua hari lalu.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan Zaki dan isterinya menerusi salah satu hantaran terkini mereka di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by R A A 💫 (@raasuzuran)

“Alhamdulillah syukur untuk segalanya. Baby boy 3.73 kilogram. Normal, beshar (besar) betul ye. Maka dengan ini bermulalah journey baru as mom and dad ye.

“Terima kasih juga semua yang mendoakan untuk kami. Tak henti-henti dapat notifications dari korang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

IKLAN

“Baby Boy 3.73 Kilogram,” – Zaki Azeman Sudah Jadi Bapa, Nama Anak Sulung Rizqy El Zafran

Perkongsian tersebut turut disusuli dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis yang tumpang gembira atas kehadiran ahli baharu pelengkap keluarga.

Sementara itu menerusi hantaran berbeza, Zaki turut berkongsi nama penuh anak pertamanya itu.

IKLAN

“Assalamualaikum Rizqy El Zafran. Anak daddy ada lesung pipit macam daddy,” kongsinya.

IKLAN

Imbas kembali, Zaki sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raa pada 29 Mei tahun lalu.

Pasangan ini disatukan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan dengan dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI