Diserang ‘anxiety attack’ sehingga menitiskan air mata dan tidak mampu berkata-kata ketika majlis pelancaran produk kosmetik terbaru keluaran Mawarose, pengasasnya yang juga merupakan pelakon, Mawar Rashid mendedahkan dirinya telah kerap kali berdepan situasi sama.
Menurut Mawar, bila masalah tersebut menyerangnya, tubuhnya akan menjadi kaku sehingga menyukarkan proses bernafas dan bercakap.
“Saya sangat gembira untuk program hari ini. Saya memang menantikannya tapi bila saya berada di atas pentas, rasa panik itu tiba-tiba datang.
“Tiba-tiba rasa tak boleh bercakap, kaku dan tangan serta mulut seperti ada renjatan elektrik. Saya juga sukar bernafas. Saya sendiri tak tahu kenapa saya begini.
“Sebelum ini pernah terjadi beberapa kali tapi saya tak mahu berkongsi kepada pihak media. Saya bimbang kalau saya kongsikan nanti, orang akan emosi dengan saya,” katanya kepada MH.
Jelas bekas peserta Dewi Remaja 2014/15 ini lagi, masalah yang dialaminya itu turut menjadi punca mengapa dia terpaksa memperlahankan kerjaya seninya ketika ini.
Ads
Lantaran itu, Mawar memaklumkan dirinya akan berjumpa dengan doktor pakar bagi mengenal pasti masalah yang dialaminya itu.
“Namun, saya rasa ini perkara serius dan perlu didiagnos. Saya dan suami memang ada merancang untuk buat pemeriksaan. Perkara ini juga mengganggu kerjaya lakonan saya.
“Saya terpaksa tolak tawaran berlakon kerana perkara ini pernah menyerang saya ketika kali terakhir saya menjalani penggambaran.
“Ini juga merupakan antara sebab mengapa saya belum bersedia untuk kembali berlakon. Saya takut tak boleh berikan yang terbaik.
“Jadi, saya akan berjumpa pakar untuk dapatkan nasihat mengenai rawatan atau perubatan yang boleh buat saya sihat kembali. Saya ada syarikat dan staff perlu di jaga. Saya kena kuat dan melawan,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, suaminya, Raf Yaakob mendedahkan masalah yang dihadapi oleh isterinya itu bermula sejak kejadian viral ketika menyertai program realiti, Dewi Remaja satu ketika dahulu.
“Perkara ini saya perasan sejak awal perkenalan kami. Setiap kali ditemu ramah, dia minta saya teman. Dia jadi begini sebab kejadian viral satu Malaysia kecam dia satu ketika dahulu.
“Sejak itu, semangatnya runtuh cuma orang tak tahu. Bila saya dah faham, saya sentiasa tenangkan dia ketika ditemu ramah,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Mawar turut mendedahkan kejadian tersebut nyata memberikan kesan yang mendalam terhadap hidupnya sehingga hari ini.
“Saya memang trauma dengan apa yang terjadi dahulu. Bila satu Malaysia kecam, ia memberi impak yang sangat besar. Ketika kejadian tersebut, saya banyak diam. Saya serahkan kepada Allah.
“Saya berdoa agar satu hari nanti, satu Malaysia akan tahu kekuatan saya. Saya datang daripada keluarga kacukan Thailand. Saya ada masalah untuk bercakap.
“Ketika itu, saya muda lagi dan tak kenal dunia. Kini, saya ada Raf. Dia sentiasa bantu saya bila setiap kali berdepan dengan media,” akhirinya.
Sekadar informasi, Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga mereka pada 9 November 2017 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata Raden Muhammad Rafael, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Roseanna Camilya.
Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 12, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof enggan melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana, ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail ada memuat naik satu status di Insta Story seolah menggambarkan perasaannya berhubung perkara tersebut.
Menurut Patimah, dia tetap bersyukur walau apa pun yang berlaku dan percaya Allah adalah sebaik-baik perancang.
“Ya Allah, aku tetap bersyukur walau apa pun berlaku, kerana perancanganMu adalah yang baik buat kami.. walaupun perkara itu tidak baik,” tulis Patimah.
Menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini, Syamsul enggan melafazkan talak walaupun sebelum ini sudah bersetuju untuk melepaskan Puteri Sarah seperti yang dibincangkan mereka bersama sebelum ini.
Menurut Puteri Sarah, tindakan Syamsul itu dibuat selepas dia enggan menarik balik kes tuntutan saman terhadap isteri kedua Syamsul, Ira Kazar serta keluarganya selain suaminya itu juga meminta diskaun untuk nafkah kedua-dua anak mereka.
“Sebelum ini, kita sudah mencapai kata persetujuan ketika berjumpa. Jadi, hari ini ada beberapa terma yang saya tidak setuju. Pertama sekali, dia meletakkan syarat agar saya tarik semula kes terhadap keluarga Ira Kazar.
“Untuk apa saya berjuang selama ini? Saya tidak akan tarik kes. Keduanya, dia minta diskaun terhadap tuntutan nafkah.
“Sebelum ini dia ada cakap fasal tarik semua kes terhadap kelurga Ira Kazar tapi saya minta nanti dahulu sebab mahu selesaikan kes satu per satu.
“Tiba-tiba peguam saya dapat draft perjanjian untuk turunkan kes. Jadi, saya memang tak akan setuju. Ini sudah melampau. Kes terhadap Ira Kazar akan diteruskan,” katanya kepada MH.
Untuk info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Enot ada menitipkan madah kata indah buat sahabat baiknya, Didie Alias bersempena dengan ulang tahun bintang versatil itu yang ke-46 tahun hari ini.
Bintang komedi itu turut berkongsi foto lama Didie menerusi entri terkininya di Instagram.
“Happy Birthday mami, ur my mami,my friend,mu sister n my everthing. Ko selalu ada time aku susah,senang, sakit, sihat, happy, sedih.
“Ko selalu dgn aku x kira apa yg org kata ttg aku.. ko x kisah pun ko bwk keta apa ddk kat mane, ko selalu humble dan memahami wlwpun nmpk mcm ko x peduli.
“Aku syg ko kak smpai ke lianglahat..hdp aku happy blk bila ko wujud dlm hdp aku kembali.. ko mak aku kak.. aku bole manja dgn ko je,” tulisnya Enot.
Pada masa sama, Enot turut mendoakan agar bekas peserta Dewi Remaja itu sentiasa dirahmati dab dipanjangkan usianya.
“Aku syg ko sngt kak.. birthday ko aku ucapkan smoga ko pnjg umur,ditambahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan ko dunia dan akhirat!! LOVE U MAMI!,” pintannya.
Foto: Instagram Didie Alias, Enot
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.