Juri tetap program Big Stage 5 (BS5), Ajai mengakui jawapan yang diberikan Isaac Voo antara sebab mempengaruhi pertimbangannya untuk menyingkirkan penyanyi itu pada malam Ahad.
Isaac menjadi peserta pertama BS5 yang terkeluar pada minggu kedua saingan selepas persembahannya menerusi lagu Terhangat Di Pasaran dendangan asal kumpulan KRU dan Adam gagal menambat hati juri.
Menduduki tangga tercorot menerusi markah yang diberikan juri tetap dan juri undangan, Isaac tersingkir selepas mencatatkan markah sebanyak 36.33 peratus.
“Yes, dia jawab populariti dulu.. yang saya nak ilmu dahulu sebab nak industri (muzik) kita seiring dengan populariti.
“Kita ambil contoh penyanyi zaman dahulu.. kenapa mereka masih dikenali sehingga hari ini adalah sebab penyampaian mereka ada ‘trademark’.
“Dekat sinilah (BS5) kita nak setkan ‘trademark’ individu itu untuk mewarisi penyanyi sedia ada yang bagus dalam industri. Dengan adanya kami, adalah untuk kongsi ilmu dan pengalaman dengan mereka.
“Ada orang, ada ilmu tanpa bakat. Ada orang, ada bakat tapi tiada ilmu. Jadi saya suka yang kedua.Biar ada bakat tapi tiada ilmu,” katanya kepada MH.
Terdahulu, sejurus membuat persembahan Isaac ditanya Ajai apa tujuannya menyertai BS5, sebelum penyanyi yang berasal dari Sabah itu menjawab penyertaannya adalah untuk dirinya lebih dikenali ramai tanpa menyedari respon itu kurang digemari juri tetap tersebut.
Ads
Dalam pada itu, Ajai turut berkata dia rela dikecam netizen susulan beberapa komennya yang kedengaran sedikit ‘keras’ kerana tujuannya adalah cuma satu, iaitu atas dasar untuk mengajar generasi baharu mengenai teknik nyanyian yang betul.
“Saya dah biasa kena kecam, cuma jangan kecam Aina. Biar saya sahaja kena kecam, tak mengapa.Tujuan kami cuma ingin berkongsi ilmu dan pengalaman dengan semua peserta.
“Setakat ini saya belum ada peserta favourite lagi sebab masih belum ada yang konsisten dalam persembahan mereka.
“Selain itu, saya lihat para peserta juga kurang mendalami dari segi penghayatan lagu malah mereka kadang-kadang seolah tidak memahami lirik lagu yang mereka nyanyikan.
“Penyanyi yang mempunyai identiti sendiri, dia akan sustained (kekal lama). Prinsip saya talent comes first, popularity akan datang kemudian,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, selaku juri tetap, Ajai dan Aina Abdul telah menggunakan ‘talian hayat’ Immuniti-X bagi menyelamatkan Naufal Azrin yang sepatutnya tersingkir kerana undian peminat kurang menyebelahi dirinya.
Disebabkan penggunaan Immunitiitu, pihak juri kemudian sebulat suara memilih menyingkirkan Isaac daripada pertandingan tersebut.
BS5 menampilkan 10 finalis dari Malaysia yang bakal bersaing merebut gelaran juara termasuk Aufahanie, kumpulan COEX, Nadeera Zaini dan Puteri Khareeza.
Enam bintang lelaki pula adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Putera Muhammad dan duo Dem Lepak Boyz.
Ads
Tiga peserta lain dari Indonesia diwakili oleh Waode, Farhan Shah dari Singapura dan duo Hoondoo dari Korea Selatan.
Bertemakan Flex Your Beat, 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan yang berbeza setiap minggu.
Sementara itu, penyanyi Nadeera Zaini memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM3,000.
Empat edisi Big Stage terdahulu telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 berlangsung selama sepuluh minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Che Puan Syamim Farid mendedahkan dirinya sudah sembilan tahun tidak jamah nasi sebagai salah satu cara diet yang diamalkan.
Bintang drama Cinta Tiada Ganti itu mengakui perkara berkenaan menerusi aplikasi soal jawab bersama para pengikutnya di Insta Storis miliknya, awal semalam.
Selain nasi, Syamim juga berpantang beberapa makanan lain seperti ayam, daging, menu berminyak dan gula.
“Saya tak makan nasi dah 9 tahun,” tulisnya apabila ditanya mengenai perkara berkaitan.
Sementara itu menerusi aplikasi sama, pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2015 ini turut ditanya apakah menu lain yang tidak dijamah selain nasi.
“Ayam, daging, oily food, sugar. One thing about me, bila saya dah mula sesuatu, saya akan buat betul-betul. Self-decipline. No cheat day. Nak berhenti makan sesuatu tu memang susah.
“But think about yourself, you jaga diri you, jaga makan bukan untuk orang lain. Untuk diri-sendiri. Kalau sayang diri, eat healty food,” tulisnya lagi.
Syamim turut berkongsi beberapa sebab dia memilih untuk tidak mengambil makanan ruji rakyat Malaysia itu.
Terdahulu, Syamim mendirikan tumah tangga bersama suami, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari pada 19 Mac 2016.
Foto: Instagram Syamim Farid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberikan pendapat selepas ditanya mengenai kemelut yang berlaku antara Nur Sajat dengan adiknya, Nur Mustika yang kini tular di media sosial.
Enggan menilai siapa yang bersalah atau tidak, Aliff meminta rakan baiknya itu bersama Mustika untuk sama-sama menyelesaikan isu yang tercetus secara matang.
“Saya tak mahu sebelahkan mana-mana pihak, tak mahu juga jadi ‘kepochi’. Dalam kehidupan ini, kita jangan buka pekung keburukan adik, kakak atau abang.
“Macam contoh saya pun ada konflik dengan kakak dan mak saya. Malah saya pun pernah ada masalah dengan adik saya, belum lagi adik beradik tiri.
“Bagi saya hal keluarga, simpanlah untuk diri kita sendiri sebab bila kita buat provikasi atau bercerita, yang malu ialah ahli keluarga sendiri.
“Malah saya yakin, Sajat dan adiknya ialah orang yang baik. Saya tak mahulah beri nasihat lebih sebab saya pun tak cukup baik untuk nasihati orang lain.
“Cuma pesan saya, akhir nanti yang mahu diri kita sendiri, termasuk keluarga. Kalau benda boleh diselesaikan sendiri, selesailah,” katanya kepada MH.
Aliff yang ditemani isteri, Datin Seri Nurshahida berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Butik AS Hijab di Nu Sentral, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini menyifatkan apa yang berlaku juga hanya memberi ruang kepada netizen untuk mahu tahu lebih.
“Netizen bukan hakim, mereka nak tengok apa lagi yang terjadi, siapa lagi buruk dan sebagainya. Sebenarnya setiap famili pasti akan ada masalah tersendiri.
“Saya tak malu nak cakap, saya pun ada konflik (dengan ahli keluarga) tapi kalau kita berkongsi dengan orang luar, akan ada di antara mereka yang prejudis.
“Jadi sebaiknya, selesaikan sahaja di antara ahli keluarga,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Hasnol mendedahkan dirinya bakal berkahwin buat kali ketiga dengan wanita pilihannya yang juga seorang akauntan dan bekerja di sebuah syarikat swasta selepas dua tahun menduda.
Hasnol atau nama sebenarnya, Hasnol Hassan Ariff, 54, berkata, dia terbuka hati untuk kembali berumah tangga selepas dua bulan menjalin hubungan serius dengan wanita berusia dalam lingkungan 40-an dan berasal dari Temerloh, Pahang itu.
“Insya-Allah, saya bakal tamatkan zaman duda. Saya percaya kepada jodoh dan rezeki. Jujurnya kami saling mengenali sudah lama menerusi platform TikTok, iaitu sekitar tiga ke empat tahun lalu. Tapi tidak pernah bertegur, hanya berkawan di alam maya sahaja.
“Cuma kami mulai serius sejak dua bulan lalu. Mungkin itu dinamakan jodoh, masing-masing pun suka sama suka,” katanya.
Penyanyi lagu Sudi Katakan Sudi itu berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Festival Muzik Vit’s – Konsert Telan Kaset 90-an di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Hasnol menambah, sikap tegas yang dimiliki wanita yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Z’ itu menarik minatnya untuk mengenali lebih dekat.
“Keluarga pun sudah setuju dengan keputusan ini dan insya-Allah majlis akan dilangsungkan Disember depan. Alhamdulillah dia terima saya apa adanya.
“Malah saya sedar, di dalam sesebuah perhubungan, perlu ada kepercayaan sesama pasangan. Kalau nak cemburu, biarlah bertempat selain menjaga maruah masing-masing,” katanya lagi.
Hasnol sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Akhmarzuraikha Salleh dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum berpisah.
Bintang asal Kuala Lumpur kemudiannya berkahwin dengan Marina Mohin dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 13 tahun.
Bagaimanapun, mereka memilih untuk membawa haluan hidup masing-masing pada Oktober 2022.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fattah Amin mendedahkan ibunya, Azizah Abdul Ghani, agak terkesan susulan dakwaan yang kononnya dia mempunyai hubungan dingin dengan cucu, Nur Fatima Aisha.