Pelakon dan pengarah , Farid Kamil tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi menghadiri proses sulh atau penyelesaian pertikaian dengan isterinya yang juga merupakan pelakon, Diana Danielle

Farid Kamil atau nama sebenar Farid Kamil Zahari, 42, tampil mengenakan kemeja biru muda tiba pada jam 11.42 pagi sambil ditemani pengurusnya, Azhari Hamid.

Dikahabarkan bakal membuat kejutan, Farid memberitahu dirinya akan mengadakan sesi sidang media selepas selesai proses sulh.

Katanya lagi, dia juga sangat bersyukur kerana dikatakan bakal bertemu dengan kedua-dua anaknya tidak lama lagi

“Saya datang untuk proses sulh. Sekejap lagi saya akan adakan sidang media.

IKLAN

“Saya sangat bersyukur kerana saya akan berjumpa dengan anak-anak saya tak lama lagi,” katanya kepada MH.

Sementara itu, menerusi perkhabaran berita yang baru kami terima, peguam syarie kepada Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan anak guamnya itu tidak akan hadir pada prosedur hari ini.

Terdahulu Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

IKLAN

Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu kerana tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

IKLAN

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.

Diana melantik pengurus bagi mewakili dirinya, manakala Farid pula melantik kakaknya.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI