Gara-gara memuat naik beberapa hantaran yang memaparkan dirinya sedang menerima rawatan di dalam sebuah ambulans, tahap kesihatan pelakon, Nadhir Nasar menimbulkan kerisauan peminat.

Bercakap kepada Media Hiburan, Nadhir memaklumkan dirinya telah diserang strok haba sewaktu menjalani penggambaran sebuah filem epik baru-baru ini.

“Mata Gelap, Kemudian Rebah,” – Nadhir Nasar Kena Strok Haba Di Lokasi Shooting, Ibu Orang Paling Marah

“Pada hari tersebut, saya ada penggambaran bagi babak bertempur. Namun, secara tiba-tiba saya diserang strok haba. Oksigen di dalam badan tidak disalurkan ke kepala.

“Ada babak yang memerlukan saya berlari, menjerit serta bertempur dan ia harus dilakukan dalam ‘one take’ sahaja. Mungkin saya telah melebihi tahap kemampuan kerja saya pada waktu itu.

“Silap saya juga kerana tidak memanaskan badan sebelum mula penggambaran. Mata saya tiba-tiba gelap kemudian saya rebah,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, insiden tersebut membuatkan dirinya lebih peka mengenai kondisi badannya sebelum memulakan penggambaran bagi babak ekstrem.

“Strok haba merupakan perkara normal. Mungkin disebabkan cuaca yang terlalu panas dan kita bekerja melebihi tahap kemampuan badan.

IKLAN

“Pengajarannya, sebagai pelakon, kita kena sedar ruang. Mungkin pada ketika itu saya telah berikan segalanya sampai saya terlupa yang badan saya sudah tidak mampu.

“Pada masa sama, saya tetap kena bagi 100 peratus. Ini memang sudah tugas anak wayang. Kesihatan memang penting tapi kalau kita boleh bagi lebih untuk kepuasan penonton, apa salahnya,” ujarnya lagi.

Juara Hero Remaja 2020 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis agihan bubur lambuk Astro Kasih yang berlangsung di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya pada Sabtu.

“Mata Gelap, Kemudian Rebah,” – Nadhir Nasar Kena Strok Haba Di Lokasi Shooting, Ibu Orang Paling Marah

IKLAN

Dalam pada itu, Nadhir turut memuji cara pihak produksi mengatasi insiden cemas tersebut.

“Semua orang sangat membantu. Pihak produksi juga ada menyediakan ambulans dan pasukan perubatan. Saya memang puji cara pihak produksi jaga kebajikan pelakon. Memang terbaik.

“Saya berterima kasih kepada pengarah dan ingin memohon maaf kepada barisan pelakon serta kru-kru lain kerana tidak dapat menghabiskan penggambaran.

“Namun, semua pihak sangat memahami. Ini adalah set yang paling bermakna sepanjang saya bergelar pelakon,” katanya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon drama Projek High Council ini akui insiden seperti ini nyata menimbulkan kerisauan buat keluarga terutama ibunya sendiri

“Keluarga memang agak marah dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi ibu saya.
Dia tidak berapa suka bila saya cedera.

“Sebelum ini, sudah banyak kali ibu saya bersuara bila saya balik dalam keadaan lebam-lebam dan gatal-gatal ketika penggambaran Projek High Council.

“Tapi kalau hati kita sudah minat sesuatu perkara, susah kita nak dengar kata-kata orang lain. Namun, saya akan berusaha jaga ruang dan jaga diri,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI