Hubungan akrab yang terjalin di antara pengacara Nabil Ahmad dan Neelofa Mohd Noor sememangnya diketahui ramai memandangkan sebelum ini kedua-duanya pernah digandingkan bersama sebagai hos program MeleTOP.
Neelofa kemudiannya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada rancangan tersebut selepas tujuh tahun menggendalikannya bagi memberikan fokus terhadap perniagaan yang diusahakannya.
Baru-baru ini, Nabil berkesempatan bertemu dengan Neelofa di sebuah majlis dan mengabadikan gambar kenangan mereka bersama sambil ditemani isteri, Zira Ayub.
Menariknya, kapsyen ringkas yang ditulis Nabil menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya itu menjadi perhatian ramai.
“Next to Neelofa, asal jumpa je mengandung,” tulis Nabil.
Rata-rata netizen mengakui terhibur dengan ‘usikan’ Nabil terhadap Neelofa malah ada juga dalam kalangan warganet mengakui merindui gandingan dua hos ini dalam MeleTOP.
“I miss this duo, Nabil & Neelofa,” komen beberapa netizen.
Neelofa kini sedang sarat hamil anak kedua hasil perkongsian hidup dengan PU Riz.
Neelofa dan PU Riz atau Haris Ismail, 28, berkahwin pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang kini sudah berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Datuk Rosyam Nor tidak kisah apabila wajahnya digunakan oleh peniaga Industri Kecil & Sederhana (IKS) di kalangan M40 dan B40 terpilih demi merancakkan perjalanan jualan produk yang dijual.
Menurut Rosyam, apa yang dilakukan sebagai antara sumbangan kecil terhadap peminat yang selama ini menyokong perjalanan seninya sejak dulu hingga berjaya mencipta reputasi tersendiri dalam industri seni.
Bagaimanapun, Rosyam yang juga rakan strategik USANITA memberi kepercayaan kepada pasukan itu untuk mengawal selain mengenal pasti produk yang dirasakan ada potensi untuk diketengahkan.
“Kalau tiada mereka, rasanya saya boleh jadi Rosyam Nor seperti sekarang tak? Daripada aku anak setinggan, tak ada apa sehinggalah jadi superstar di negara ini dan sudah ada ‘branding’ sendiri, adakah berdosa untuk saya tolong mereka?
“Biarlah wajah saya bertempek walau seribu produk pun saya tidak kisah. Mereka sudah tolong (sokong) saya dan kini masanya untuk saya buat perkara sama. Bagi saya itulah hubungan atau sumbangan yang boleh saya lakukan sebagai selebriti kepada peminat.
“Tak kisah atas niat untuk membantu bersama USANITA. Pihak mereka membuka ruang buat peniaga dan saya hanya meneruskannya sahaja. Malah, usaha ini dilakukan sejak fasa pandemik Covid-19 lagi.
“Cuma sudah tentu akan ada beberapa ketetapan yang kita telah lakukan, tak boleh main ambil (wajah pelaris) begitu sahaja. Team USANITA memilih yang bersesuai dan saya terbuka. Kiranya ia terkawal daripada segi penjenamaan,” katanya kepada MH.
Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka USANITA di Hotel Pullman Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir sama hadir berkongsi ialah dua rakan strategik lain iaitu hos Awal Ashaari dan Zoey Rahman.
Bintang filem The Original Gangster ini juga sudi memberi peluang untuk menggunakan wajah selebritinya pada label pembungkusan bagi 50 produk perintis USANITA yang memberi tambah nilai (added value) kepada usahawan, secara eksklusif.
Dalam pada itu, bagi memperkasakan usaha tersebut, pihaknya turut menambahbaik aplikasi USANITA Mall yang dilancarkan sepenuhnya pada Februari lalu.
Ia khusus bagi memberi peluang kepada perintis USANITA menggunakan platform berkenaan dengan memperoleh pelbagai manfaat dan pendapatan lebih tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Seri Adzliana Hasan mahu memastikan USANITA Mall bukan seperti lambakan produk di pasar malam, yang tidak nampak eksklusif apabila pelayar melayari platform e-dagang berkenaan.
“Kami tak mahu ia jadi ‘rojak’ sebab kami tahu golongan ini mahu mencipta penjenamaan. Jadi kami sendiri buat ‘branding’ mereka, buat packaging baharu dan sebagainya. Kiranya, kami menjaga visual produk mereka supaya nampak kemas dan lebih menarik.
“Pada masa sama, kami akan beri tunjuk ajar bagaimana visual yang baik dapat membantu penjenamaan mereka ketika berada di platform dalam talian.
“Mereka juga sebenarnya perlu pengiktirafan, kerana ramai yang tidak tahu kewujudan mereka (wujud sudah lama tapi tidak diketahui umum), sedangkan produk mereka setanding dengan produk di pasaraya,” katanya.
Adzliana turut menambah, ramai yang sudah mula membuka mata mengenali produk IKS bukan semata-mata jual kerepek selepas mengenali USANITA, tetapi juga tawaran perkhidmatan secara tersasar.
Setakat ini, pihaknya juga telah mempunyai kira-kira 1,800 perintis dan pihaknya akan mengadakan majlis apresiasi kepada perintis USANITA terpilih, berdasarkan laporan kewangan IKS yang berjaya mencecah jualan sehingga RM300,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Farid Kamil mengharapkan yang terbaik untuk proses sulh kali kedua melibatkannya bersama isteri, Diana Danielle.
Farid, 42, tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Khamis untuk proses sulh bagi tuntutan hadhanah.
Farid hadir ditemani peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.
Menurut Farid, dia masih mengharapkan rumah tangganya berjaya diselamatkan malah turut berkata kasih sayangnya terhadap Diana makin bertambah.
“Harapan saya masih seperti dahulu, rasa sayang saya makin bertambah-tambah.
“Saya berharap hari ini, dapatlah kiranya saya berjumpa dan bertentang mata dengan isteri saya dan mencari kata putus supaya kita dapat membesarkan anak-anak menjadi seperti kanak-kanak normal,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Diana hadir lebih awal dan sempat menunjukkan ‘mini love’ kepada media yang hadir membuat liputan tanpa memberikan sebarang komen.
Pada 11 April lalu, Farid hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosiding sulh, namun, tidak dapat diselesaikan apabila Diana gagal hadir.
Di prosiding sulh pertama itu, Farid tampil bersama empat tawaran dengan jumlah keseluruhan bernilai RM319,700 kepada Diana, untuk menyelamatkan keluarga dan rumah tangganya.
Untuk info, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak mendirikan rumah tangga bersama jejaka Malaysia, kehidupan pempengaruh asal Korea Selatan, Maryam Durian Kimchi sering kali menjadi perhatian netizen.
Banyak momen-momen menarik yang telah dikongsikan bersama netizen antaranya ketika mempelajari budaya dan agama Islam, melahirkan cahaya mata pertama sehinggalah memutuskan untuk berhijab.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian terkini di aplikasi Tik Tok, Maryam akui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang masih mempersoalkan keputusannya memeluk Islam hanya kerana tatu di bahagian lengan tangannya.
Jelas Maryam, hal tersebut masih lagi diperkatakan sehingga hari ini dan lebih teruk, ada juga yang memintanya untuk cuba membuang tatu berkenaan.
“Sampai sekarang ada orang cakap pasal tatu saya dan suruh saya buang tatu ini.
“Adakah orang yang tidak bertatu sahaja boleh jadi muslim?,” soalnya di ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi 20 saat itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini dilihat hanya berdiam diri dan menunjukkan wajah yang suram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Maryam agar tidak mengambil peduli terhadap komen-komen negatif tersebut.
“Biarkan mereka. Tak perlu buang pun. Ia sangat menyakitkan. Yang berlalu biarkan berlalu. Teruskan sahaja perjalanan Islammu.
“Abaikan sahaja mereka. Allah tidak akan menghakimi masa lalu kita.
“Itu dulu kak. Sekarang ini kita fokus untuk terus ke hadapan. Buat tak tahu dekat semua orang itu.
“Tak mengapa. Benda yang memudaratkan tak perlu buang. Stay strong pretty.
“Tak perlu buang pun. Yang penting kita kekal istiqomah dengan diri kita,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.
Sekadar informasi, Maryam telah mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh tempatan, Ryzal Ibrahim pada tanggal 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nik You Rina pada 21 Oktober 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok & Instagram Maryam Durian Kimchi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.